Skip to main content

HASIL PRODUK KHAT PELAJAR MTVAB

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Ini pelajar MTVAB . Sekolah yang sudah masuk tahun ke tiga saya berkhidmat sebagai guru seni khat.



Pada awalnya dulu, saya mengajar mereka teknik asas menulis dalam pelbagai jenis khat. Antaranya, seni khat nasakh, seni khat kufi fatimi, kufi mushafi, seni khat diwani, seni khat diwani jali dan seni khat thulus. 

Selama 2 tahun saya menumpukan pada penulisan tradisional, mereka dapat membezakan jenis jenis khat yang telah dipelajari. 

Namun, tidak semua pelajar mampu menulis dan memupuk minat. Saya mensasarkan 10 pelajar yang mahir menulis menggunakan handam ( pena khat) .

Selebihnya , cukup sebagai pengetahuan mereka. Kemana mereka jika tidak menulis? Hah, inilah uniknya kelas saya. Saya agihkan kumpulan kepada yang lebih spesifik. 

Bagi pelajar yang tidak boleh menulis, mereka diserapkan ke kumpulan penghasilan produk kraf. Ya, mereka buat produk sendiri untuk mereka jual. Sekolah ini mendidik mereka untuk berniaga.

Antara kraf yang sempat dikeluarkan, key chain kereta Allah Muhammad, penanda buku, tote bag, bantal hiasan khat kufi. Bila masuk saja bab kelas kraf, memang mereka bersemangat.

Tahun ini, saya membahagikan kumpulan khusus mengikut prestasi dan minat mereka. Buat apa desak pelajar buat sesuatu yang mereka tidak sukai? Jadi, saya pecahkan kepada tiga kumpulan.

Kumpulan Penulisan Khat Tradisional
Kumpulan Zukhruf Hiasan AlQuran
Kumpulan Kraf DIY

Semuanya berlangsung serentak. Saya tidak cukup masa untuk buat satu persatu kerana kelas hanya dilaksanakan seminggu sekali. Selama dua jam atau lebih. 

Walaupun amat padat mahu menumpukan masa kepada 3 kumpulan berlainan dalam satu masa tetapi saya berpuas hati. 

Setakat ini, mereka memberi kerjasama baik. Pelajar pelajar juga enjoy menyiapkan tugasan mereka. Inilah satu kepuasan buat saya.

Semalam, 19 Februari 2017, sebelum pulang ke Kuala Kangsar , saya memantau hasil kerja mereka yang sebelum ini. Inilah hasilnya.




Cantik kan hasil nya? Mana yang tak berapa memuaskan saya minta di 'touch up' semula. Apabila telah berpuas hati, saya akan putuskan karya mana yang betul betul sudah siap.

Biasanya, belum siap betul, sudah ada yang memerhati mahu beli. Bertuah mereka. Hasil karya mereka ada yang meminati.

Untuk Januari dan Februari 2017 ini, saya menumpukan kepada penghasilan produk kanvas dan zukhtuf alquran. 

Masuk Mac nanti, saya mahu mulakan penulisan khat tradisional wajib kepada semua pelajar. Jenis khat Req'ah . Di samping penghasilan produk kraf pula. 

Semoga Allah memberkati usaha kami ini. 

Comments

Popular posts from this blog

SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PERKAHWINAN YANG UNIK

Teks : Dhuha Rashidi Foto : Dhuha Rashidi
Mencari hadiah perkahwinan nak diberi pada sahabat kita yang bakal melangsungkan pernikahannya tak lama lagi ?
Kita fikir , taknaklah bagi benda yang biasa orang lain bagi kan. Teringin nak beri kawan kita sebuah hadiah yang unik dan mampu buat dia gembira bersama pasangannya.
Saya ada beberapa pilihan cadangan.
1. Lukisan Kanvas Original Painting 
Macam yang awak lihat di gambar bawah ni. Ini adalah sebuah lukisan kanvas original painting yang saya buat untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Lukisan ini ditempah oleh seorang klien saya.
Kata beliau, mahu berikan satu hadiah perkahwinan yang unik untuk sahabat baiknya.


Eh, sudah pasti sahabat baiknya menghargai pemberian yang istimewa ini. Sebuah karya yang berbentuk kasih sayang dalam bentuk love dan diletakkan nama pasangan serta ucapan doa. Boleh dijadikan kenangan perkahwinan dalam masa sama kita mendoakan kebaikan pasangan selamanya.


Berapa bajet lukisan lukisan original painting ni? Ini yan…