Saturday, 31 December 2016

COPYWRITING IKLAN PERCUMA

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2017 ini adalah tahun untuk kita lebih fokus. Bagi anda yang ingin melangkah lebih jauh, pastinya menginginkan usaha yang berterusan dan hasil yang berbaloi.

Bermula Januari ini, saya juga akan membuka tirai baru yang lebih cantik, lebih berkualiti dalam servis yang ingin saya tawarkan dengan harga mampu dimiliki.

Bagi anda yang berniaga online namun tiada masa untuk menulis ayat iklan atau anda tidak ada idea untuk menulis content marketing , boleh dapatkan servis PERCUMA daripada saya sepanjang Januari ini. 

Saya ingin tawarkan kepada anda copywriting yang bersesuaian untuk produk anda sepanjang Januari ini. Ini adalah tahun permulaan saya membuka peluang kepada sahabat rakan niaga yang tiada masa atau tidak mahir menyusun ayat iklan dengan baik. 

Ayat iklan yang bagus adalah yang dapat menarik minat pembaca untuk melanggan daripada kita. Ramai peniaga separuh masa yang tidak berkesempatan mengemaskini Fan Page atau FB personal dengan ayat iklan yang bagus. Ada pula yang sepenuh masa , mungkin tidak ada kakitangan menulis ayat iklan atau storytelling. Bukan semua benda kita mampu lakukan sendirian. Saya datang untuk bantu anda.

Membina ayat iklan memerlukan daya fikir yang fokus dan kreatif. Izinkan saya memberi khidmat percuma sepanjang Januari ini untuk meringankan kerja anda. 



Salam Perkenalan dari saya , Dhuha Rashidi.
Penulis Baru Copywriting 2017

7 CIRI IBU BAPA HEBAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , puji-pujian syukur kepada Allah dengan munculnya entri ini bermakna saya telah bersedia untuk terjun semula kedunia blog dengan payung-payung yang lebih besar, lebih semangat, lebih aura baru, lebih keyakinan. Sebenarnya, bukan senang untuk mengambil keputusan ini. Makan tahun juga . Dikirakan dari zaman bujang sampai anak kedua hampir berumur dua tahun sekarang. Saya sememangnya cintakan penulisan. Diam-diam tanam angan menjadi penulis kau! hihihi. bagi la semangat pada orang yang langsung tak ada pengalaman ni. ngee :)

Kenapa saya pilih tajuk 7 Rahsia Ibubapa Hebat? Inilah impian saya sebelum benar-benar mengambil keputusan untuk aktif menulis menaip. Sejak saya memiliki seorang penyeri hidup kami suami isteri, banyak perkara yang berlaku dari mula saya bersalin sehingga ke hari ini yang membuatkan saya teringin berkongsi suka duka liku-liku kehidupan sebagai seorang ibu.

Berbalik kepada topik asal,sebenarnya semua pasangan berusaha untuk menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak. Saya rasa ibubapa yang matang akan sentiasa mencari cara bagaimana untuk mendidik anak dengan kaedah yang betul agar anak-anak dari kecilnya dapat membesar dengan baik, suasana yang baik, emosi yang baik, penuh kasih sayang dan tindakan yang positif dan proaktif. Malangnya, ramai ibubapa yang pada mulanya berkobar-kobar untuk menjalankan misi akhirnya hanya hangat-hangat tahi ayam.

Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Malah ia adalah isu yang patut diutamakan. Islam telah memberi panduan yang terbaik. Cara yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w boleh dijadikan pedoman buat kita semua yang bergelar ibubapa. Walaupun tidak mungkin untuk kita menjadi ibubapa sempurna,sekurang-kurangnya kita telah melakukan sesuatu yang tidak merugikan.

InsyaAllah pada masa akan datang saya akan memberikan tips didik anak cara Rasulullah. Untuk kali yang pertama ini, saya kongsikan kepada anda 7 rahsia menjadi ibubapa yang hebat. InsyaAllah apa yang saya tulis ni sebenarnya perkongsin sendiri mengikut pengalaman saya yang baru setahun jagung mendidik anak. Yang baik untuk anda ,ambillah, andai rasa tidak setuju, itu terpulang pada pendapat masing-masing kerana, hanya anda yang mengetahui potensi diri anda dan setiap anak-anak anda. Selamat membaca.

1. Istighfar

Setiap manusia pernah melakukan kesilapan besar ataupun kecil. Kematangan terbentuk daripada pengalaman yang benar-benar mengajar kita erti hidup. Kesedaran yang kita perolehi daripada peristiwa-peristiwa yang menguji mampu membuatkan kita mengakui kelemahan diri. Bagi insan yang menyedari bahawa dugaan itu membuatkan ianya kuat, pasti meletakkan Allah pada tempat pertama dalam hatinya.

Samada anda merupakan bakal ibu atau bapa ataupun baru menjadi ibubapa, Istighfar membuatkan hati anda sentiasa dalam keadaan tenang. Untuk menjadi ibubapa terbaik, ini langkah pertama yang perlu dilakukan. Sehinggalah benih membesar hari demi hari, dari tempoh itu dan sehingga saat ini, sentiasa basahkan bibir dengan Istighfar. InsyaAllah banyak manfaat untuk anda. Nak tahu manfaatnya? InsyaAllah nanti menyusul.

2. "Allahuakbar"

Sewaktu saya mengandungkan Nourmusfirah, saya masih ingat ketika itu di bulan Ramadhan , kandungan saya sekitar 6 - 7 bulan saya tak berapa ingat. Saya teringin nak solat Tarawikh di Majid Negeri di Shah Alam. Saya dan suami sememangnya amat sukakan masjid ni. Setibanya saya di masjid , saya melihat ruang solat wanita telahpun penuh.

Maka saya mengambil keputusan untuk solat sahaja di luar pintu masjid memandangkan juga ramai ibu-ibu yang bersolat diluar bersama anak-anak mereka. Saya melihat ada ibu yang berjaya solat bersama anak masing-masing. Wahh! ini hebat. Ramadhan berikutnya saya cuba membawa anak saya kemasjid. Dengan harapan, saya dapat menjadi ibu yang boleh ke masjid tanpa gangguan tangisan dan rengekan anak. Rupanya saya gagal. Nour menangis sehingga saya tidak sempat berapa rakaat pun! Tambah lagi, saya telah membuatkan orang lain tidak selesa dengan tangisan anak saya. Aduhhh.. akhirnya saya keluar dengan hampa.



Sebenarnya, saya sudah melatih Nour supaya duduk diam ketika kami bersolat. Jika ada ruang untuk kami solat bersama, pasti kami tidak melepaskan peluang. Tapi kadang-kadang tu minta izin juga nak solat sendiri sebab hal-hal tertentu. Sebelum kami solat, saya selalu katakan pada Nour supaya duduk diam-diam, tengok mak abah solat nanti pandai, kejap saja. Saya latih sejak dia bayi.

ungkin ketika saya bawa kemasjid itu, dia baru saja beberapa bulan dan belum dapat membiasakan diri dengan orang sekeliling ataupun cara saya masih tidak betul. Tetapi kesan yang saya dapat apabila kami selalu memberitahu sebelum bersolat, dia dapat membiasakan diri. Lama-lama Nour dah biasa. Saya bawa ke Pasaraya, Surau, Masjid, rumah orang, saya dah nampak kesannya. Sekalipun dia tidak menangis. Bila saya katakan duduk sini baik-baik, dia akan turuti.

