APA AZAM DAN MATLAMAT YANG TERBAIK TAHUN BARU

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

SELAMAT TAHUN BARU 2017 !

Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan waktu kepada kita untuk menghirup udara Allah ini pada tahun baru ini. Subhanallah. Terlalu banyak nikmat yang Allah telah berikan. Nikmat yang besar ini ialah dapat melihat 2017 yang menjelma dengan pelbagai cubaan dan cabaran menanti.

Biasanya setiap tahun kita meletak azam atau matlamat yang ingin kita capai. Bagus jika kita meletak matlamat untuk kita dapat menilai sejauh mana kita telah mencapainya ataupun kita masih gagal memperolehinya.

Banyak orang berazam untuk mencapai kejayaan dalamperniagaan, dapat menghasilkan jualan seberapa banyak yang di target, dapat menyentuh 1 juta pertama pada tahun - tahun tertentu. Tahukah, orang yang yakin dengan kuasa Allah, mengutamakan Allah sajalah yang akan dapat mencapai segala matlamat yang mereka tulis. 

Tidak salah kita meletakkan azam dan menulis matlamat kita dengan jelas contoh nya ingin mendapat hasil jualan sebanyak 4k setiap bulan atau 10 k sebulan, itu bukanlah masalah kerana kita perlukan sumber untuk meneruskan kelangsungan hidup ini.

Azam dan matlamat yang kita mahu lakukan mestilah juga seiringan dengan pergantungan kita dengan kuasa Allah. 

Kenapa matlamat aku masih belum dapat dicapai ?

Jika ada yang bertanyakan kepad diri, mengapa terasa begitu sukar mendapatkan matlamat itu, cuba kita nilai diri sejauh manakah keyakinan dan pergantungan kita kepada Allah pemiliksegala REZEKI dil langit dan di bumi.

Ubah azam dan matlamat yang ingin kita capai dalam hal hal dunia kepada azam kita untuk keperluan hati kita sendiri. Dahulukan keperluan hati untuk mendapatkan ketenangan . Orang yang mendapat ketenangan jiwa adalah hadiah dari Allah untuknya yang mencari. JIwa yang tenang akan dipermudahkan untuk mencapai apa yang dihajati. 

Teruskan usaha. 




Comments

Popular Posts