Thursday, 9 February 2017

CABARAN PENULIS KHAT WANITA

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Menulis Khat bagi penulis wanita memang lebih mencabar berbanding penulis lelaki.
.
Wanita banyak bermain dengan emosi dalam urusan seharian. Untuk menulis, wanita perlukan ketenangan tanpa gangguan. Jika tidak, tulisan yang terhasil tiada mendapat penghayatan yang mendalam. 
.
Seeloknya, menulis perlu bersendiri. Sunyi. Menulis ayat suci Allah bagi seorang wanita, ia adalah satu terapi hati. Mendidik jiwa dengan kesabaran. Berlemah lembut dengan keadaan.
.
Menulis khat bagi wanita ia proses didik hati, tidak begitu banyak beremosi. 
.
Kuasai penulisan khat dengan niat yang setulusnya. In sha Allah. Sila #tag rakan wanita anda yang meminati seni khat. 

P/s: ini latihan tangan sewaktu anak anak disisi. Ada sedikit gangguan fokus. 


Tulisan : Dhuha Rashidi

©Dhuharashidi

No comments:

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.