Skip to main content

PENGENALAN DIRI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Koleksi Peribadi Dhuha Rashidi

Tarikh yang paling segar diingatan adalah 09 Februari . Bonda telah selamat melahirkan seorang anak perempuan kebetulannya pula di waktu Dhuha jam 8.32 pagi. Disambut oleh bidan kampung yang berpengalaman ketika itu. Di saksi pula oleh ramai orang yang menunggu kelahiran baru.



Sayalah dia, Dhuha Rashidi. Merupakan anak ke 7 daripada 15 orang adik beradik. Membesar didalam suasana kampung dan bermasyarakat. Mengenali pelbagai jenis mainan dan aktiviti anak kampung setempat di zaman 90-an. Bila terkenang pastinya gembira. Andai masa boleh di undur, mahu saja mengenggam kembali memori lama.

Saya mendapat pendidikan awal di S.K Sultan Abdul Aziz. Seterusnya memasuki asrama di sebuah Maahad di daerah Kuala Kangsar. Tamat sehingga tingkatan 6, saya tidak memilih untuk menyambung ke peringkat Universiti oleh kerana diwaktu itu, sijil SPM saya dibekukan sementara dek kerana yuran persekolahan saya yang tertunggak yang akhirnya dapat diselesaikan. 

Mengutip pengalaman sebagai guru tadika dan kerani, pernah juga menjadi guru dibawah Jabatan Agama Islam Perak di usia muda mengajar saya erti dewasa. Kedewasaan dan pertanggungjawaban kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Berbekalkan baki gaji diketika itu hanya RM500 sebulan serta pendapatan sampingan lain, saya nekad berhenti untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang saya minati. Saya telah memilih pengajian Diploma In Mushaf Art. 

Cita - cita saya dari dulu mahu menjadi penulis kaligrafi. Sehinggalah saya berjaya menamatkan pengajian Diploma selama dua tahun setengah di Restu College Shah Alam. Satu-satunya pusat pengajian yang menawarkan diploma penulisan mushaf Al-Quran di Malaysia. Banyak sekali pengalaman saya sepanjang menuntut ilmu di sini. Paling berharga, saya berjaya membentuk keyakinan diri selepas menyertai demostrasi seni tulisan spontan kali pertama yang berlangsung di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati Kuala Lumpur.



Tidak berhenti disitu, saya terus mengaktifkan diri dalam bidang seni ini secara serius. Giat mengikuti aktiviti dalam dan luar kampus, mengutip 'lambakan hadiah' dari Tuhan. Kesana kemari bersama team membuat demo seni dan jualan, melibatkan diri dengan seminar berkaitan dan pelbagai pertandingan. Saya pernah memenangi tempat kedua didalam pertandingan seni khat peringkat kebangsaan kategori wanita pada tahun 2014. Sebelum itu, mendapat saguhati di pertandingan mencipta Ummul Quran peringkat kebangsaan pada tahun 2011. 

Pengalaman menyertai pertandingan seni khat peringkat antarabangsa di Terengganu Malaysia pada tahun 2013 adalah pengalaman yang manis untuk kenangan peribadi. Diwaktu itu saya berkesempatan bertemu dengan penulis tempatan juga penulis yang tersohor diseluruh dunia .

Kata orang banyak bermusafir, luas pandangan, banyak pengalaman. Pengalaman yang diperolehi ini tentunya sangat berharga dan saya tidak pernah akan jemu menyampaikan sesuatu yang baik dari apa yang telah banyak saya lalui.

Sepanjang menceburi bidang ini, rata-rata orang mengenali saya sebagai antara penulis khat wanita Malaysia sehinggalah saya di panggil oleh pihak majalah , media tv dan akhbar untuk di temuramah. Kenangan pertama saya sewaktu belajar ialah memasuki ruangan Diari Kampus majalah Dara.com pada tahun 2009. Sungguh ini pengalaman yang baru dan penuh teruja ketika itu.

Sempat saya memperkenalkan rekaan saya yang pertama dengan kerjasama Kraf Sazilah Perusahaan Labu Sayong Kuala Kangsar iaitu Lampu Hiasan Khat Kufi yang telah saya persembahkan rekaannya di Yayasan Restu sempena Festival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan.

Sewaktu saya bernaung dibawah Mikashar Design sebagai penulis dan pelukis khat, kami di beri tawaran oleh Karangkraf untuk membuat logo bagi program baru Sinar TV, Comelnya Agama. Juga berpeluang memasuki kolum usahawan muslim di majalah I , memenuhi ruangan akhbar Sinar harian menonjolkan penulis khat wanita Malaysia bersama rakan seperjuangan.  Lukisan-lukisan saya juga berjaya dijual dan mendapat permintaan. 

Bukan sekadar itu, saya juga berjaya mencipta satu rekaan kraf yang saya berikan nama Bantal Hiasan Khat Kufi dimana rekaan ini mendapat permintaan yang tinggi tak kira remaja sehingga dewasa. 




Dalam masa yang sama saya berkhidmat sebagai guru di bawah Jabatan Agama Islam Selangor dari tahun 2012 sehingga saya menamatkan perkhidmatan pada tahun 2014. Saya sememangnya sudah biasa aktif beraktiviti. Kata orang, tidak boleh duduk diam. Saya sentiasa mencari idea baru dan melaksanakan sehingga saya dapat mencapai apa yang ingin dimiliki. 