Sekarang , setiapkali kami mahu solat, dia sendiri memberitahu kami, mak solat, abah solat, Nour? Kami menjawab, Nour solat juga.Jom! Gelihati juga kalau dia tiba-tiba sujud, rukuk, sujud, bangun , dan meniru pergerakan solat kami. Tapi itulah anak kecil. Lagi banyak anda beri lebih berlipat ganda hasil yang anda dapat. Biiznillah. Sebenarnya semua ibubapa mampu memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

3. Library Hati

Cuba kita sebagai ibubapa tanamkan matlamat untuk mewujudkan sebuah perpustakaan kecil dirumah. Ini cadangan saya dan juga saya ambil dari idea orang-orang yang berpengalaman. Sebab itu, kalau saya pergi pusat perabot, saya jadi 'gila' dengan rak buku. Rasa sangat teruja itu bukan kerana saya suka menghias rumah, tetapi saya hanya membayangkan 'kalaulah banyak buku-buku tersusun di rak ini' .Waaahhhh! Ok.. anda tidak boleh memaksa anak anda untuk membaca sedangkan dia tidak menunjukkan minat. Tak boleh ok! Tak boleh!Apa yang perlu anda lakukan?

Ya , disini idea permulaannya. Anda adalah model pertama yang perlu menunjukkan minat membaca. Anda sendiri tidak mempunyai ilmu yang cukup dan pengetahuan yang sedikit, bagaimana untuk anda menjadi ibubapa yang mampu merangsang anak-anak untuk minat membaca? Saya tidak pernah menunjuk-nunjuk yang saya minat membaca kerana sememangnya saya suka membaca.

Disini , anda boleh memilih pelbagai kaedah. Pertama, sewaktu mengandung anda bacalah apa sahaja buku yang bermanfaat untuk anda. Lebih baik adalah bacaan yang mampu menjana idea , inspirasi, dan mencipta sesuatu yang baru. Bukan sekadar tadah-simpan. Kedua, anda bacakan buku kanak-kanak kepada bayi anda dan minta bayi anda dengar apa yang anda baca.

Bunyinya macam pelik kan? Tapi, ini cara anda dapat berkomunikasi dengan anak anda disamping menarik minat bayi anda sejak dalam kandungan lagi. Ketiga, anda membaca sesuatu berkaitan akhlak contohnya, kemudian anda huraikan semudah mungkin kepada bayi dalam perut anda.

Contohnya, anda membaca teks "Sebagai orang Islam kita harus membantu orang di dalam kesusahan" kemudian anda beritahu anak anda yang masih didalam perut, usap perut anda dan beritahu, "baby tahu tak, kita bukan kena bantu orang susah sahaja, tetapi kena hormat pada orang tua, atuk, opah, mak, ayah". Saya melakukan ketiga-tiganya. Haha...lucu tak? Bila saya memberitahu kawan-kawan itu yang saya lakukan, mereka mencebik muka keanehan! Apa betul kau ni?? Saya rasa saya bertuah kerana Allah beri saya peluang ini.

4. Tablet paling Mahal

Zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Permainan dulu bukan sama dengan permainan sekarang. Lompat getah, congkak, batu seremban, tarik upih, guli, pondok2, polis entry want to jaga, Janjanjale, dan macam-macam lagi nama permainan yang direka bertujuan menghiburkan hati bersama ahli keluarga dan kawan sekampung. Konsep permainan dulu-dulu sangat bagus untuk dipraktikkan kerana ia mengajar kita sentiasa bekerjasama, bersosial dengan cara sihat dan ibubapa tidak risau kerana ia bukanlah permainan berisiko.

Saya perhatikan ada ibubapa sejak dari bayi sudah mendedahkan kepada anak dengan tablet, Laptop, handphone canggih dan yang seangkatan dengannya. Suka mengambil jalan mudah dengan memberikan apa sahaja gadget yang ada demi menutup mulut anak kecil daripada menangis. Ada beranggapan ia memudahkan para ibu membuat kerja di rumah. Bagi saya, kitalah yang perlu menjadi tablet paling disukai oleh anak-anak. Dengan cara bagaimana?

Selalunya anak-anak mencari hiburan untuk diri mereka dan bgi mengelakkan kebosanan mereka mula mencari sesuatu. Terdapat banyak 'games' di internet dan ianya sangat mudah di download ke dalam telefon pintar. Jadi, jangan biarkan anak-anak di beri ruang untuk mengambil kesempatan mendekati handphone anda, tablet anda atau laptop anda.

Beritahu padanya bahawa belum sampai waktu untuk dia memilikinya. Jikalau boleh, elakkanlah! Jangan marah jika anak anda ingin memegang telefon pintar anda, sebaliknya cuba anda memberitahunya apa yang ada didalam telefon. Perkara sebegini sebenarnya memakan masa dan perlukan kesabaran. Sekali sekala anda bermain bersamanya sambil memberitahu apa yang perlu dan apa yang tidak.

5. "pooommmm"

Ini perkara benar. Saya mula mempraktik cara ini sejak anak saya masih berusia sebulan. Apa dia? Anda bercerita dengan pendahuluan, klimaks, dan ada penutup serta pengajaran. Berceritalah kepada anak-anak dengan cerita yang ringan,mudah,ringkas tetapi memberi pengajaran walaupun bayi anda masih baru. Ya! Masih 1 bulan. Jangan rasa pelik kerana itulah yang telah saya lakukan. Pada usia Nour mencecah 4 hingga 6 bulan, saya merasakan anak saya sudah pandai bercerita.

Saya sempat merakamnya dengan telefon suami tetapi malang sekali ianya rosak serta merta. Siapa boleh bayangkan anak saya membebel dengan butiran yang kadangkala saya kira saya faham apa dibualkan.hahaha.. ini mak yang sungguh gila!! hahaha.. Tetapi, saya yakin dengan cara saya. Saya memberitahu suami supaya banyakkan berbual dengan anak. Sewaktu NOur mencecah usia 1 tahun, pada Tahun Baru Cina, dan pesta mercun hebat pada malam itu dan membuatkan anak saya terkejut dan takut.

Terus dia duduk rapat dengan abah waktu itu. Kata abah, " Kenapa Nour takut , itu hanya mercun. Tak perlu takut, dengar sini abah cerita, kalau tahun baru cina memang ada bunyi mercun banyak-banyak macamni," NOur gamam sahaja waktu tu. Dia masih tidak tahu bercakap melainkan bebelan yang saya sendiri tak faham. Tetapi dia memahami kata kami. "Tadi waktu kita rehat-rehat, tiba-tiba Nour dengar bunyi mercun, poommm kan?" tanya suami saya. Saya ulangi dengan ertikata yang sama.

Kami membunyikan bunyi mercun seperti yang dia dengar tadi. "Nour tak pernah dengar kan? takpe, nanti Nour biasa,tapi kalau Nour takut, kan Allah ada?" Kami tokok tambah. Dia menunjukkan minat. Kami lihat Nour mula mengulangi apa yang kami ceritakan. "pooommm" itu sahaja yang saya faham dari anak saya. Alhamdulillah, Nour adalah anak yang sangat rapat dengan abahnya. Suka berkongsi cerita "poommm" walaupun kadangkala tidak berkait dengan apa yang diceritakan. Sehinggakan kami ketawa disebabkan "poomm" si Nourmusfirah. Hahaha

6. Iqra' 7

Kerja kami sebelah malam adalah mengajar Bacaan Al-Quran untuk kanak-kanak hingga dewasa. Permulaannya pastilah Iqra'. Setiap hari kami bawa Nour ke kelas mengaji. Disini kami dikira untung, tetapi bagi anda pula bagaimana? Anda tidak ada kelas mengaji. Maka,andalah yang perlu mengaji. Susah kan? Apa kata, simpan satu buku Iqra' dalam rumah, kalau anda tak mampu buka hari-hari buatlah setakat mana yang anda mampu.

