Monday, 6 February 2017

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN

Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.

Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.

OBJEKTIF
1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat.
2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat.
3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.

MODUL KURSUS
1. Sejarah kesenian khat
2. Menulis huruf tunggal
3. manulis huruf bersambung
4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith

PENYAMPAIAN
Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan modul kursus.

PENCERAMAH
Puan Dhuha Rashidi
Penulis Khat Wanita Malaysia


TEMPOH/MASA
1 Hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang

TARIKH & LOKASI
Akan dimaklumkan kemudian.
Jangkaan Mac dan lokasi di Klang, Shah Alam, Puchong, Kuala Kangsar.

YURAN PENYERTAAN
RM100 terbuka dewasa
* pelajar sekolah dan guru pendidikan boleh mendapat harga diskaun.

ANJURAN
Dhuha Rashidi Resources 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di 019-209 5522 

FOLLOW SAYA DI FACEBOOK DHUHA RASHIDI UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN SENI 



No comments:

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.