Pada Disember 2011 saya melangsungkan perkahwinan. Disebabkan jiwa saya begitu suka dan dekat dengan dunia mengajar, saya mencadangkan kepada suami agar membuka kelas pengajian untuk kanak-kanak di taman berhampiran. Kami hanya mulakan di rumah. Mengumpul pelajar sehingga 30 orang didalam satu rumah mengajar Iqra' , Al-Quran, Jawi , Khat dan Solat.

Dalam masa yang sama juga , saya mencuba nasib menjadi fasilitator dan penceramah sambilan untuk pegawai staf kakitangan BankRakyat serta pelajar tajaan Bank Rakyat di bawah Fitrah Power kendalian Personaliti TV Ustaz Syukri Yusof. Sememangnya sejak dulu saya gemar melibatkan diri dengan program motivasi dengan menjadi fasilitator sambilan.

Selepas 5 bulan, kami telah mengambil langkah serius untuk meluaskan lagi kelas kami. Akhirnya kami menyewa sebuah kedai sebagai tempat belajar. Kami mengasaskan Pusat Pengajian El- Mateen (PPEM) . Terlalu banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan semasa penubuhan baru itu.

Selepas setahun, kami telah menubuhkan sebuah sekolah rendah islam swasta untuk kemudahan komuniti setempat. Saya dan suami antara tenaga kerja awal yang berusaha menubuhkan Sekolah Rendah Islam El-Mateen (SRIEM) yang terletak di Klang. Menggunakan silibus JAIS dan silibus TERAS SRIEM yang saya bangunkan untuk keperluan sekolah tersebut. 

Setakat ini, SRIEM telah mempunyai dua cawangan di daerah Klang menempatkan pelajar sekolah rendah darjah satu hingga darjah enam. Semoga usaha kami bersama jawatankuasa terlibat merupakan saham akhirat yang menanti di sana. In sha Allah.

Sebenarnya juga, saya amat menggemari bidang pengacaraan dan komunikasi. Pernah juga menjadi juru cakap untuk produk Jutamil. Peluang ini sebenarnya satu pengalaman berharga buat saya yang suka mencuba sesuatu. Pengalaman berada di hadapan kamera dan pentas memberi saya satu pengalaman tentang cara hidup dari insan biasa sehingga kepada selebriti dan public figure.

Setelah berhenti kerja sebagai guru di Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2014, saya mendapat peluang menjadi guru kemahiran (Cikgu Seni) di Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari , Puchong sampailah sekarang. Sebuah Maahad Tahfiz yang menawarkan pengajian vokasional sebagai pelajaran tambahan seperti Kulinari, Jahitan dan seni khat antaranya.

Mereka telah diperkenalkan dengan ilmu asas penulisan khat, teknik menulis 7 jenis khat, asas seni zukhruf ( hiasan al-quran) serta kerja kraf seperti membuat tote bag hiasan Islam, key chain kereta Allah Muhammad , penanda buku , bookmark khat , lukisan kanvas kaligrafi , family Tree, T-shirt, bantal hiasan khat kufi dan pelbagai lagi.


Selain daripada mengajar, saya menceburi perniagaan sampingan lain secara serius sebagai Stokis Powergold.Biz jual beli emas fizikal disamping meneruskan minat mengumpul emas setiap bulan. Selain berkongsi info mengenai emas di Facebook , saya gemar berkongsi cerita mengenai kehidupan keluarga dan anak-anak , hasil kerja pelajar saya di MTVAB , serta menulis sesuatu untuk berkongsi manfaat kepada insan lain.



Sebagai satu usaha mencari dana pengurusan sekolah, suami telah membuka perniagaan Cuci Cuci Empire (CCE) menawarkan sewaan mesin cuci car seat dan karpet sekitar Lembah Klang dan Kuala Kangsar Perak. Saya menawarkan diri untuk menjadi sebahagian team marketing di CCE sebagai pelatih copywriting dan storytelling.

Kini saya hanya berniaga dari rumah dan lebih banyak menjalankan perniagaan secara online. Waktu lapang saya selangkan dengan membaca buku motivasi, buku parenting, buku sains dan islam, kisah sejarah dunia, keagamaan dan ketuhanan, teori dalam sesuatu bidang khusus serta buku kewangan dan perniagaan. Selain itu saya isi masa lapang yang ada dengan aktiviti bersama anak - anak dan menjahit. Saya pernah menjahit tudung anak saya sehingga mendapat sambutan rakan rakan di Facebook dan Instagram. Akhirnya saya telah membuka tempahan pada hari raya lalu. Ianya sekadar hobi dan akhirnya menghasilkan pendapatan. Alhamdulilah.



Niat saya memasuki keluarga ABDR ini adalah ingin menambah ilmu supaya perniagaan saya lebih mantap tersusun. Kemas bergaya seiring maklumat yang ingin saya suapkan menjadi 'pemanis mulut' yang singgah disini. Besar harapan saya, jika dipanjangkan umur, saya dapat menjadi penyampai nilai dari secebis pengalaman yang telah Allah kurniakan. 

Semoga cita cita saya untuk menjadi penulis dapat tercapai sehingga dapat menerbitkan buku sendiri. Amiin. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang mengunjungi blog saya ini. Semoga bermanfaat buat anda. 





Comments

Popular posts from this blog

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …