Skip to main content

APA YANG SAYA SUKA BACA

Teks : Dhuha Rashidi

Dalam demam inipun saya masih mahu membaca. Memang hobi saya dah jadi tabiat mungkin. Tambah lagi jika penulisan itu berjaya menarik hati untuk dihabiskan.
.

Di FB , kadangkala saya gelarkan saya 'si misteri'. Saya merasai begitu kerana benar, ada orang terdekat , sahabat atau keluarga yang mengatakan saya misteri.
.

Pengalaman pengalaman yang saya lalui sepanjang hidup ini juga misteri yang tidak dapat di rungkai lagi. Hehehe. Eh, janganlah pula takut berkawan dengan saya.
.

Sudah hakikatnya, alam semesta ini penuh rahsia. Cuma bagi insan insan terpilih sahaja yang dapat diizinkan untuk mendapat cebisan pengetahuan. Selebihnya adalah didalam rahsia Allah.
.

Eh, tadi kata mahu beritahu apa yang saya suka baca . Apa pula kaitannya bercakap tentang misteri.
.

Inilah dia, disebabkan saya ini bukan jenis orang yang mengikut trend, saya dikatakan ketinggalan. Tidak mengapalah. Bagi saya ada satu trend yang lebih utama berbanding trend yang menjadi ikut ikutan di media sosial atau kehiduoan harian.
.

Apa dia? Trend 'kebangkitan islam akhir zaman' . 

Sudah nampak beratkan?

Ya, inilah bahan bacaan yang amat saya sukai dari dulu lagi. Saya amat suka berada diam di dalam kuliah masjid jika fokus nya ini.
.

Sebab itu saya amat suka 'melepak' di masjid berbanding di tempat lain. Ya lah walaupun saya ini perempuan, kehidupan di masjid sudah kebiasaan saya dari kecil.
.

Selain dari topik topik itu, saya menyukai bacaan yang buat saya mendapat sesuatu yang berharga. 
.
1. Tentang akhir zaman
2. Tentang kekeluargaan.
3. Tentang sejarah bangsa
4. Tentang alam ghaib
5. Cerita cerita misteri yang luar pada logik akal

Semuanya berat. 

Saya perhatikan, selepas saya mendengar sesuatu, membaca sesuatu, pasti saya akan dapat rantaian rantaian ilmu lainnya tidak kiralah samada di kuliah radio, buku, kuliah masjid, surat khabar, majalah, pasti ada.
.

Paling berharga, setiap ujian yang saya terima itu sebagai celik minda sebagai hamba Tuhan. Allah bagi saya rasa apa yang orang biasa biasa tidak merasainya lagi.

Oh, alam ini sarat dengan rahsia Tuhan. Saya hamba Nya yang hina, amatlah cetek ilmunya. Cukuplah sekadar itu.

Comments

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…