ALAM DAN DIRI KITA ADALAH ERAT

Teks : Dhuha Rashidi 
Foto : Dhuha Rashidi

Wah wah wah.
Selesai sudah jogging pagi ini. Hari ni lewat 30 minit kami menghabiskan senaman pagi. Kebiasaannya saya dan suami meluangkan masa dari jam 8 pagi hingga ke 9 pagi.

.
Tiba tiba saja suami teringin melalui jalan jauh yang jarang kami lalui. Menarik juga. Dapat melihat suasana kampung orang. 
.

Merasa juga kami melihat gelagat guru dan murid murid yang sedang bersenam di tengah padang sekolah rendah. Sekokah rendah itu pula bekas sekolah suami sewaktu darjah satu hingga enam.


.
Hari ini suami saya Ikhwan, bawa tali skipping. Wah. Perlu melompat. Hehe

.
Saya bukanlah dari kalangan keluarga yang mengamalkan rutin senaman. Jadi, dalam kesedaran ini saya perlu mendidik diri sendiri untuk berubah demi kesihatan yang lebih baik.

.
Rasanya sudah bertahun saya berniat mahu amalkan cara hidup yang sihat. Pernah dulu saya bersuara saya suka bersenam di waktu pagi. 

.
Pada saya, ini salah satu cara saya untuk mendapat ketenangan hati. Ketenteraman jiwa. Pernafasan yang baik. Dalam masa sama dengan bersenam dan menghirup udara pagi boleh menjadikan kita positif. 

.
In sha Allah.

Hari ini saya tersedar juga satu hal. Bahawa mengapa kesihatan itu penting. Ia bukan sekadar memiliki tubuh yang sihat. Tetapi, mendorong serapan aura positif kedalam diri kita.

.
Kata orang, mendekati alam adalah ketenangan. Apalagi menghayati setiap bunyi bunyi alam dengan tenang. Jiwa pasti akan lapang.

.
Jadi, kalau kita mahu hidup yang normal. Minda yang cergas. Badan yang sihat. Akal yang positif. Cubalah meluangkan masa diri kita dengan waktu pagi. 

In sha Allah. Damai.

.

Indah nya memuncak jika tertemu titik sentuh hidayah hidayah Allah.



.
Dhuha Rashidi
Laman Budaya Kuala Kangsar

Comments

Popular Posts