Monday, 6 February 2017

BENGKEL PENULISAN KHAT 2017

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Penulisan khat sinonim dengan Pendidikan Islam. Sebab apa? Dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah, guru dan pelajar perlu menguasai jawi.
.

Seni khat merupakan cabang utama kepada penulisan jawi yang baik. Oleh sebab itulah saya dengan senang hati mahu mengajak sekolah sekolah menganjurkan bengkel penulisan khat untuk guru atau untuk pelajar sekolah. 
.

Ini kerana, kita lihat, pelajar hari ini begitu ramai sekali yang tidak mahir membaca jawi malah tidak dapat menulis jawi dengan baik.
.

Seni khat satu aktiviti terbaik memupuk minat pelajar untuk terus meminati tulisan jawi. 
.

Untuk sebarang tempahan tarikh bengkel boleh hubungi saya di 019 2095522 

Boleh layari facebook saya Dhuha Rashidi.

----
Sedikit mengenai diri saya.

Saya merupakan penggiat seni khat di Malaysia. Merupakan barisan kecil dari kalangan penulis penulis wanita yang lain.
.

Berkecimpung dalam penulisan khat selama 22 tahun. Berpengalaman menyertai pelbagai aktiviti berkaitan seni khat. Menyertai pertandingan, mengadakan kelas, juga terlibat dalam menghakimi pertandingan khat.
.

Saya merupakan guru kemahiran khat di salah sebuah maahad tahfiz perempuan di Puchong.


.

Masih aktif memberi ceramah seni. Bengkel, seminar, kursus dan kelas persendirian.
.
Jika berminat mengadakan bengkel sehari di tempat anda, boleh hubungi saya di 019-2095522
.

Jika anda berminat mengadakan kelas lanjutan di bawah kelab atau persatuan sekolah hubungi saya untuk perbincangan modul yang bersesuaian.





Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya.

Dhuha
#TeacherKhat

1 comment:

  1. Saya suka khat .. pernah belajar dulu tapi tak melekat pulak ilmu tu .... skrang belajar khat dah ada kat sekolah dah. :)

    Dah baca - Kerja Dari Rumah Dengan iLancee di HASRULHASSAN.COM

    ReplyDelete

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.