Skip to main content

INI HARI GEMBIRA BUAT NOUR

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Ibu bapa mana yang tidak seronok bila anak sudah mula melangkah kaki ke sekolah. Apalagi melihat wajah keriangan anak yang bersemangat bertemu rakan baru. Bagi Nour , PASTI AS-SALAM ini tempat baru nya. Dia belum biasa. 


Tengoklah ni, ceria saja wajahnya. Bersemangat.

Hari ini hari pertama Nour kembali ke sekolah di Pasti As-Salam Kuala Kangsar. Sebelum ini ada seketika saja Nour mendaftar di Pasti Al-Huda di Bandar Puteri Klang. Tidak lama selepas itu , Nour keberatan untuk pergi. Mungkin umurnya baru sahaja 4 tahun di waktu itu. 

Tahun ini Nour sudah 5 tahun. Nour betul-betul sudah bersedia. Sebelum ke sekolah lagi banyak betul pertanyaan dan kemungkinan yang berada difikirannya. Di kepalanya ternampak rakan baru, cikgu, ustazah, teacher , mainan , playdoh, aktiviti dengan rakan, berlari. Itu yang Nour story pada emak. 

Selalu saya nasihatinya, di sekolah nanti perlu berkawan dengan baik, dengar kata guru , bertolak ansur dengan rakan, tidak boleh merampas barangan, ingat pesan emak abah, ikut arahan cikgu , peka. Nour angguk saja. 


Cikgu dah pakaikan name tag pada Nour supaya senang ingat nama.


Bila diberitahu minggu pertama ada aktiviti bermain doh, dia benar-benar berasa teruja. 

" Waaahhh, kakak rasa berminat lah mak mahu main playdoh," katanya.

Tapi, pesan emak, di Pasti itu playdoh perlu di kongsi. Bukan untuk kita seorang. Nour perlu belajar berkongsi dan bersaing cara sihat. Tidak lagi seperti di rumah, di sekolah harus ikut jadual yang menepati masa. Perlu belajar solat dengan rakan, belajar menulis, belajar membaca dan macam - macam lagi. 

" Nour dah sedia ?" saya tanya.
" Sudah mak ," jawabnya.

Sewaktu sesi perhimpunan, Nour masih kekok untuk mengikut arahan di dalam perhimpunan. Saya lihat mata Nour melilau menyaksikan gelagat rakan-rakannya yang pelbagai. Saya bersyukur Nour sudah nampak bersedia untuk kesekolah. Dia tidak takut dan tidak menangis. 




Selepas habis perhimpunan, guru meminta semua murid berada didalam kelas. Saya berpesan supaya Nour ingat barang keperluannya sendiri. Sebelum pulang , saya mencium Nour . Dia melambai tangan sambil tersenyum.

Syukur ya Allah. Memberikan aku peluang untuk melihat Nour bersekolah. Alhamdulillah.

Mana Elham ? eh.. Alkisahnya Elham nanti saya cerita lain pula ya. 

Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha RashidiTerima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini. Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.5. Latihan menulis mengikut cara yang s…