Skip to main content

BELAJAR SYUKUR DENGAN ATURAN ALLAH

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Koleksi Peribadi


Subhanallah,
Alhamdulillah,
La ilaha ilallah,
Allahuakbar.

Apalagi yang harus di ungkapkan saat rasa tercubit dengan getaran syukur roh seorang hamba Dia. Ya Rabbi, kita ini adakalanya asyik sangat mudik ke hilir tidak sedar arus masa menghanyut rasa. Menenggelamkan sifat kehambaan yang hanya ditimbulkan kesedapan dunia. Bukankah apa yang kita miliki saat ini adalah nikmat dari Allah yang Maha Melimpah Ruah Rezeki Nya tidak dapat dikira seluas alam semesta ini?

Ya Rabbi, ampunilah dosa hamba Mu ini, Ya Tuhan ku.

Sesekali saya membelek keatas kebawah newsfeed di Facebook. Kadang entah apa yang saya mahu lakukan juga tidak pasti. Hihi. Syukurnya saya Allah berikan rasa nikmat bersahabat. Allah pinjamkan mata untuk dapat melihat dan membaca. Allah pinjamkan telinga untuk mendengar. Allah beri akal dan hati yang menggerakkan pemikiran untuk menerima sesuatu. Apakah sudah hati ini memberi? Soal hati yang kecil. Kadang jiwa yang berbisik langsung di abaikan.

Tapi, baru inilah hati saya dijentik cuit. Lagi dan lagi. Bukan baru ini sebenarnya. Sudah berkali Allah 'sampaikan' ingatan. Menyuluhkan hidayah. Bahawasanya juga dalam setiap hati kita ini ada satu indicator suci. Tidak kira apapun agama, setiap jiwa itu ada ruang ruang suci, mahukan yang suci, terasalnya suci. Yang suci inilah , bila dikotori rasanya pedih. Sakit. Tangis. Ia tidak mahu dicampuri.

Saya pejamkan mata. Allaaaahhh.

Hari ini, Allah telah tunaikan permintaan ku setelah lama aku meminta. Aku suka untuk memiliki sebuah kotak khazanah segala simpanan pengalaman ku ya Rabb. Namun membinanya aku perlukan ilmu ya Rabb, mendapatkannya aku memerlukan jumlah- jumlah yang berharga ya Rabb. Kabulkanlah ya Rabb.

Alhamdulillah. Aku telah memiliki kotak khazanah ini.Inilah dia blog yang dimaksudkan. Allah izinkan saya memilikinya. Allah beri saya guru yang mahu mengajar saya. Allah beri saya kesihatan yang baik untuk saya dapat menulis. Allah kurniakan rezeki, keluarga, anak anak, harta , persefahaman dan perhatian pastinya adalah yang terbaik untuk kita. Samada yang baik atau buruk kita terima pastinya ada hikmah yang telah Allah aturkan. Maka, saya sentiasa belajar bersyukur dengan aturan Ilahi.

Sejak dari saya di uji dengan ujian-ujian dunia , sehingga saat ini hikmah dari setiap kejadian itu kekal terbekas. Saya kira pengalaman hidup yang Allah kurniakan kepada saya adalah terlalu mahal. Andai kata kesemuanya di catat didalam sebuah buku dijual dengan harga ratusan malah ribuan ringgit pun, pengalaman dan pengajaran dari Allah tidak dapat saya nilaikan dengan apa-apa. Setiap dari kita ini sahabat, Allah tetapkan apa yang kita akan dapat.

Kita adalah manusia yang tidak pernah lari dari salah dan silap. Mana mungkin kita mampu sempurna. Sebab itulah, bagi seorang hamba Allah, tidak ada satu jalan penamat untuk kita terus belajar, mengutip ilmu dan alami di setiap langkah hidup kita ini sehingga kita mengakhiri perjalanan dunia. Suka saya mendidik hati sendiri, bahawa apa yang telah Allah takdirkan adalah yang terbaik untuk diri kita. Berjalanlah dalam sedar. Bernafaslah dengan kalimah Allah. Senyumlah dengan ujian dan cubaan Nya.

Apa yang kita hadapi sepanjang langkah kaki kita adalah pelajaran. Hanya kita sahaja yang perlu membuka mata akal agar hati senang menerima segala aturan Tuhan. Terima itulah Redho. Redho itulah lubuk segala ketenangan.

Semoga setiap langkah kaki kita ini dikira kebaikan - kebaikan untuk bekalan disana nanti. :)





Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…