Skip to main content

SALAH SATU MATLAMAT SAYA 2017 ADALAH CEKAP MEMANDU

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Fuhh !! 
Setelah 8 tahun saya tidak memegang stereng kereta akhirnya 2017 saya dapat memandu kembali. Walaupun agak kekok, namun saya belajar untuk membiasakan diri untuk selesa diatas jalan raya. 

Kali terakhir saya memandu kereta adalah pada tahun 2009 diwaktu itu saya masih bujang dan bekerja di Kuala Kangsar. Waktu itu, saya memandu kereta manual. Tidak berapa lama selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di Shah Alam. 

Sejak dari itu, saya tidak memandu kereta lagi kerana saya tidak memilikinya.

Saya pernah mengalami fobia dan trauma selepas diuji dengan sakit misteri tidak lama dulu membuatkan saya berasa tidak yakin untuk bergerak sendiri. Saya hanya mengharapkan bantuan suami. Namun, pada tahun 2017 ini, saya harus menghantar anak - anak ke sekolah sementara suami terpaksa bertugas beberapa hari di Klang.

Selepas di beritahu suami bahawa saya perlu memandu kereta untuk menghantar anak ke sekolah nanti, saya memulakan azam baru. Saya masukkan antara matlamat yang ingin saya capai tahun ini adalah memandu kereta dengan cekap. 

Mengapa saya menulis matlamat itu di buku sedangkan ia tidak begitu besar bagi anda kan?

Kerana saya perlu bergerak dan berubah jika mahu mencapai matlamat dan cita-cita. Saya perlu cabar diri sendiri setelah sekian lama saya tidak yakin. Alhamdulillah, apabila saya menulis matlamat itu di buku, saya berpegang dengan janji saya itu, saya perlu lakukan satu perubahan. Perlu berani. 

Banyak lagi matlamat yang saya perbaharui tahun ini. Saya mengharapkan saya dapat bertindak dengan betul dari setiap apa yang saya impikan. 

Sekecil mana pun matlamat kita, sebaiknya tulis. Tulis. Tulis. Supaya kita dapat membaca matlamat itu dan selalu ingat untuk lakukannya. Ternyata, matlamat yang dipendam di dalam hati banyak nya dilupakan dan sukar untuk dicapai. Jadi, tulislah diatas kertas .

My Elham ni tak boleh berenggang sikitpun. Ini antara cabaran yang saya terima. Allahuakbar

Semoga berjaya untuk anda semua. 

Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…