Setiap hari Nour mendengar Ustazah mengajar Iqra' di hadapan. Walaupun Nour seperti main-main dan adakalanya merengek mahukan susu, saya terkejut bila di rumah dia mampu mengulangi lenggok bunyi bacaan Iqra' tersebut. Ia benar-benar mengagumkan. Subhanallah. Sehinggakan , NOur sudah tahu dan meminta buku Iqra' untuk dia baca. Tapi, bukan Iqra' 1 sampai 6. Nour buat Versi Iqra' 7. Memang bunyi saja yang sedap. Dia masih 1 tahun ketika itu. Boleh bayangkan? hihihihi. Asalkan dia sudah minat mendekati ilmu.

7. Atuk sayang....

Mendidik memerlukan kasih sayang yang lahir dari hati dan dirasai dengan tindakan. Kekasaran bukan didikan . Kadangkala sebagai ibubapa yang belum cukup mendalami ilmu keibubapaan, pernah juga kami tersasar. Tapi cuba anda fikir, memarahi anak-anak itu merugikan. Saya rasa rugi. Ditambah dengan perangai mereka yang dari hari kehari memang mencabar emosi ibubapa. Tapi kita perlu tahan dan Istighfar.

Mereka perlukan kasih sayang yang asli dari ibu ayah. Terapkan nilai cinta kedalam dirinya. Peluk anak sambil memberitahu anda sayang mereka . Itu dapat menambahkan keyakinan mereka sepanjang membesar. Sekali sekala, ajak anak memeluk anda dan suami dan memberitahu 'kita saling menyayangi'. Didik anak memberi kasih sayang pada insan-insan yang sepatutnya.

Saya berikan contoh atuk dan opah. Setiap kali balik kampung, saya pasti meminta anak saya duduk bersama atuk dan opahnya. Ini mengelakkan anak kita takut dengan orang yang jarang berjumpa. Selain itu dapat membuatkan anak menjadi berani untuk berkongsi cerita. Dalam masa sama juga, ibubapa kita juga akan senang dengan cara kita mendidik anak.

Bapa saya sering menyanyikan lagu untuk NOur bertajuk "sayang atuk" sambil bertepuk tangan melayan keletah si NOurmusfirah. Saya berpendapat, lebarkan ukhwah antara cucu , atuk dan opah. Lagi banyak orang tua mendoakan anak cucunya bertambah Rahmah dalam keluarga. Sekembalinya saya dari kampung ,pasti saya ingatkan anak saya, sebutkan nama-nama yang ada di kampung . Saya rasa gembira apabila Nour pandai menyanyikan pula lagu "sayang atuk" menjadi "atuk sayang" . Dia pandai membalas kasih sayang. MasyaAllah. . Mana tak ketawa atuknya bila ada penghibur ditelefon? hehehehe.

Inilah semua ke 7 Rahsia yang saya nak kongsikan. Mana tahu kalau ada yang mahu mengikutinya dan menjadikan ia sebagai satu buah fikiran? Ilmu dan pengalaman yang sangat sedikit ini saya kongsikan kepada semua yang bercita-cita untuk menjadi ibubapa hebat. InsyaAllah. Subhanallah.. Walhamdulillah.. Lailahaillaallah.. Allahuakbar.. Hadza min Fadhli Rabbi.



Yang Hebat itu Allah
Yang lemah itu hamba.

Dhuha Rashidi
Si Emak Milennia

Friday, 30 December 2016

CIRI CIRI ANAK ANDA GENIUS

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Sumber google


Genius ataupun yang dimaksudkan dengan seseorang (disini saya lebih memfokuskan kepada kanak-kanak) yang mempunyai bakat luar biasa, pasti menjadi sandaran harapan setiap ibubapa.

Boleh dikatakan hampir kesemua ibubapa mengharapkan zuriat mereka mempunyai kelebihan itu. Sifat genius pada manusia ini sebenarnya boleh dipupuk. Menurut Profesor di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat, Prof. Dr. John Colombo berkata, sifat genius kanak-kanak sebenarnya boleh dibentuk. (Sumber akhbar kosmo).

Bagi pasangan yang menunggu kelahiran ataupun baru pertama kali memilik cahaya mata, inilah masanya untuk anda melakukan sesuatu yang bermanfaat dalam seumur hidup anda dimana tidak mungkin masa-masa emas itu akan berulang.

Jadi jangan rugikan masa anda dengan harapan semata-mata tanpa bertindak apa-apa. Ada antara kita yang berharap agar anak yang dilahirkan menjadi anak yang cerdik, sihat, ceria dan genius tetapi mereka kebanyakannya tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap langkah yang mereka lalui sehari-hari.

Lagi parah ada juga yang perasan anak mereka akan ‘menjadi’ seperti apa yang mereka angankan, rupa-rupanya mereka hanya bermimpi di kesiangan. Maka apabila suatu masa prestasi anak-anak yang dianggap perfect itu mengecewakan, keluarlah segala ayat yang boleh mencacatkan emosi dan peribadi anak itu sendiri. Sudah dikatakan, genius itu boleh dibentuk.

Seperti contohnya, “alaaa anak saya tu main saja yang banyak, belajarnya tidak, jenuh bercakap”
Kalau dah bercakap dengan bebelan kosong. Memanglah! Entah-entah tidak pernah bercakap.
“bukannya mahu baca buku budak ni, main saja yang dia nak”
Kalau nak tengok anak minat membaca buku tanpa disuruh, sila buat dahulu. Cuba jadikan anda sebagai ikon. Anda boleh baca perkongsian saya 7 Rahsia Ibubapa Hebat yang saya akan kongsikan selepas ini.

“kau tu belajar pun malas”
“kenapa keputusan kamu boleh seteruk ini? Itulah bukan nak baca buku”
Ini leteren kebanyakan ibubapa yang sedang melangkah kalah. Okey..okey.. chup! Saya Cuma nak bagitahu. Ini perkara serius. Inilah ciri-ciri ibubapa yang mudah menyalahkan orang lain berbanding diri sendiri dan telah menempah kegagalan dalam membina pemikiran genius kepada anak-anak. Bagi anda yang peka, jangan bazirkan masa. Anda masih belum gagal. Berusahalah, jangan terlepas.


Nak tahu apakah ciri-ciri seorang anak yang genius dan bagaimana prosesnya?


1. Si kecil ini mempunyai bakat yang cukup membuatkan kehidupan kita penuh kepuasan.

Kanak-kanak sebegini selalunya bukan sahaja mampu mengingat sesuatu dengan cepat, malah mampu menggambarkan sesuatu dengan jelas. Apa saranan saya, anda mulakan daripada bayi. Selepas anda habis berpantang, hilang kesakitan, hilang stress, anda boleh mulakannya, lebih awal daripada itu lebih bagus. Bagaimana?

Saya cuma bagi contoh seperti ini, sewaktu anda menukar lampin, minta bayi anda melihat muka anda (ya walaupun bayi anda masih tidak dapat melihat dengan jelas lagi) tetapi ini sebagai ransangan minda. Lakukan berterusan. Sebutkan padanya nombor-nombor yang perlu dia kira.

