Skip to main content

ORANG SAJALAH YANG SALAH ?

Teks : Dhuha rashidi


Allah anugerahkan kita hati , akal fikiran , dan mulut. Hati yang kita miliki ini tapak utama kebersihan diri kita. Hati mampu meresapkan apa saja yang ada di hati perginya ke akal. Akal pula mengikut acuan hati malah boleh pula jadi lebi nakal. Akal , jika tidak di pimpin baik, meliarnya bagaikan akar yang menjalar. Akal terbentuk dari hati bagaimana ia dibentuk. Maka , terhasilnya ke mulut samada yang baik atau yang tak elok.

Semai dulu hati kita dengan segala sifat mahmudah. Berikan makanan yang berkhasiat untuk hati kita dengan santapan yang bermanfaat dan sihat. Hati yang sihat menghasilkan akal fikiran yang sihat. Akal yang sihat melahirkan perbuatan dan percakapan yang bermanfaat.

Hati yang sihat pula tidak akan mampu berkawan dengan hati yang sakit. Tertolak. Sebab itulah, kalau kita nak jadi baik, berkawanlah dengan orang yang baik-baik. Dekatilah yang baik-baik. Ikutilah yang baik. Lainlah jika kita keluar untuk berdakwah perlu mengubah sesuatu keburukan kepada kebaikan, ia ada dimensi fikirnya yang lain.

Kadangkala kita tidak sedar lidah kita ini mudah saja menutur salah. Hati kita asyik nampak salah pada apa yang kita nampak. Langsung, mata dan fikiran seolah sudah 'di suntik'. Tengok pada orang ini, kita komplen, nampak orang itu, kita komplen. Hidup kita tidak pernah berpuas hati dengan apa yang kita lihat.Ada saja yang mahu kita komplen.

" Apalah orang tu, lebih baik dia buat macam ini , "
" Apalah dia tu, macam lah dia bagus sangat"
" Dia ingat dia baguslah tu buat macam itu"
" elehhh "

dan entah apa apa lagi.

Sebenarnya, hati yang memandang begini adalah hati yang kotor. Tidak suka melihat orang senang. Dengki dengan kesenangan orang. Hati begitu tidak sedar bahawa yang layak memberikan rezeki dan kurniaanNya adalah Allah. Semata-mata pergantungan kita dengan Allah.

Mampukah kita menjadikan kita sendiri kaya, jika tidak dengan pertolongan Allah? Kita takkan mampu memiliki apapun tanpa izin Nya.

Maka, kita semua hamba dan kita adalah sama.

Allah beri seseorang itu anugerah mengikut kemampuan seseorang itu juga. Bukan sekadar itu, Allah beri mengikut sangkaan hambaNya.

Di mana betulnya kita ?

Selama ini kita rasa kita saja lah yang betul. Apa yang kita buat sajalah yang diberkati. Usaha kita sajalah terbaik. Lama - lama cara begini menghasilkan sikap sombong. Sombong dengan manusia dan sombong dengan Allah. Nauzubillah minzalik.

Kita tidak pernah ada yang betul jika kita menyedari hakikat kita adalah hamba Dia. Tiada ada daya dan kuasa melainkan kuasaNya.

.
.
Jika selama ini kita memuhasabah kita lebih banyak bercakap kesalahan orang lain, apalah susahnya pula jika kita menilai diri sendiri di sisi Allah.

Manusia memang tidak pernah lari dari kesilapan.

Sebab itu, Allah menyuruh kita bertaubat. Semoga hati - hati kita ini mendapat pimpinan Ar-Rahman. Amiiin.

Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…