Wednesday, 26 June 2019

KELAS BACA JAWI DI KUALA KANGSAR


Anda tercari guru yang boleh ajar anak baca jawi sampai lancar ?

TEACHER KHAT ada jawapannya. 

Kami beroperasi di Pondok PAKAT Kota Lama Kiri berdekatan dengan SRI Al Furqan , Kuala Kangsar.


Kepakaran kami adalah membantu ibu bapa yang nak pastikan anak boleh baca dan tulis jawi dengan baik di sekolah.

Modul yang kami bawakan adalah bertepatan dengan modul dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Guru jawi yang terlatih khusus dalam bidang tulisan jawi dan khat. Serta berpengalaman mengajar matapelajaran jawi di sekolah .

Pengambilan peserta bermula dari umur 5 tahun dan keatas.

Selain itu kami menawarkan :

1. Kelas khat bersiri . Khusus untuk yang memantapkan skill seni khat. Sesuai untuk pelajar sekolah dan orang awam.


2. Menerima jemputan bengkel di sekolah seluruh negeri Perak.

Untuk pertanyaan lebih khusus , sila hubungi kami di WHATSAPP TEACHER KHAT +60192095522 .

KELAS BACA JAWI KUALA KANGSAR 2019

Nak hantar anak ke kelas baca jawi ? Hubungi kami 0192095522

Untuk pengetahuan pengunjung blog , Teacher Khat beroperasi semula pada Julai 2019 di Kuala Kangsar. 

Tawaran kami adalah :
Kelas khat 
Kelas baca jawi
Kelas tulis jawi
Bengkel khat seluruh Perak

Tambahan :
Kami menyediakan guru khas untuk kelas membaca Bahasa Melayu dan English. Bagi persediaan tadika dan tahun satu . 

Bagi anda yang mempunyai anak-anak usia 5 hingga 7 tahun boleh menghantar anak untuk tawaran yang kami berikan. 

Lokasi kami : Badan Khidmat Masyarakat Pondok At Taif ( PAKAT ) Kota Lama Kiri Kuala Kangsar berhampiran Sekolah Rendah Islam Al Furqan. 

Sunday, 16 July 2017

KEMBALI BERBLOG

Teks : Dhuha Rashidi

Assalamualaikum
Setelah sekian lama Dhuha tak aktif di blog, hari ini memulakan semula aktiviti mengupdate di blog yang disayangi ini.

Disini Dhuha akan kongsikan ilmu jawi dan khat untuk tatapan pembaca.

Semoga ada manfaatnya bagi sesiapa yang datang singgah ke sini.

Dhuha Rashidi

Sunday, 21 May 2017

BISNES FIKIR DUNIA FIKIR AKHIRAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hello hello, Assalamualaikum.
Hai jangan lupakan sayaaaa. Saya masih wujud lagi di blog ini . Cuma keadaan agak sibuk kebelakangan ni ditambah pulak dengan nak dekat puasa .

Banyak sangat aktiviti yang saya buat selama senyap ni. Tapi siapalah kita manusia biasa. Mana mampu untuk lakukan SEMUA benda sekaligus. Mana mampu saya mahu update setiap aktiviti bila dah jadual terlalu padat.

Satu saja saya dapat!

Ini membuktikan, kita hamba yang lemah dan tak berkuasa apa. Siapa kita berlagak mahu lakukan banyak perkara dengan sempurna sedang kita TAK MAMPU apapun.

Segala KEMAMPUAN selama ni sebenarnya dari Allah. Allah yang bantu kita, izinkan kita, beri kita secebis kekuatan Maha Kuat.

Bisnes dengan kesibukan dunia adalah PALING JELEK untuk di praktik. Sedang, bisnes yang berkesempatan mengerja hal akhirat, PALING INDAH dilalui.

Ia berbeza.

Pastinya, jika kita kejar akhirat, duniakan datang. Kejarkan dunia, akhirat tak nampak bayang. Nauzubillahiminzalik.

Memandangkan tak berapa hari lagi je kita berpuasa, makanya , kita sama-sama bermuhasabah. Betulkan yang salah. Biasakan yang betul.

Salam sayang
Dhuha.

Thursday, 4 May 2017

BOOKMARK HADIAH HARI GURU

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha Rashidi

Alhamdulillah. Order dari customer semakin bertambah. Segala yang kita miliki saat ini adllah kurniaan Allah. Maka, selataknyalah kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya.

Sempena hari Guru nanti, ramai ibu bapa menempah nama untuk diberikan kepada guru anak-anak mereka. 

Baiknya hati ibubapa yang hargai guru-guru yang bersungguh mendidik anak. 

Ni haaaa, penuh dengan bookmark je. 



Walaupun, saya buat tawaran ini untuk hari guru, namun ada juga yang berminat menulis nama pada bookmark untuk dijadikan penanda AlQuran.

Ada yang mahu berikan pada mak. Pada adik dan sebagainya.

Pemurahnya hati mereka. Saya dengan senang hati menulis dengan penuh kasih sayang buat pelanggan yang menempah.




Bookmark ini murah sahaja. Hanya RM7 untuk satu nama. Tapi kalau dah ambil banyak-banyak, tentulah harganya hanya RM5 sekeping. 

Corak dan warna semua adalah idea saya sendiri. Tentunya 100% handmade tau.

Jika berminat menempah nama pada bookmark atau selainnya boleh hubungi saya.

Banyak lagi produk menarik.

Jumpa lagi.

Monday, 1 May 2017

TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha Rashidi

Terima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.

Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini.

Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.

1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)

2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.

3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.

4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.

5. Latihan menulis mengikut cara yang sebenar. Mungkin selama ini kita hanya menulis ikut suka atau terikut cara lama. Untuk anak yang baru berlatih mengenal, galakkan mereka menulis suku kata terbuka tadi.

In sha Allah. Segmen #EjaJawi akan saya kongsikan satu persatu.

Dhuha.
Bukan ustazah jqaf atau kafa.
Penulis Khat Pencinta Warisan Sendiri
itulah Jim Alif Wau Ya.

Segmen Eja Jawi [ Kaf Atau Qof]

Teks:  Dhuha Rashidi

#EjaJawi Huruf Kaf Atau Qof?

Macamana nak eja perkataan yang hujungnya huruf K ? Ada yang kita lihat ejaan jawi itu berakhir dengan huruf Kaf 'ك ' dan ada juga berakhir dengan huruf Qof 'ق' .

Baik, perkara pertama yang perlu kita lihat untuk kenal pasti samada nak Kafك ke Qofق ialah, tentukan dulu samada perkataan itu:

1. Kata jati melayu
2. Kata serapan Inggeris
3. Serapan asing.

Contoh perkataan yang kita ambil seperti:

A) kakak - kata jati melayu
B) klinik - serapan Inggeris

Cara seterusnya:
1. asingkan suku kata dulu. Contoh :

KA / KAK - 2 suku kata
KLI/ NIK - 2 suku kata

2. Labelkan " konsonan-vokal" pada huruf tersebut.

K - (konsonan)
A - ( vokal)
K - ( konsonan)
A - ( vokal)
K - ( konsonan)

K - ( konsonan)
L - (konsonan)
I - (vokal)
N - (konsonan)
I - (vokal)
K - ( konsonan)

*ini dinamakan kaedah tulis jawi. ( ini saya akan buat satu posting lain)

Bila sudah kenalpasti itu, kita lihat ini pula.

1. [Huruf K diawal suku kata]
Contoh seperti " Ka / kak" , " kli/nik" (KA & KLI)

Huruf K pada awal suku kata biasanya dieja dengan huruf Kaf. "Ka - كا " " kli - كلي "

Yang buat ramai terkeliru ialah huruf K pada akhir suku kata.

Contoh seperti " ka/kak" , " kli/nik" ( KAK & NIK)

------
Macamana nak tahu nak letak kaf ك atau qof ق?
------

Okey, ini jawapannya. Bagi perkataan jati melayu jika suku kata akhir adalah huruf K, maka K itu dieja dengan huruf Qaf .

Contoh : Kakak- كاكق

Tapi, jika suku kata akhir huruf K itu adalah kata serapan Inggeris, K itu dieja dengan huruf Kaf ك.

Contoh : klinik - كلينيك

Contoh ejaan jati melayu
1. Lagak - لاݢق
2. Rompak - رومڤق
3. Lapuk - لاڤوق
4. Pekak - ڤكق
5. Katak - كاتق

Contoh ejaan serapan Inggeris
1. Politik - ڤوليتيك
2. Akademik- اكاديميك
3. Matematik - ماتماتيك
___

Dapat ilmu baru tak ni?  Sila #Share atau #tag pada lebih ramai rakan agar sama -sama mendapat manfaat. Nanti banyak lagi yang saya akan share. In shaAllah.