Contohnya begini, “baby, cuba tengok ibu ni, ok apakata kita kira nombor dari 1 sampai 5”. Ya, begitulah! Itu juga yang saya lakukan pada Nour. Tetapi saya buat dalam bentuk lagu nombor dalam bahasa Arab. Hei..hei..hei.. anda jangan rasa pelik ok, itu membuatkan anda kelihatan seperti seorang yang sangat keibuan (saya tak pernah mengaku hehehe)

2. Dia mempunyai tahap perkembangan yang lebih awal berbanding kanak-kanak seusianya.

Apabila anda bijak meningkatkan potensi diri anak anda, pasti anda tidak kecewa. Sekurang-kurangnya anda telah lakukan yang terbaik bukan. Jangan merasakan ini semua membazir masa. Jangan sesekali menyebut "ahh , kalau kita buat yang terbaik sekali pun, tak menjadi juga". Saya dah biasa dengar ayat yang sebegini daripada setengah orang yang pernah saya jumpa. Terus terang, saya tidak setuju.

3. Dia mampu menguasai bahasa dengan sangat baik.

Kanak-kanak sebegini biasanya mampu berbicara dengan kalimah yang lebih lengkap dan lebih awal berbanding teman seusianya. Anda sudah tahu faedah berbual dengan anak dari awal, bukan?

4. Si anak memiliki rasa ingin tahu yang tinggi dan tidak pernah bosan untuk bertanya.

Setiap kali anda berinteraksi dengan anak anda, apakata bangkitkan soalan-soalan yang paling mudah untuk dia menjawab. Lambat laun, ia akan tahu bentuk-bentuk pertanyaan sekaligus membuatkan ia kerap bertanya soalan yang bagus-bagus.

5. Dia sangat aktif tetapi bukan hiperaktif.

Ini kerana anak yang hiperaktif memiliki konsentrasi rendah berbanding anak yang mempunya bakat mampu berkonsentrasi pada satu hal untuk jangka masa yang lama. Kanak-kanak aktif memang tidak pernah duduk diam. Dalam rutin hariannya mesti ada saja idea yang ingin dicipta menjadi satu 'kerja' .

6. Kanak-kanak yang berbakat selalunya memiliki keinginan yang kuat pada satu hal yang menjadi tarikannya dan sering mencabar diri untuk melakukan hal yang sulit. Contohnya, ia akan berusaha bersungguh-sungguh membuka pintu dengan kunci yang banyak.

7. Kanak-kanak berbakat ini juga mempunyai imaginasi yang tinggi. Dia bijak mencipta sebuah cerita lengkap mengikut tautan imaginasinya. Diwaktu itu, kita harus menggalakkannya untuk bercerita perkara-perkara yang lebih logik . Huraian lebih kurang sama pada ciri ke- 9.

8. Dia juga mampu mengingati sesuatu dengan cukup mudah dan pandai pula menceritakan kembali apa yang ia pelajari dari buku, video dan peristiwa sekelilingnya. Syaratnya, anda bantu anak anda untuk mengingati perkataan awal.

Saya berikan contoh, anak saya mempunyai buku bertajuk Buah-buahan. Apabila dia meminta buku untuk di lihat, saya memberitahu anak saya supaya menumpukan pada satu-satu gambar. Ini bertujuan memorinya dapat 'menyalin' rupa bentuk gambar tersebut. Saya nak panggil istilah apa pun saya tidak tahu.hehehe. Siapa yang lebih pakar boleh komen saya dibawah.

Baik! saya cuba memberi rangsangan minda dengan bertanya kepadanya, "cuba awak tengok gambar ini,macamana rupanya, warnanya, dan sebagainya. Ringkas tapi berkesan. Jangan tanya terlalu banyak. Nak lagi berkesan, minta dia cari buah yang dia suka tengok. Lepas itu baru anda lakukan. Nour suka dengan pisang.

Apa yang anak anda akan peroleh? Sewaktu kami di pasaraya, kami pergi ke bahagian buah-buahan. Apa yang berlaku? Nour menunjukkan kepada kami buah pisang! " mak,abah, itu..(sambil memandang kami) pitchang!" itu sudah cukup membuatkan anda gembira. Saya pantang diberi peluang lantas saya bertanya, "dimana Nour lihat pisang itu?". Dia menjawabnya di dalam buku di rumah. Subhanallah. Jangan letih untuk soaljawab seterusnya apabila tiba di pasaraya.

9. Pandai mevariasikan sebuah gambar menjadi sebuah cerita yang berkait-kait dengan apa yang pernah di lihat olehnya.

Kanak-kanak di usia 1- 2 digalakkan melihat buku bergambar tanpa teks. Cuba rangsang pemikirannya dengan melihat pelbagai gambar. Sedang asyik saya menaip disini, tiba-tiba anak saya memanggil saya dengan kuat.

Dia pergi kearah saya dan meminta saya memandang kearahnya. Dia membawa 'my little pocket library' dan memberitahu apa yang dia lihat. "mak , ini chikal Nour". Pada mulanya saya buat tidak tahu. Dia memanggil kali kedua. Saya berhenti menaip. Saya berbual dengannya dan saya rakamkan begini, "ok , apa dia Nour? ; ni.. chikal Nour (menunjuk kepada gambar) ; Ok.. (saya ingatkannya) ni bukan basikal Nour kan? ; hm,butchan ; Nour ingat lagi tak waktu kita pergi kedai mainan tu? ; inyat, Nour naik chikal Nour (sambil tangan membuat gaya kayuhan dan sudah mula imagin ) kayuh,kayuh,kayuh.. pashtu Nour tuwlon(turun) , pashtu Nour putchin,putchin (pusing) ; ada apa di kedai mainan tu? ; ada car, ada chikal, ada broom2, ada buyan (buaian) , Yaya(adikberadik susuan) ada chikal,abang (abang Yaya) ada broom2. Selepas itu, selepas itu dan selepas itu . Saya terus menambah lagi cerita sebagai menarik tumpuan Nour terhadap ingatannya. 

Saya tidak pernah menganggap saya adalah sempurna dan anak saya adalah yang paling bagus. Perkongsian ini sekadar ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang belum sampai tempoh matangnya. Hahaha. pengalaman pun ada tempoh ke? Apa-apalah! Jadi saya harap , apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda diluar sana yang mencari-cari info menarik. Jika ada pendapat, komen, dan pertanyaan boleh berikan respon anda dibawah . Okey? 

gambar dari google

Sehingga berjumpa lagi,
Yang Hebat itu Allah
Yang lemah itu hamba.

BOOKMARK KHAT NAMA JAWI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hai, kali ini Kak Dhuha nak kongsikan satu benda yang memang jadi favourite Kak Dhuha tau. Apa dia ? Ni lah dia , bookmark. 



Zaman bebujang dulu kan, seronok sangatlah pergi merata tempat, masuk sekolah sana sini, kolej dan universiti hanya untuk buat demo khat sambil buat jualan di situ.

Antara yang paling laku servis menulis nama dalam khat diwani. Ingat lagi pada tahun sekitar 2009 - 2012 begitu, harga untuk satu bookmark hanya RM2 tau ? Murah je kan? Lepas itu, harga sudah naik kepada RM5 sekeping bookmark. Untuk tahun 2017 ini, harga bookmark dari Kak Dhuha ialah RM7 pula. 

Dakwat yang Kak Dhuha pakai adalah jenis yang berkualiti. Ada yang tanya, tak hilang ke tulisan tu. In sha Allah tak. Sebab kita memang guna dakwat yang paling kualiti. Sudah lah kualiti, susah pula nak dapatkannya. Alahai. 

Bookmark ni biasanya laku di program-program sekolah, kolej , universiti. Program-program islamik memang kena pada tempatnya. Jadi, jika ada sesiapa yang ingin menjemput team Kak Dhuha untuk turun padang memeriahkan booth , boleh lah hubungi Kak Dhuha di 019-209 5522 .

Dhuha Rashidi.
Si Penulis Khat Wanita 

1 HARI LAGI KE 2017

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Masa terasa sangat pantas berlalu. 2016 sudah mahu menutup tirai. Petang ini Kak Dhuha (KD) sempat juga meronda kawasan kampung suami. Selama lima tahun kahwin ini, baru ini berkesempatan meninjau kawasan kampung melihat keindahan tanaman padi. Ma sha Allah cantiknya Subhanallah.



Jadilah buat santapan mata menjamu minda kata orang kan. Kampung suami KD terletaknya di Kota Lama Kiri. Tidak sangka pula ada laluan kecil di belakang rumah yang boleh menembusi sehingga ke pekan Kuala Kangsar. Kebas punggung juga suami bawa ronda hari ini. Hehe.

Esok, KD akan menghantar suami (Iwan) ke stesen keretapi untuk ke Klang memantau hari pendaftaran SRIEM. KD di sini pula bersedia menghantar anak-anak ke sekolah nanti. Nour nampaknya dah bersemangat betul nak kesekolah. Elham pula tidak tahu yang dia akan dihantar ke nursery. Kalaulah KD yang jaga, alamatnya blog pun mungkin berhabuk juga. 

Elham ni rapat tak boleh berenggang dengan emaknya. Begitulah . Memang nak buat kerja tu, peratus nak siap amatlah tipis. In sha Allah semoga Elham dan Nour dapat belajar berkawan di sekolah nanti.





Thursday, 29 December 2016

NAK BISNES APA TAHUN 2017 ?

Teks : Dhuha Rashidi


Ramai saja yang akhir tahun ini terasa buntu untuk memulakan perniagaan bagi menambahkan pendapatan. Keinginan itu berkobar-kobar untuk mulakannya apabila melihat ramai rakan lain telah memulakannya. Bila lihat ada rakan yang mampu menjana pendapatan sampingan sehingga ribuan ringgit sebulan, mulalah kita juga berasa seronok. Yes! Nak buat jugalah.

Ops... tunggu dulu. Jangan tertipu antara keseronokan sendiri dengan kesediaan diri untuk terjun ke dunia bisnes. Rata-rata yang tersangkut di tengah jalan apabila hanya teruja di awal pecutan. Terkandas di pertengahan dek kerana kekurangan ilmu pengetahuan berkaitan. Sudahnya menyesal. Modal di labur lenyap. Hasil yang dapat sekejap.

Untuk berbisnes kita perlukan satu sokongan dan kepastian dalam diri sendiri. Kenalpasti kemampuan diri kita samada kita mampu lakukannya atau tidak. Pastikan juga samada kita sudah benar bersedia menanggung apa-apa risiko cabaran dan rintangan atau kita sebenarnya masih tidak nampak jalan yang berliku di hadapan.

Berbisnes jangan rasa seronok . Mulakan bisnes dengan waspada. Kata orang redah saja jalan terus. Ya! Untuk mulakan sesuatu kita memang perlu mulakan jika mahu dapatkan hasil yang pertama , kedua dan seterusnya. Dalam masa yang sama juga kita tentulah perlu membangunkan strategi perniagaan agar matlamat yang kita impikan itu tercapai.

Anda mahu berbisnes sebenarnya untuk apa?

Sudah ada jawapan? Jika ya , tahniah, anda sudah ada matlamat. Perangai pemula bisnes kecilan yang terkandas di tengah jalan adalah kerana mereka tidak nampak jalan yang mereka mahu tuju. Matlamat yang bagaimana mereka ingin capai. Maka, perjalanan boleh jadi sesat jika tidak di rancang. 

Banyak sekali jenis perniagaan sampingan yang boleh anda lakukan. Cari saja di internet atau di Facebook, anda akan nampak bermacam pilihan bisnes mengikut apa yang anda suka.

Saya percaya, masih ramai yang berminat dengan emas. Jika tidak tiadalah kedai-kedai emas di luar sana masih gah berdiri dengan kilauan nya yang berharga? Bagi anda yang ingin mulakan perniagaan sampingan dengan modal rendah, bonus juga untuk yang berminat untuk menyimpan emas sekaligus mahu menjana pendapatan, anda boleh menjadikan Powergold sebagai satu platform perniagaan anda pada tahun 2017.

Jika anda berminat untuk tahu bagaimana urusan perniagaan ini dijalankan, anda boleh menghubungi saya pada nombor tertera di blog ini bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas. 

Rata-rata orang sudah tahu tentang perniagaan emas Powergold.biz. Pengalaman saya sepanjang berada di dalam Powergold ini, sudah ramai pegawai Ar-Rahnu yang saya tanyakan, juga kedai-kedai emas yang saya tanyakan berkaitan emas jenama Amethyst Powergold. Alhamdulillah, jawapan yang saya terima positif. Perniagaan ini menjalankan tiga konsep yang jelas iaitu Saving Trading dan Networking.

Dengan yuran keahlian yang rendah , anda sudah mampu menjadi peniaga emas. Ia juga menggalakkan kita untuk menyimpan emas setiap bulan. 

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi saya melalui emel dhuharashidi@gmail.com 



Terima kasih kerana anda sudi menjenguk blog saya ini.

Wednesday, 28 December 2016

AZAM 2017 JOM SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Amzari Amran


Hai , terima kasih sudi singgah ke blog KD. 2017 dah nak datang tak lama lagi kan? Di luar sana, mulalah terdengar suara sahut menyahut tentang 2017 tahun mencabar. Jika diikutkan di mana tahun pun kehiudpan kita akan lebih mencabar dan mencabar. Yang penting kita, bagaimana kita mahu atasinya dan apa yang harus kita lakukan. 

Ekonomi sememangnya tidak begitu cantik sejak tahun kebelakangan ini. Malah dijangkakan nilai ringgit kita makin terus menurun. Harga emas pula dijangkakan boleh mencecah sehingga RM500 per Gram pada tahun 2020. 

Saya selalu mengikuti tip bisnes Irfan Khairi yang mana beliau ada mengatakan, untuk menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita perlu kurang kan perbelanjaan dan , haruslah menambah pendapatan, juga kita perlu membuat tabungan.






AZAM TAHUN BARU 2017
----------------------------------

Jika sebelum ini kita masih belum mempunyai tabungan atau simpanan didalam bank, saya syorkan untuk menyimpan emas dengan bajet paling rendah 0.5gram setiap bulan atau 1 gram setiap bulan.



Mari kita mulakan AZAM baru MENABUNG EMAS. Lihat contoh ini.


JAN  1 gram
FEB  1gram
MAC  1 gram
APRIL  1 gram
MAY  1 gram
JUN  1gram
JULY  1 gram
OGOS  1gram
SEPT  1 gram
OCT  1 gram
NOV  1gram
DEC  1 gram

Tanpa sedar sudah TERsimpan 12 gram.

Katakan harga 1 gram lebih kurang sekitar RM200
X 12 bulan bermakna kita telah menabung sebanyak RM2400
==============





RM2400 TU TAKLAH MENARIK SANGAT!!




======== TAPI ========




Tanpa SEDAR lagi kita dah ada ASET yang NILAInya bukan setakat RM2400. UNTUNGnya harga aset akan berganda.

Katalah pada tahun 2020, emas pada waktu itu bernilai RM500/gram agak2nya RUGI ke kita mulakan simpanan emas fizikal hari ini?





HAH! CUBA BUAT KIRA2.. UNTUNG KAN UNTUNG?




suka nak share supaya lebih ramai yang NAMPAK KELEBIHAN ini. Boleh hubungi saya di Facebook atau whatsapp saya di 019-2095522

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan.
.

Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat. 
.

Macamana nak sewa ?

Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian. 
.

Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri.
.

Kenapa cuci sendiri ?

