Skip to main content

SURAT UNTUK NOUR

Teks :Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Dear Nour ,

Hari ini awak sudah mulakan persekolahan. Emak rasa sangat terharu. Tentu abah juga terharu melihat Nour sudah berani melangkah ke sekolah. Bersedia bertemu rakan - rakan dan sedar bahawa Nour perlu serius menuntut ilmu.

Walaupun tanpa abah pada hari pertama Nour , awak masih berasa gembira. Bila bangun pagi , mak ucapkan " Good Morning Nour , kita perlu bersiap" , Nour senyum. Alahai, harapannya biarlah senyum setahun, tidak pula senyum sehari ini.


Mujurlah adik Elham masih tidur. Cepat-cepat mak pujuk Nour pergi mandi. Tapi , tiba -tiba Nour kata tak mahu mandi. Alamak , bukankah Nour sudah janji pada diri Nour semalam ?

Tiba -tiba pula Nour minta emak dukung ke bilik air. Alahai Nour. Tiba - tiba sajalah Nour mereka -reka , Nour nak mandi perlahan -lahan tidak cepat tergesa. Legalah mak Nour bersemangat. Nour ingat lagi tak?

Kan semalam emak pesan , bila sudah 5 tahun , perlu ubah cara fikir, sentiasa belajar untuk peka, makin berusia makin banyak benda Nour akan nilaikan. Nour perlu bijak berkawan. Perlu bijak bermain. Perlu bijak bersaing.

Nour kan bakal wanita yang hebat satu masa nanti ?

Menjadi wanita hebat dan kental perlu kenal diri Nour, bila kenal dan tahu hakikat diri, Nour nampak Allah sayang. Hamba yang nampak Allah didalam hati dan fikirnya, hamba yang bertaqwa sayang. Inilah peluang Nour jinakkan hati mengisi taqwa dalam diri Nour.

Setiap kita tidak sempurna sayang. Jadi, mengapa mengharapkan kesempurnaan sedang kita tidak pernah sempurna. Ketidaksempurnaan ini adalah tanda Tuhan minta kita menggali telaga iman mencedok aliran taqwa. Hanya untuk Dia sayang. Dia.

Jika Nour merasa ada kawan yang lebih , pandang kembali diri Nour di sisi Allah , siapa aku ini hanya hamba. Setiap kita Allah jadikan begitu istimewa. Nour perlu bersyukur apa saja Allah kurnia.

Nour sayang,

Nour sangat bertuah kerana Allah jentikkan hati emak peka dengan perkembangan Nour walau emak nampak biasa-biasa. Dalam hati emak tidak harap anak emak ini seronok untuk dunia. Cukuplah jiwamu kental kekal berharga dapat mengenali Tuhan yang Menciptakan.

Nour bertuah,

Tiada siapa nasihati emak dengan butir mutiara seperti ini suatu ketika dulu. Mungkin kerana emak tiada rezeki untuk mendengar di kala emak masuk tadika. Tetapi, tidak mengapa, ini tanda Allah mahu pinjamkan emak ilmu Nya. Kerana itulah mak taburkan pada kamu. Kerana emak telah bersyukur atas takdir hidup emak saat ini.

Belajarlah untuk tingkat taqwa dalam diri Nour. Bukan untuk pangkat semata. Yang lebur kertas hasil , yang kekal ilmu di dada. Beruntunglah sesiapa yang Allah lorongkan hatinya untuk sedari ini.

Bila hati Nour telah kuat tali hubung dengan Rabbi, Nour temui cinta sejati. Pegang ini nak.


Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…