Skip to main content

IBU BAPA SANGGUP BERKORBAN UNTUK ANAK

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog saya ini. Kunjungan anda amatlah saya hargai. Sebenarnya kan, semalam dan kelmarin, saya ada menulis entri untuk blog, berkaitan kisah pengalaman dan juga bisnes emas saya. 

Aduhai, hilang pulak dah.

Patut saya check tak keluar entri yang saya dah tulis tu. Tak apalah, kita tulis lain pula ya. 

Semalam , Nour ke sekolah pakai baju t-shirt warna oren. Sewaktu didalam kereta, Nour tertidur. Mungkin dia letih agaknya akibat tidur lewat kerana gelisah merindui abah yang jauh di Klang. Budak itu memang jarang berpisah lama-lama dengan abahnya.



Waktu saya menghantar Elham ke rumah asuhan selang dua buah rumah sahaja dengan Pasti Assalam tempat Nour belajar, Nour masih lena di dalam kereta. 

" Nour ,bangun, kita sudah sampai ke sekolah" ahhh, saya agak, mood dia pasti tidak okey hari ini. 
" Tak naaaakkk, kakak nak tidur," sudah.

Akhirnya, saya mendukung budak Pasti itu masuk ke pintu pagar. Punyalah mengamuk! Hahaha. Teringat pula saya di waktu kecil dulu. Alahai, barulah aku tahu bagaimana susahnya mak bapak aku pujuk aku dulu sewaktu meragam tak mahu sekolah. Saya monolog sendiri sahaja. 

Rupanya, bukan Nour seorang sahaja yang menangis tak mahu masuk ke kelas. Ramai lagi anak - anak Pasti yang buat drama di pagi hari. Kami yang mak ayah ni kenalah memujuk pula. Setengah jam saya tunggu di situ, sempat bersembang dengan seorang rakan yang turut menghantar anaknya ke Pasti tersebut. Kebetulan anak nya juga pandai buat sketsa. Haha.

Saya tidak boleh tunggu lama. Saya cepat-cepat lari ke pagar selepas Cikgu memegang dan memujuk Nour. Ya Rabbi. Saya masuk kereta.

Saya fikir, anak -anak mungkin tidak biasa lagi dengan rutin yang baru. Mungkin didalam fikiran mereka, sekolah itu sesekali. Mereka masih belum dapat menyesuaikan diri dengan jadual baru. Rupanya fasa hadir ke sekolah setiap hari menjadi rutin baru dalam hidup mereka. Kitalah yang harus cerita pada mereka. Apa yang patut mereka lakukan untuk selesa menghadapi fasa baru ini.

Saya terfikir lagi, beginilah saya menyusahkan emak sewaktu kecil dengan ragam yang merunsingkan ibubapa. Tapi, masa kecil, apalah yang di tahu ? Hihihi. Bila tengok Nour, saya nampak diri saya waktu kecil dulu. Alamak !!! Hahaha.

Hari ini saya bersyukur kepada Allah kerana emak dan bapak saya sangat sabar melayani karenah saya yang mungkin lebih teruk berbanding adik beradik lain. Emak selalu pesan, supaya melayani anak dengan baik. Baiklah mak. 

_____


Oh rupanya, di dalam kelas Nour menjadi aktif dan ceria. Bila guru kelas nya menghantar gambar aktiviti anak-anak di group ibubapa, saya rasa sangat terharu. Saya semakin yakin dengan diri , yakin dengan kemampuan anak, yakin dengan guru dan sekolah. 

Ma sha Allah .



Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha RashidiTerima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini. Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.5. Latihan menulis mengikut cara yang s…