Kerana ianya lebih menjimatkan wang. Jika dibandingkan dengan harga yang terdapat di kedai - kedai cucian car seat atau sofa. Sungguh berbaloi. Anda semestinya akan puas hati dengan cucian anda sendiri.

Hubungi kami untuk tempahan sewaan.



Tengoklah abang polis ni sambil pegang pistol sambil mencuci. Semangat betul.

Di bawah ni pula, customer dari Puncak Alam, cuci kereta selepas isterinya terbersalin didalam kereta. Ma sha Allah. Dia sendiri puas hati dengan cuciannya sendiri. 


Layari Facebook kami di : www.facebook.com/cucicuciempire
terima kasih kerana LIKE page kami.


Tuesday, 27 December 2016

PENGHUJUNG 2016 : DAH CAPAI TARGET KITA ?

Teks : Dhuha rashidi


Hai , Assalamualaikum 
Hari ini lewat pagi saya menjenguk blog untuk menulis sesuatu. Sungguh tidak sabar untuk memasuki fasa baru yang akan hadir tidak lama lagi. Kiranya inilah minggu terakhir tahun 2016. 

Mungkin saya masih tidak begitu sibuk dengan persiapan persekolahan anak memandangkan anak saya baru memasuki usia 5 tahun. Berbanding rakan lain yang mempunyai anak bersekolah rendah dan menengah, maka perhatian di akhir-akhir tahun begini sememangnya perlu di tekankan. Lagi pula sebagai satu semangat pada mereka untuk kembali ke sekolah pada Januari nanti. 

Cuba kita ingat kembali bermula dari awal tahun apa yang telah kita lakukan. Apa bisnes yang kita usahakan. Apa pencapaian yang telah kita miliki?

Sepanjang 2016 ini , begitu banyak sekali pengalaman berharga yang telah saya lalui. Memasuki dunia bisnes emas pada 18 Ogos 2015 dengan ilmu yang masih kurang dan pengalaman bisnes yang tidak begitu kukuh. banyak perkara saya tidak tahu. Sehingga menggunakan platform media sosial sebagai tapak market pun saya tidak pandai dan tiada ilmu.

Ingat lagi diwaktu itu, saya hanya mengikut cakap leader sahaja, perlunya iklan dengan kerap untuk orang nampak apa yang kita niagakan. Tanpa mengetahui tentang algoritma facebook, LKS dan sebagainya. Sehingga orang tegur terlalu banyak iklan yang keluar di newsfeed mereka. 

Awal 2016 saya telah memulakan kerja apa yang telah saya azamkan pada penghujung 2015 waktu itu. Belajar bagaimana berbisnes di facebook. Bagaimana mahu beriklan di blog. Saya mencari-cari tok guru terpercaya yang boleh saya follow untuk kebaikan bisnes saya. Sehingga saya menemui GSL Group Support Like saya bertemu dengan ramai rakan positif dan kemudiannya saya mengenali lebih ramai guru bisnes yang hebat.

Sepanjang 2016 ini saya mengikuti seminar berkaitan bisnes antaranya Seminar SPEAK anjuran Hisham Salleh pengacara tv RTM, Seminar IMKK di IDCC Shah Alam pada bulan Mei. Bengkel - bengkel kecil, kelas -kelas bisnes dan sebagainya. Banyak sekali pengalaman yang indah sepanjang 2016 ini. 

Yang memberikan saya satu kepuasan di tahun 2016 ini ialah , walaupun dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, masih ada rezeki untuk saya teruskan berniaga emas dan lain-lain. Saya berjaya menjual beratus Gram emas dan berjaya mendaftarkan keahlian powergold dibawah saya dan anak-anak buah. 

Percayalah, apa yang telah kita tuliskan dalam buku matlamat kita itu in sha Allah jika berusaha dengan bersungguh untuk kita mencapainya, pasti kita akan dapat memilikinya. Walaupun tidak semua perkara yang dapat dicapai, saya tetap bersyukur kerana 2016 adalah tahun saya memecut keberanian untuk mencuba perkara baru di luar dari kebiasaan.

Semoga 2017 yang bakal menjelma nanti, lebih banyak perkara baru yang dapat kita lakukan sekaligus menjadi sebab tercapai nya target tahunan kita nanti. Amiin.

SEMOGA BERJAYA UNTUK ANDA SEMUA :)


Monday, 26 December 2016

KEDAH KE KUALA : KU KUTIP SATU PERSATU PENGALAMAN BERHARGA

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Alhamdulillah, 3 hari 2 malam di Sungai Petani membawa banyak erti. Menimbulkan pengajaran dan pengalaman yang telah Allah hadiahkan untuk saya menilai diri ini sebagai hambaNya. 

Sepanjang disana, jujurnya saya tidak dapat menumpu perhatian kepada blog dan media sosial awal waktu. Masa lebih dibahagikan lebih untuk keluarga, melayan anak anak dan suami. Lagi pula kami membawa mak dan ayah sekali bercuti, maka masa tertumpu khusus kepada mereka.

Dengan anak-anak yang bertanya pelbagai soalan di tempat baru, mak dan ayah yang masih tidak biasa dengan rentak beza dari kebiasaan mereka dan saya sendiri yang ingin menikmati detik-detik emas dalam sisa -sisa hidup yang tinggal. Masa kini tidak akan berulang pada masa nanti. Denyut nafas saat ini adalah satu keunikan yang Allah berikan. Ma sha Allah. Nikmat.

Dari pagi lagi, saya bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Kuala Kangsar. Hasrat hati teringin benar merasa Nasi Kerabu Beratoq milik sifu bisnes Tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Agak mendukacitakan, restorennya di tutup seminggu selepas kami mendapat berita kematian bapa beliau. Saya memberitahu tuan Khairul in sha Allah lain masa saya pasti ingin mencuba.



Tidaklah berasa begitu ralat oleh kerana destinasi kedua saya hanya bersebelahan restoren Nasi Kerabu Beratoq. Saya kemudiannya singgah pula di Laguna Khat Galeri milik Ustaz Zuhud Ulya yang sememangnya sahabat kepada Tuan Khairul pemilik Nasi Kerabu Beratoq.




Di sini, saya melihat hasil seni Ustaz Zuhud. Sempat kami bertukar pendapat dan bertanyakan ilmu. Ustaz Zuhud kemudiannya menghadiahkan kami tulisan tangan bertuliskan nama kami sekeluarga. 


Jika ditanyakan saya tentang kepenatan, sememangnya saya pasti berasa letih. Dengan karenah anak anak yang berbagai-bagai. Tahap selesa di dalam kereta yang sedikit sempit membuatkan saya perlu sedar untuk bersabar.

Apa yang saya mahukan adalah kepuasan keluarga saya. Saya hanya mengharapkan keluarga saya gembira. Ibu bapa saya terhibur dengan percutian ini. 



Kata orang, kita gembirakan orang lain, Allah gandakan kebahgaiaan dalam hati kita. In sha Allah . Amiiin. 

Sunday, 25 December 2016

PENGAJARAN DALAM SEBUAH PERJALANAN

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hai , hari ini saya masih di Kedah selepas menghadiri majlis perkahwinan sahabat semalam. Perjalanan hari ini agak padat sejak dari pagi membawa ke malam. Kami bertolak seawal jam 9 pagi pergi menuju ke Tanjung Dawai melalui Pantai Merdeka. Pengalaman menaiki teksi air disitu merupakan pengalaman pertama kali bagi saya , suami dan mak bapak. 

Dengan kesihatan bapak yang tidak berapa stabil, kami sedaya upaya untuk menyingkatkan masa perjalanan dan membeli belah hasil makanan kering di situ. Selesai membeli kami menaiki bot semula ke Pantai Merdeka. Melayan anak - anak Nour dan Elham untuk menunggang kuda padi berhampiran pantai.

