Skip to main content

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.


Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 


Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 


Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertarik dengan kalimah suci ini.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).
P/s : Penerangan untuk tafsiran ayat ini boleh dibaca di sini. 
Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk berusaha memiliki ketenangan dan kedamaian hati? 
INI KISAH SAYA DHUHA RASHIDI
1. Selepas bertahun saya diuji dengan sakit misteri, banyak perkara yang dapat saya pelajari melalui kesakitan itu. Dari situlah kita terdidik untuk sentiasa menatap kalam suci Allah. Ujian yang saya terima bukanlah calang-calang namun setelah saya memesan diri bahawa "Allah takkan uji pada orang yang tak mampu, kerana Allah lebih tahu tahap kemampuan ini berbanding dari diri aku sendiri, maka aku harus redha". 
2. Keadaan yang perit itu sehingga menjejaskan kesihatan mental saya. Pernah beberapa kali saya mahu membunuh diri kerana sudah tidak tertanggung rasanya di hati. Namun , Allah 'pujuk' teruskan berjalan. Allah 'gertak' jangan berhenti. Allah 'didik' supaya sabar. Allahuakbar. Sabar dalam sabar itu bukan mudah sahabat. Ia perlukan kekuatan dalaman. Kerana itu, saya mengingati Al-Quran. Mengikuti pesanan. Kerana itu saya wajib utamakan Dia , kerana Dialah penyelamat hidup ini. 
3. Satu hari yang suram, saya membuka Helaian Agung itu dalam keadaan lemah hilang pedoman. Dalam proses kembali itu, saya berdoa semoga Allah bukakan pintu Hidayah buat saya. Cukuplah ya Allah, Engkau bukakan sedikit lubang Hidayah Mu, walau setitik Cahaya dari Mu dapat ku lihat dan ku renung kembali. Lama-lama saya nampak cahaya itu datang. Walau tidak menembusi hati lagi, tetapi syukurlah Allah masih beri peluang. Saya menatap Al-Quran. Hanya saya pandang ia, saya biarkan airmata menderu turun di lampiran. Subhanallah. Tak tersebut ya Allah. Tak terbaca ya Allah. Cukuplah dapat ku pandang ini tanda ku sedari cinta Mu masih ada.
4. Sewaktu mulut buka mengikut setiap susunan ayat yang indah, Allah biarkan saya lagi membaca tanpa rasa. Sakitnya Ya Allah, hanya Dia yang tahu peritnya tatkala baca tanpa merasai bait indah Tuhan. Kenapa ini ya Allah? Lembutkanlah hatiku untuk menerima segala ayat suci Mu. Pandulah aku. Namun, dalam keadaan begitu pun, saya tetap meneruskan membaca sehingga datang rasa puas. Masih tidak cukup lagi. Proses penyembuhan dari sakit misteri bukanlah suatu yang mudah. Lebih lagi jika ia melibatkan gangguan makhluk halus. Saya merasai kesemua itu selama 8 tahun. Tidak lagi termasuk yang sebelum dan selepas nya.
5. Tanda Allah kasih pabila Dia beri apa yang kita minta, tanda Dia kasihani hambaNya pabila Dia beri apa yang kita tak pernah sangka akan miliki. Ilmu dari Allah dan anugerah Nya, terlalu mahal untuk diterima. Namun itulah ganjaran untuk hamba yang bersabar. Redhakan hati menerima segala ujian kehidupan, maka kita akan temui satu ketenangan abadi.
6. Tidak setakat itu, cara saya mendapatkan ketenangan adalah bersendiri. Pastinya, tempat yang paling saya gemari untuk bersendiri adalah di masjid. Ada beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang sendirian saya di masjid biru itu. 
7. Dari pengalaman lalu, saya belajar mengawal perasaan. Walaupun pernah melalui episod kejatuhan, namun saya gagahkan diri untuk bangkit dari kekecewaan. Bila kita merasakan tiada siapa yang dapat membantu menghilangkan segala gundah gulana, percaya diri kita sendiri , ikut gerak naluri yang membisik baik. Berdamai dulu dengan diri sendiri
8. Pergilah buat apa saja yang kita rasa hati kita puas. Hati kita tenang. Hati kita lapang. Buatlah demi membebaskan segala kemelut dalaman dengan diri sendiri. Lakukan aktiviti yang dapat membuat kita lupa segala kisah duka. Beritahu orang terdekat keluarga atau suami, bagaimana yang kita mahukan. Seperti saya, aktiviti riadhah perkara yang paling digemari. 
Ini kucing yang saya temui sewaktu saya beriadhah di taman awam selepas menghantar anak ke sekolah. Jiwa saya jiwa alam. Sukakan alam sekeliling mengutip pengajaran hikmah dari Tuhan. 
Dibawah ini pula, saya berkunjung ke rumah opah dan atuk sebelah emak bersama adik. Kami bermain alat muzik milik atuk hasil tangan beliau sendiri.

Lakukan apa saja aktiviti yang menggembirakan. Jangan pula menyalahi syariat.
9. Bergaullah dengan orang-orang yang Soleh. Agar kita dapat terikut dengan tingkah lakunya. Termakan dengan nasihatnya. Rajinkan diri mendengar kuliah di masjid berhampiran dengan konsisten. 
10. Lakukan rutin pengabdian diri kepada Allah. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Selalu lah menunaikan solat sunat Taubat tahajud dan lainnya. Cukupkan solat wajib dengan sempurna.
Jelaslah disini, memperbaiki hati yang kotor perlukan proses yang berterusan. Perlukan komitmen penghambaan. Ingat lah bahawa kita ini hanya seorang hamba Sang Pengawal Hati kita. Luruskan pengabdian kita kepadaNya. Ketenangan pasti datang, jawapan pasti menjelang.
Saya doakan semoga tulisan saya ini banyak memberi manfaat buat anda yang membacanya. Amiin.




Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …