Skip to main content

PENGAJARAN DALAM SEBUAH PERJALANAN

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hai , hari ini saya masih di Kedah selepas menghadiri majlis perkahwinan sahabat semalam. Perjalanan hari ini agak padat sejak dari pagi membawa ke malam. Kami bertolak seawal jam 9 pagi pergi menuju ke Tanjung Dawai melalui Pantai Merdeka. Pengalaman menaiki teksi air disitu merupakan pengalaman pertama kali bagi saya , suami dan mak bapak. 

Dengan kesihatan bapak yang tidak berapa stabil, kami sedaya upaya untuk menyingkatkan masa perjalanan dan membeli belah hasil makanan kering di situ. Selesai membeli kami menaiki bot semula ke Pantai Merdeka. Melayan anak - anak Nour dan Elham untuk menunggang kuda padi berhampiran pantai.

Nour dan Elham

Setelah itu, hati saya teringin untuk singgah sebentar di Memorial Tsunami Kuala Muda. Memang tersentuh hati mendengar alunan ayat suci Al-Quran didalam galeri pameran itu. Betapalah sungguh Tuhan Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu yang tiada itu ada. Sempat juga kami meninjau bekas tinggalan kesan gelombang gergasi yang menghempas rumah rumah di tepian pantai. Di kepala saya terbayang bagaimanalah dahsyatnya ombak ganas setinggi 10 meter lebih menyapu habis apa saja tanpa belas lagi. 

Bagaimana pula hari kiamat yang pasti ? Allahuakbar.

Di dalam perjalanan pulang ke Homestay, teringin benar saya singgah di kawasan tanaman padi. Ingin melihat sendiri kehijauan alam ciptaan tuhan. Melihat sendiri pokok pokok beras itu menghijau damai ditiup angin lembut. Ma sha Allah. 

Alam ini terlalu indah. Bagaimanalah syurga yang di cipta lebih lagi indah? Alam ini sudah indah untuk kita duduki, apalagi syurga untuk persinggahan abadi sang hamba yang taat setia. Allahu Rabbi. 



Keadaan jalan raya begitu sesak memandang waktu bercuti ramai orang mengunjungi pantai mungkin dan sememangnya waktu beginilah musim ramai orang buat kenduri kahwin. Kami berhenti di tepi jalan. Perut pula sudah terasa lapar memandangkan di Tanjung Dawai tadi saya tidak menjamah sebarang makanan pun. 

Saya terlihat sebuah gerai kecil di tepi jalan yang bertulis "dangai" . AH, teringin pula mahu mencuba. Apakah ia ? Suami saya membelikan kami beberapa jenis makanan sedang kami hanya menunggu di dalam kereta sahaja. Rupanya beginilah bentuk dangai.Sedap juga dimakan masih kepanasan. 



Asalnya kami ingin meneruskan perjalanan ke Kuala Ketil pula. Ingin menziarahi sahabat suami yang sudah setahun terkena stroke sehingga mengakibatkan kelumpuhan separuh badannya. Tetapi, bapa saya mahu pulang ke homestay ingin berehat saja bersama emak. Kami menghantar mereka dahulu dan tidak lama selepas itu, kami menuju ke Kamung Padang Geh, Kuala Ketil. 
Ikhwan bersama Ridwan (duduk)

Jujurnya hati saya sayu dan menahan hati yang amat sedih. Sahabat yang saya kenali dengan perwatakan yang ceria dan kelakar, kini tidak mampu untuk mengeluarkan suara dan tidak mampu aktif melangkah. 

Allah ajar hati ini banyak benda pada hari ini. Mengapa hari ini hari yang sedih? Hari yang tersentuh? Saya sangat bersyukur kerana Allah berikan saya petunjuk untuk mengetahui sesuatu perkara.

Pulang di homestay, saya berehat seketika , meletakkan si Elham yang sudah lena di pangkuan. Gigih pula saya masakkan sesuatu buat makan malam emak dan bapak.

Semoga esok hari yang lebih baik dari hari ini. Alhamdulillah. 

Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…