Nour dan Elham

Setelah itu, hati saya teringin untuk singgah sebentar di Memorial Tsunami Kuala Muda. Memang tersentuh hati mendengar alunan ayat suci Al-Quran didalam galeri pameran itu. Betapalah sungguh Tuhan Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu yang tiada itu ada. Sempat juga kami meninjau bekas tinggalan kesan gelombang gergasi yang menghempas rumah rumah di tepian pantai. Di kepala saya terbayang bagaimanalah dahsyatnya ombak ganas setinggi 10 meter lebih menyapu habis apa saja tanpa belas lagi. 

Bagaimana pula hari kiamat yang pasti ? Allahuakbar.

Di dalam perjalanan pulang ke Homestay, teringin benar saya singgah di kawasan tanaman padi. Ingin melihat sendiri kehijauan alam ciptaan tuhan. Melihat sendiri pokok pokok beras itu menghijau damai ditiup angin lembut. Ma sha Allah. 

Alam ini terlalu indah. Bagaimanalah syurga yang di cipta lebih lagi indah? Alam ini sudah indah untuk kita duduki, apalagi syurga untuk persinggahan abadi sang hamba yang taat setia. Allahu Rabbi. 



Keadaan jalan raya begitu sesak memandang waktu bercuti ramai orang mengunjungi pantai mungkin dan sememangnya waktu beginilah musim ramai orang buat kenduri kahwin. Kami berhenti di tepi jalan. Perut pula sudah terasa lapar memandangkan di Tanjung Dawai tadi saya tidak menjamah sebarang makanan pun. 

Saya terlihat sebuah gerai kecil di tepi jalan yang bertulis "dangai" . AH, teringin pula mahu mencuba. Apakah ia ? Suami saya membelikan kami beberapa jenis makanan sedang kami hanya menunggu di dalam kereta sahaja. Rupanya beginilah bentuk dangai.Sedap juga dimakan masih kepanasan. 



Asalnya kami ingin meneruskan perjalanan ke Kuala Ketil pula. Ingin menziarahi sahabat suami yang sudah setahun terkena stroke sehingga mengakibatkan kelumpuhan separuh badannya. Tetapi, bapa saya mahu pulang ke homestay ingin berehat saja bersama emak. Kami menghantar mereka dahulu dan tidak lama selepas itu, kami menuju ke Kamung Padang Geh, Kuala Ketil. 
Ikhwan bersama Ridwan (duduk)

Jujurnya hati saya sayu dan menahan hati yang amat sedih. Sahabat yang saya kenali dengan perwatakan yang ceria dan kelakar, kini tidak mampu untuk mengeluarkan suara dan tidak mampu aktif melangkah. 

Allah ajar hati ini banyak benda pada hari ini. Mengapa hari ini hari yang sedih? Hari yang tersentuh? Saya sangat bersyukur kerana Allah berikan saya petunjuk untuk mengetahui sesuatu perkara.

Pulang di homestay, saya berehat seketika , meletakkan si Elham yang sudah lena di pangkuan. Gigih pula saya masakkan sesuatu buat makan malam emak dan bapak.

Semoga esok hari yang lebih baik dari hari ini. Alhamdulillah. 

Saturday, 24 December 2016

JODOH ; JIKA SUDAH SAMPAI WAKTUNYA

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Dari pagi lagi kami bersiap - siap untuk perjalanan ke Sungai Petani. Menghadiri majlis perkahwinan kenalan saya di sekolah menengah suatu ketika dulu. Sudah 13 tahun kami tidak berjumpa. Ada sesekali kami berhubung namun terputus talian disebabkan kehilangan telefon pada tahun 2007.

Sudah lama saya mencarinya. Akhirnya saya dapat bertemu sahabat ini didalam laman sosial Facebook. Banyak yang kami kongsikan bersama sehingga beliau bertanya tentang jodoh. 

Saya kongsikan kepada beliau tanda tanda jodoh. Usah gusar tentang jodoh. Banyak perkara yang kami bincangkan bersama..

Banyak juga saya kongsikan tentang kehidupan dialam perkahwinan. Saya katakan, alam bujang dan alam kahwin itu berbeza. Alam menjadi ibu bapa juga beza. Kita akan melangkah banyak fasa dalam hidup setelah kita ini dewasa. 

Selepas melewati usia keremajaan, menginjak ke usia kedewasaan, kita tidak boleh berundur diri dari meneruskan kehidupan terus dan serius. Amanah dan bertanggungjawab. Oleh kerana itulah, kita si hamba yang kerdil lagi hina perlunya tingkatkan pengabdian diri kita kepada Allah.

Banyak lagi saya katakan, bahawa jodoh itu akan sampai dalam keadaan yang lemah lembut dan tidak serabut. Jodoh itu tenang. Ianya mendamaikan. Cepat atau lambat, kita usah gusar, kerana yang pentingnya adalah usaha kita untuk berusaha 'mencari'nya dan teruskan berdoa.

Satu hari itu, saya mendapat mesej di whatsapp.

" Kak, apa khabar?"
" Baik, awak dah nak kahwin ya,"
" ehhh, akak ni, tak boleh nak rahsia " 

Sebenarnya saya cuma terdetik untuk bertanyakan soalan itu, kerana saya dapat rasai aura jodohnya sudah sampai. Ma sha Allah. Saja pula saya meneka. Kebetulan pula jawapannya positif. Alhamdulillah.

Hari ini, 24 Disember saya menghadiri perkahwinan nya bersama pasangan nya. Sekali saya menyambut ulangtahun perkahiwnan saya yang kelima. 

Semoga Allah memberikan kita kehidupan yang lebih baik , dirahmati lagi diredhoi Allah. Amiin. 
SELAMAT PENGANTIN BARU FITRA ADILA.


HAPPY ANNIVERSARY BANG !

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Koleksi Dhuha Rashidi

" Biarlah abang masuk minang awak , " kata lelaki yang muncul kembali selepas 3 tahun masing-masing membawa diri.
" ahh, mana ada, kita kan macam adik beradik ? " kata perempuan bertudung hitam bangkit terus kedapur. Malas betul dia mahu melayan balas lelaki yang telah dikenali sejak di tingkatan 2.
Ada pula mahu kahwin dengan aku. Tak mahulah. Dia mengomel sendiri. Badan yang sedang sakit diurut sendiri. Itu jugalah yang buat lelaki itu kasihan mungkin. Setiap malam dia ketakutan diselubungi sakit yang amat misteri.
Hasrat pinangan di usul pula kepada kakak perempuan itu yang menumpangkan tempat tinggal selama dia berulang alik ke tempat belajar.
" Macamana ni , dia tanya akak, kamu mahu ?" soal kakak.
" Aduhhh, malas lah kak, " 
" Daaahh , dia yang tanya akak, beria betul macam serius je,".
" hmmm. . nantilah, fikir nak ke taknak ,"
" boleh pulak ?" kakak kerut dahi dengan jawapan adik nya sendiri.

Selang berhari , kakak cuba bertanya lagi, " kamu setuju ? "
" Macam ni lah kak, pergilah tanya bapak, jika bapak redho, aku redho "

Kakak menelefon bapak di kampung. Di beritahunya hasrat lelaki yang ingin meminang adik nya itu. " Pak, dia kata kalau pak okey, baru dia okey," Bapak hairan. Bukankah zaman ini zaman memilih sendiri. Apa mahu macam dulu.
Perempuan itu termenung. Dalam pejam , detik risau. Bolehkah aku mencintai setelah aku menemui cinta lainnya di dalam sujud ku? 
_________

Aku mengenal Dia setelah kau aku jumpa, 
aku mengenal Dia setelah engkau tiada, 
aku menemui Dia setelah kau kembali menjelma. 
Bisa kah kau juga membawa aku mengenal cinta cinta Nya sedang hati ini terikat janji, cintaku pada Rabbi. 
Putus tali pasti ku sakit. 
Patah cinta pastinya perit.

