Thursday, 2 February 2017

Al Quran itu penyembuh

Teks : Dhuha Rashidi

Selamat pagi

Malam semalam tak sempat mengikuti kuliah Maghrib memandangkan kami perlu menjenguk Bapak pula. Dari petang lagi hujan mula turun. Anak anak mula meragam letih. Hari pertama sekolah selepas cuti raya cina katakan.
.

Tapi kan, tajuk sebelum itupun pun ada lagi yang belum habis tulis. Ehem! Baca bahan ketawa boleh habis, baca ilmu takkan nak skip ye dak. 😈 Elelelehh 😛 . Tajuk satu ini pun menarik. "Ubat sakit hati".
.

Ustaz memulakan kuliah dengan ayat ini.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
.

Memandangkan aku tidak ada kitab ngaji nya, maka aku cuba semak di tafsir Quran. Oh, Surah Yunus ayat 57.

Ustaz kata semasa kuliah, dalam Quran itu terkandung:
1. Nasihat dari Tuhan.
2. Penyembuh kepada penyakit hati.
3. Menjadi sumber petunjuk.
4. Juga satu rahmat bagi orang yang beriman.
.

Manusia hari ni banyak berpenyakit hati. Nampak baik saja di depan. Di sebaliknya lain jadinya pula. Alahai. Tak payah lah kita 'scan' hati orang, lihatlah dulu pada hati kita. Macamanalah keladaknya kan? Erm.
.

Terlalu banyak penyakit hati membuatkan kita hanya berbuat baik pada orang yang buat baik dengan kita. Kita hanya muliakan orang yang muliakan kita sahaja. Kita hanya memberi pada orang yang memberi pada kita sahaja.
.

Itu tanda kita tidak mengambil pengajaran dari kitab Allah. Selama ini adakah kita hanya membaca tanpa mengambil pengajaran dari isinya.

Allah. Sepatutnya kita berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Walaupun orang yang tak pernah berbuat baik kepada kita.
.

Kata ustaz, berbuat baiklah juga pada orang yang berbuat jahat kepada kita. Walaupun orang itu berkeras tidak mahu berbaik baik dengan kita, kitalah yang mulakan kebaikannya dulu.
.

Andai tidak bertegur sapa, kitalah yang menegur dahulu. Walaupun orang tidak memuliakan kita, kitalah dulu yang memuliakannya.
.

Kerana apa? Tidak ada dari kita ini pun yang sempurna.
.

Aku terkenang satu hari yang pahit , aku terpaksa berdepan dengan manusia yang susah rasa senang hatinya melihat kesenangan orang lain.

Mereka caci. Mereka maki. Mereka mengherdik. Mengeji. Tak lain tak bukan manusia seperti ini mahu lihat kita jatuh. Aku hadap sajalah sehingga aku tidak mampu sabar.
.

Maka aku pun memohon doa moga Allah beri aku sabar dalam sabar. Allah beri aku titisan kesabaran. Jika yang melihat aku begitu sabar sebenarnya kesabaran itu adalah 'kesabaran' Tuhan. Allah Maha Penyabar. Sedang aku ini hamba yang duka.
.

Aku kuatkan hati ni tunduk ampun. Pinta segala 'keharaman' menjadi redho. Kerana aku telah sedar aku adalah hamba Dia. Aku lakukan keranaNya. Walau itu begitu pahit dan paling sukar untuk dilakukan kebanyakan kita, melepasi itu, kita bakal menempuh alam kedamaian hati. Percayalah.
.

Andai sajalah aku membalas dengan keburukan dan kata cerca juga. Tidakkan pernah api terpadam malah bara sentiasa menyala. Teruk hidup kita sama saja seperti mereka tiada beza. Kan?
.

Selepas menempuhi sabar itulah Allah berikan aku satu pengajaran berguna. Bagaimana mendidik hati untuk kenali karenah watak manusia.
.

Tidak terus membenci orang yang menyakiti. Mungkin saja mereka belum tahu yang memaafkan itu memberi ketenangan. Tenang hati itu membahagiakan. Mengapa tidak kita yang mulakan kebaikan?
.

Kembali kepada isi Al- Quran. Kalam Allah telah disebut,  terdapat penyembuh bagi penyakit hati. Peganglah Al-Quran jangan kita lepaskan.
.
------
Orang yang boleh senang hatinya adalah orang yang paling sabar menghadapi dugaan Tuhan. Hatinya redho dengan keadaan bermakna redho lah juga dengan ujian Tuhan.
.

Rugi ! Sebut dibibir ini ujian ini dugaan, perlu sabar meningkat iman, sedang dihati berkata kata " perkara ini aku tak suka, tidak akan ku lupa segala perbuatannya"
.

Kita telah menipu! Juga telah tertipu. Semoga Allah jauhkan kita daripada itu.

Dhuha.
Hamba Dia yang selayaknya bermuhasabah.

No comments:

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.