Skip to main content

TIPS ANAK CERIA KE SEKOLAH

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Tak seperti semalam berbaju oren, hari ini Nour ceria berbaju hijau. Mungkin juga dia tidur agak awal dari sebelum ini. Sengaja saya beri mereka (Nour & Elham ) waktu bermain bersama yang panjang. Biar puas. Berjalan tanpa kasut. Mencampak batu di dalam air. Menggenggam tanah. Itu semua aktiviti petang di rumah moyang mereka. Tidak jauh dari kampung mak bapak saya.

Nour tidur jam 8.30 malam. Leganya hati di rasakan. Elham juga tidur lebih awal. Jadual tidur mereka semakin cantik dan baik. Jadual tidur mak dan abah mereka sahaja yang masih belum stabil ini. Hihi. 

Pagi ini, Nour gembira saja. Walaupun terlewat 10 minit dari jam 8, Nour kelihatan ceria. Suka saya tengok dia disambut oleh guru Pasti dengan wajah yang senyum. Ustazah nya memberitahu , hari ini mereka melakukan akitiviti dengan menggunakan buku Transisi. Saya sudah lihat buku itu sewaktu mendaftar Nour minggu lepas. Menarik. Saya fikir anak saya juga pasti sukakannya.


Saya nak share antara tips yang boleh ibu bapa amalkan untuk kebaikan kita bersama. Macamana nak dorong anak semangat ke sekolah.
.

1. Ceritakan pada mereka tentang seronoknya berkawan dengan ramai orang. Seronoknya bermain bersama-sama. Berkongsi cerita mengenai keluarga masing-masing. Kesukaan masing-masing. Dorong anak-anak kita untuk lakukan itu. Bila kita mendorong mereka, mereka berasa yakin dan tak sabar.
.

2. Sewaktu mendaftarkan anak-anak ke sekolah, perkenalkan kepada nya guru dan kakitangan sekolah , perkenalkan rakan barunya di sekolah , perkenalkan suasana di sekeliling sekolah. Ajar mereka supaya ambil berat mengenai apa yang ada di sekeliling mereka. Ini bertujuan , megurangkan rasa panik, takut, malu ,dalam diri mereka.
.

3. Luangkan masa kita untuk mengantar anak kesekolah setiap hari. Dengan cara itu , kita dapat berkongsi pelbagai idea berkaitan sesi persekolahan mereka dan kita boleh menjadi pendengar mereka. Minta mereka ceritakan apa saja berkaitan sekolah baru mereka.
.

4. Sambut anak pulang dari sekolah dengan muka yang teruja. Cipta komunikasi berkesan.Tanyakan tentang perasaannya ke sekolah hari ini. Elakkan bertanya tentang hasil akademiknya , seperti dapat nombor berapa, siapa lagi cantik dan sebagainya, itu akan mengurangkan semangatnya sahaja. JIka mereka sedih pun, mereka akan luahkan sendiri dan kita pujuk mereka untuk sabar , redho dan usaha lebih baik.
.

5. Sarapan yang disukai anak membuatkan dia berasa gembira. Seperti kita juga, tentu ada hari- hari nya yang kita rasa teringin makan ini dan itu. Beri mereka sarapan yang berkhasiat. Yang lebih bagus adalah hasil dari airtangan ibu sendiri. Mereka tentu bangga.
.

6. Tidur yang mencukupi adalah benda yang paling penting untuk menstbilkan emosi anak-anak. Didik mereka untuk tidur lebih awal dari biasa. Supaya mereka akan mudah terjaga bila dikejut dari tidur. Tiada lagi alasan mereka letih , penat atau ngantuk.

7. Rajinlah berkomunikasi dengan anak. Ciptakan kemesraan dengan mereka dan selalulah mengambil tahu tentang kehidupan mereka di sekolah. Agar mereka yakin terpercaya bahawa ibubapa mereka adalah guru yang palingggg terbaik. 

Jom jadi ibu bapa yang baik untuk mereka. In sha Allah.


Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…