Skip to main content

KENALI GURU KHAT SAYA

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Harian Metro , Ustazah , 

Tahun 2009, adalah tahun saya memulakan perjalanan seni secara serius. Tahun pemula untuk saya bergerak lebih maju di dalam bidang kesenian Islam. Sungguh seni ini amat saya minati sejak dari kecil. Saya suka menyertai pertandingan seni khat sewaktu masih di sekolah rendah lagi.

Ianya bermula dari darjah 3. Setiap kali ada pertandingan atau kelas seni khat mesti saya akan rasa teruja untuk mengambil bahagian. Hari ini saya akan perkenalkan guru seni khat saya.

Ustaz Megat Abd Wahid merupakan guru seni khat saya sewaktu sekolah rendah. Namun sudah lama saya tidak mendengar khabar berita darinya. Kali terakhir saya bertemunya sewaktu saya bekerja di bawah Jabatan Agama Islam Perak pada tahun 2008.

Guru saya yang kedua adalah seorang guru perempuan iaitu Ustazah Sinoreha Hashim merupakan guru saya sewaktu di sekolah menengah.


Inilah dia guru khat saya sewaktu sekolah menengah di Maahad Al Mizan , Manong Perak.
Tidak salah saya, sehingga kini beliau masih mengajar di sekolah yang sama. Sewaktu di sekolah menengah ini, saya aktif dengan Kelab Seni Khat dan Kreatif sebagai Presiden. Beliau merupakan guru pembimbing bagi kelab ini.

Pernah saya menyertai Pertandingan Seni Khat peringkat Zon dan saya berjaya memenangi tempat yang kedua diwaktu itu. Giat saya sertai pertandingan peringkat sekolah dan program kelolaan kelab. Alhamdulillah. Itulah kenangan saya di sekolah menengah. Minat itu tak pernah lenyap. Selepas habis sekolah pun saya masih mencuba untuk hasilkan tulisan yang terbaik.

Saya belajar seni khat secara formal semasa melanjutkan pelajaran di Restu College. Antara pensyarah saya di waktu itu ialah Ustaz Yusuf Abu Bakar yang merupakan guru khat Thulus dan Khat Nasakh . Banyak teknik yang saya pelajari semasa menuntut di Restu College. Selain itu Ustaz Yusuf mengajar saya seni khat Diwani.


Ustaz Yusuf merupakan tokoh seni khat kebangsaan dan mendapat anugerah itu. Cerita penuh di sini .

Selain daripada Ustaz Yusuf, guru khat saya yang lain ialah Ustaz Ilham Ikhsan yang menurunkan ilmu Khat Reqa'ah dan juga Khat Kufi kepada anak muridnya. Alhamdulillah. Saya sangat berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan guru khat yang pakar dalam bidang ini.

Pernah juga saya berguru beberapa bulan dengan Ustaz Zulfikri yang sempat menyampaikan ilmu Seni Khat Farisi atau Nasta'liq. Ada beberapa guru khat yang saya menyimpan hasrat untuk menuntut ilmu dengan mereka anataranya Ustaz Abdul Baki pakar seni khat Malaysia, Ustaz Fadil Sulaiman, Ustaz Abdul Wahab, dan ramai lagi. 

Semoga Allah memberkati semua guru-guru saya. Semoga Allah panjangkan umur mereka untuk merekaterus dapat menyampaikan ilmu yang berharga ini sekaligus meningkatkan kembali martabat tulisan jawi. 

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha RashidiTerima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini. Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.5. Latihan menulis mengikut cara yang s…