Tuesday, 25 April 2017

KHAT ON KANVAS BY DHUHARASHIDI

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha Rashidi

Ini kanvas pertama yang di order oleh seorang lelaki dari Langkawi. Saiznya tidak besar. Tetapi, beliau mahu saya menulis Surah Alfatihah serta terjemahan.

Jadi, saya caj agak tinggi. RM1.5K tidak termasuk pengeposan.

Background yang dipilih adalah kehijauan. Beliau mahukan pandangan ketenangan. Jadi beginilah jadinya.



Bila dah siap nanti saya tunjuk bagaimana hasilnya okey.

Nak tempah khat kanvas? Boleh hubungi saya Dhuha.

SAMBUNG KERJA MURAL

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha Rashidi

Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat Tuhan diberikan pinjam pada kita. Saat ini masih boleh bernafas. Sempurna. Jika terkurang satu kita rasa kehilangan.

Disebabkan itu kita perlu bersyukur. Usah kita merungut apa yang belum ada. Kerana yang kita telah ada belum tentu kita benar benar hargainya.

Hari ini cadangnya saya mahu sambung semula mural khat di sekolah agama yang terletaknya di kampung saya.

Seminggu tinggal kerana demam dan sakit sakit lain.

Hari ni, saya nak sambung pada bahagian atas. Tulisan Asmaul Husna terpilih.

Semoga segalanya dipermudahkan. Amiin.

Monday, 24 April 2017

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Alhamdulillah.sekian lama juga saya menyepi menulis di blog. Beberapa hari saya tinggalkan penulisan di blog disebabkan oleh kesihatan yang tidak mengizinkan saya fokus menulis.

Nak diceritakan, memang banyak cerita seni sepanjang April ini. Namun, segalanya saya berserah kepada Allah samada Dia izinkan saya untuk berkongsi disini. 

April ini dimulai dengan 1April yang terisi. Sehingga membawa kepada April yang sibuk sepanjang hari. Mungkin disebabkan itu , kesihatan saya terjejas.

Hah, itulah. Nak bekerja pun beringat-ingat lah kan. Asyik sangat kerja sana sini tak fikir letih penat, akhirnya boleh jatuh sakit.

Namun, setiap itu semua ada hikmahnya. Saya hanya suka mengambil sesuatu yang terjadi dari sudut positif. Ada sesuatu Allah nak ajar dalam ujiannNya. 

InshaAllah.

Apapun, kedai khat saya tetap buka seperti biasa. Boleh menghubungi saya untuk pertanyaan berkaitan seni. 

Wednesday, 19 April 2017

BENGKEL ASAS SENI KHAT KUALA KANGSAR PERAK TELAH BERJALAN

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha Rashidi

Semalam, bertarikh 18 April 2017, pihak DR Resources berjaya memenuhi undangan berkongsi ilmu khat di Sekolah Agama Rakyat Al Umariyah Kampung Talang Masjid.







Bengkel ini adalah bengkel asas yang dijalankan bermula awal April lalu. Alhamdulillah sambutan setakat ini amat menggalakkan. 

Bengkel asas seni khat ini kami khususkan dahulu di daerah Kuala Kangsar. Tidak hanya itu, inshaAllah, kami menerima jemputan di luar daerah juga demi menyampaikan ilmu kesenian islam ini.

Di bengkel asas seni khat ini, peserta akan mempelajari asas mengenali pena dan peralatan menulis. Asas memegang pena. Asas membentuk garisan dan bulatan sebagai satu latihan sebelum menulis khat.

Amatlah digalakkan agar urusetia peserta dapat menyediakan peralatan lengkap seperti yang telah dimaklumkan. Ini bertujuan agar tidak membuang masa hanya dengan mengasah, mengedar kertas dan sebagainya. 

Pihak DR resources menerima undangan dari pelbagai pihak jika mahu mnngadakan bengkel asas seni khat ditempat kalian. 

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Teacher Khat anda,  Dhuha Rashidi di 0192095522. 

KELAS BACA JAWI DI KUALA KANGSAR

Anda tercari guru yang boleh ajar anak baca jawi sampai lancar ? TEACHER KHAT ada jawapannya.  Kami beroperasi di Pondok PAKAT K...