Skip to main content

LATIHAN PENULISAN FACEBOOK BERANTAI [ Kem Motivasi ]

Teks : Dhuha Rashidi

Keterangan : Ini adalah penulisan santai untuk tujuan penambahbaikan dalam penulisan di Facebook. Pada asalnya watak ini dibangunkan oleh sahabat kami Saudara Norizwan Azlan.

Sehingga ke hari ini kami mempunyai lebih 6 penulis watak yang sama dengan jalan cerita yang berbeza.

Lebih banyak lagi cerita berantai ini di wall kami. Boleh klik LINK ini untuk membaca.

Jika anda mahu mengikuti latihan skill penulisan ini boleh follow saya di Facebook Dhuha Rashidi. Dengan Hashtag #CeritaBerantai

-------

Kem Motibasi Mantap Susila akan berlangsung 3 hari 2 malam seperti yang dirancang. Bagi Gammal, Bo Bigori, Wan Roi dan Endi, ini satu pesta riang ria. Nak pecah kepala otak menghadap papan itam setiap hari. Dah lah itam!
.

"Yerghh! Aku memang takssss - ssabarrrr," Kata Gammal dengan semangat.

" Tapi kat mana oi? " Tanya Wan Roi.

" Entah, seingat aku, Tiara bagitahu kat kantin tadi waktu melantak berjemaah. Ada Cikamura dengan Surtik kat situ. Diorang kata macam berkemah tepi sungai," Endi menjebik sambil bahu dan keningnya sengaja diangkat.

"Wohh , perkhemahan, lama aku tak masuk hutan ni," Sampuk Fazri yang mencuri dengar perbualan mereka.

"Kau orang rasa sape lagi yang  turut serta?" Tanya Bo Bigori memandang muka rakannya sekor sekor.

"Yang aku tahu, Cikgu Naah pilih nama tertentu je. Aku nampak Cikgu Naah tulis nama kita lepastu ada Xaxali, Zamzuria. Lepastu nama Dora kot. Dora ke Dhahi ke macamtulah tak ingat, yang lain tak pasti" jawab Endi.
.
.
Petang Jumaat ,mereka berkumpul satu tempat. Segala perancangan telah di atur. Mereka hanya menaiki 3 buah van.

"Apa jauh giler hutan ni Roi, lain macam aku tengok," Xaxali bersuara. Jalan yang mereka lalui elok pula bertar. Cuma agak sempit. Seperti sudah lama terbiar.

"Alaa, baru lah rare, sekian lama duduk di kota, 2malam je bro, tada hal," jawab Endi begitu yakin.

Di tepi jalan masuk ke simpang tertulis sign board " Kem Rekreasi Hutan Langau". Entah berapa kilometer jauh kedalam mereka tidak pasti. Akhirnya mereka tiba.

Zamzuria membuka pintu van. Semua orang mula memasuki kem misteri itu. Macam dah tinggal lama je, getus hati Dhahi. Sekeliling hutan itu sunyi. Hanya terdengar bunyi cengkerik rimba.

"Apa Cikgu Naah ni, bawak kita tempat hutan banat lagi hanat," ngomel Gammal sambil membaling ranting kayu yang di genggam dari tadi. Hatinya tidak puas hati.

Takkan tiada tempat lain?
.
.
Kesemua peserta kem perlu mendirikan khemah mengikut kumpulan. Tapak berhimpun sudah ditetapkan. Bo Bigori membuat unggun api dan tempat memasak. Fazri turut membantu.

" oii kau orang , keluarlah, tolong ni wei, dah nak malam," jerit Bo. Mungkin jakun sekian lama tidak masuk dalam khemah. Cikgu Naah telahpun melantik Zamzuria sebagai ketua hutan bersama pembantu Dora yang ketuai kumpulan perempuan.

Aktiviti mereka malam itu sudah berakhir. Tinggallah Bo, Gammal, Wan Roi, Zamzuria, Xaxali, Fazri dan Endi.

Sedang mereka lepak lepak di depan unggun api, Fazri tercium satu bau yang busuk.

" eh, Zamzuria, kau kentut ,?"

"Apa pulak aku," jawab Zamzuria tidak mengaku. Bau busuk itu masih ada. Kali ini Xaxali sendiri terhidu.

"Ehh, ya lah, " kata Xaxali. Bau busuk masih tidak hilang. Seperti dibawa angin lalu. Semua orang senyap. Sekejap hilang, tidak berapa minit baunya kembali menyengat hidung.

" eh, ini dah bukan bau kentut," Wan Roi ketap bibir. Mereka saling pandang memandang.

Bau busuk itu makin menyengat hidung. Mereka sudah tidak tahan. Menghidu lagi bau yang meloyakan.

Sehingga mereka terpandang sahabat mereka seorang ini. Serentak. " kaauuuu !!!"

" Aduuhh aku terciriiit ,"
.
.
.
😑🤐😑😑

P/s : Mampos aku kalau ada yang mintak sambung.

Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…