Skip to main content

CARA SUSUN AYAT TULISAN KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Menurut pembacaan saya di website Pakar Khat Kebangsaan Ustaz Abdul Baki , beliau berkongsi teknik bagaimana nak susun ayat bagi tulisan khat.
.

Di sini saya kongsikan sekali lagi, buat rujukan saya juga buat rujukan tuan puan. Mahu lebih detail anda boleh singgah ke Diwani Kraf untuk mengetahui banyak lagi info.
.

1. Lakar menggunakan pensil terlebih dahulu. Inilah perkara yang paling asas sekali untuk menyusun ayat. Kita bomeh mencuba banyak kali hinggalah susunan ayat tersebut menjadi kemas dan betul kedudukannya. Tapi perlu diingat, ketika kita menyusun ayat perlu diberi perhatian pada huruf huruf yang awal mesti berada dihadapan begitu jugalah sebaliknya.
.



2. Melakar pula dengan menggunakan pen dengan cara menekap kertas tracing paper diatas kertas lakaran pensil tadi. Ikut susunan pensil tadi. Tentukan saiz matapen yang bersesuaian dengan huruf.

.

3. Menulis menggunakan pen yang saiz mata pen bersesuaian dengan ketebalan huruf diatas kertas yang akan dijadikan karya sebenar menggunakan light box.




Ohh, rupanya begini caranya untuk mendapatkan hasil tulisan yang menarik tersusun rapi.


Namun latihan yang berterusan sangat digalakkan untuk mendapatkan hasil tulisan yang cantik.

Nak tengok VIDEO KHAS cara saya buat khat seperti gambar diatas, boleh klik di sini.
Selamat membaca.

Comments

  1. Wahh best2. Nanti blh bljr tulis melalui online

    P/S
    Jana pendapatan LUMAYAN dengan Uber. Sistem Uber menjadikan anda sebagai boss.
    Ini yang ANDA cari-cari selama ini.
    Daftar sekarang !!!

    http://uber.mydiscussion.net/ <<- masuk sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.

Popular posts from this blog

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…