Aku tidak mampu berjalan tanpa Dia. 
Tidak mampu aku bangunpun tanpa Dia. Hanya kerana nafas ini milik Dia.

Aku hanya insan biasa.
Yang diuji Tuhan untuk duga
Apakah benar sembahnya seorang hamba
Pada Kasih yang sebenar di damba.

Aku juga perlu pimpinan,
Untuk ditunjuk jalan samar,
Di arah ke lorong yang benar

Telah aku mengakui fitrah.
Akulah yang dipimpin 
Tidaklah memimpin.

Laluan manakah jalannya terang ?
__________

Bingung. Mahu terimakah ? Dengan nasihat dan pandangan rakan terdekat, perempuan itu menunduk sujud mengharapkan ketenangan dan jawapan.
Mungkin sudah sampai masanya aku perlu terima.
Bermacam dugaan yang datang menembak. Di tujah fitnah yang ingin merosak. Kata hati dia, aku perlu kuat. Dugaan yang didepan bukan calang calang ributnya. Ya Allah. Sungguh perkahwinan ini adalah tanggungjawab dan amanah berat.
"Aku hadir bukan cinta yang buta. Aku hadir bukan keseronokan melupa diri. Aku hadir kerana Dia, aku menerima kerana Allah, aku ada lain perspektif fikir ku, dan tiada siapa yang menyedari"
Maka hari ini tarikh itu. 24 Disember 2011.
HAPPY ANNIVERSARY 😃
Terima kasih atas segalanya.


ini lah gambar paling romantik hihihi.

Friday, 23 December 2016

BILA SUDAH ADA NIAT SIMPAN EMAS

Teks : Dhuha Rashidi

Alhamdulillah, kita mahukan lebih ramai yang celik ilmu emas supaya kita tidak mudah ditipu oleh orang yang suka mengambil kesempatan.

Bila sudah ada niat untuk memulakan simpanan yang konsisten, yang menguntungkan, yang lebih bagus, itu sudah kira baik walaupun anda belum memulakannya.

Kerana apa saya katakan begitu, sebenarnya bukan mudah bagi kami team jutawan emas untuk membuka minda masyarakat akan kebaikan simpanan emas fizikal ini. Ada yang takut dan menjauh kerana risau DITIPU !! Benda TAK BETUL!! ya , begitu juga saya satu ketika dulu. 

Sehingga , satu masa, saya MEMPELAJARI ILMU EMAS INI SECARA PERCUMA yang dikongsikan sahabat saya. Dah tahu free maksudnya tu,saya baca SENYAP2!! Saya terpanggil..hati meronta2 kerana sudah ada NIAT dan tersedar akan kepentingannya.. mudah bagi dia nak 'brainwash' kepala otak saya ni..hahaha..

Sebab itu saya katakan, pentingnya NIAT.  Setelah itu, apa yang harus anda lakukan apabila sudah tertanam NIAT dihati untuk membuat simpanan emas? Saya sarankan 'aim' saya dan buat istikharah. Ni cadangan. hehe. 

PASTIKAN !! sebelum anda mengambil keputusan untuk turut serta dalam team bisnes emas atau team simpanan emas ..selidik dulu latar belakangnya.. pastikan ia adalah orang yang betul untuk anda rujuki.. sehingga anda benar2 percaya. Tiada keraguan menyapa. Ini cadangan saya.

boleh ke boleh? nanti dhuha share tips lain pulak okey.

#dhuhaSHAREdhuhaCARE
#empayardhuhakayagold
whatsapp 0192095522

PETUA ANAK MUDAH TIDUR

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Koleksi Peribadi

[ Silakan SHARE ] Ini Antara Petua Nak Bagi Anak Mudah Tidur 

Hai MAK BAPAK BUDAK semua maih sini baca ni. Korang nak #Tag nama sesape pun boleh ikut suka korang lah.

Amalan ni saya dah kaji dari anak pertama lagi. Alhamdulillah setakat ni saya suka cara ni. Mungkin sebab saya dah biasa buat dari mereka baby lagi. Kajian dibuat berdasarkan berapa tempoh masa untuk anak lelap dan berapa lama mereka tidur. 

Ni saya bagi pada yang baru dapat baby dan nak dapat baby. Amiin. Kalau dah besar tu mungkin makan masa anak tu nak serasi. Sebab pola tidur mereka dah terbentuk mengikut cara mak ayah mereka ajar. Sapa baru dapat baby sesuai sangat buat cara ni.

Apa dia?

Amalkan dodoi anak dengan SURAH SURAH ALQURAN. Macam saya selalu baca surah ALFATIHAH, 3 QUL, Ayat Kursiy, Surah Yasin 1-9 . Ulang tu sahaja dulu.

Bukanlah kata muzik untuk tidur tu tak bagus . Tu pilihan masing-masing lah. Nak cerita nya kat sini, adalah lebih baik kita dodoikan anak dengan bacaan ayat suci. 

Tanamkan dalam otak mereka kalimah Yang Maha Agung. Kita selalu mintak doa semoga anak kita jadi soleh solehah tapi kita sendiri tak nak amalkan cara nak bagi mereka jadi anak soleh. 

Semoga doa kita diperkenankan dalam masa sama kita amalkan didikan anak soleh dari kecil lagi. In sha Allah.

Kajian mengatakan, lantunan ayat suci Al-Quran menciptakan sekelompok frekuensi yang dapat mencapai telinga kemudian bergerak ke sel sel otak dan ianya boleh mempengaruhi sel sel tu. Hebatnya Kalam Allah.

Jadi, apa yang anak kita dengar, itulah yang tertanam dalam fikiran, hati dan otak mereka. 

Banyak kelebihan amalkan Surah untuk tidurkan anak antaranya :

1. Anak akan serasi dengar alunan surah yang kita ulang-ulang hari-hari kat dia. Sambil tepuk ke, sambil buai ke, tak kisahlah kan.

2. Baca surah, dalam hati kita niat semoga hati anak-anak kita cinta kasih dengan Al Quran. Kita pun dapat pahala sekali ye dak?

3. Bila baca dari hati, dialun-alunkan dengan suara yang paling sedap, anak akan rasa begitu tenang, damai, tenteram, lepastu senang sangat tidur. 

Benda ni kena amal selalu. Kalau boleh yang baru nak start, ulang surah yang sama saja. Bila anak dah biasa dengar suara ibu atau ayahnya, boleh tukar2 surah. Dengan lenggok yang sama, mereka tetap berasa nyaman walaupun surah berbeza.

4. Sambil baca tu, kita berkesempatan tiup kat ubun-ubun anak. Bila dah lelap, kita boleh bisik pula kata-kata doa yang baik-baik pada telinga mereka.

5. Kelebihan lain, kita sentiasa ulang mengaji Quran. Tak delah tunggu time lepas solat saja. Maklumlah, dah ada anak dua tiga kan, sempat bagi salam je kengkadang sebab anak dah meragam.

Okeylah, semoga bermanfaat untuk semua. Kalau sesuai dan okey, cubalah. Mana tahu menjadi. In sha Allah.

#NotaDidik : Dulu saya ada alunkan lagu, lambat betui nak lelap, agaknya terlebih sedap lagu tu. Haha. Ada juga alunkan zikir , boleh juga. Tapi ayat Quran lagi power rupanya. 

#EmakNourDanElham