Monday, 13 February 2017

MOTIVASI KEHIDUPAN

Teks : Dhuha Rashidi


Salam Senin.

Kita berada didunia ini bukan bertatih untuk terpesona dengan isinya. Sini juga bukan hanya sebagai singgah berjalan. Terlihat yang indah, kita kutip. Ternampak yang seronok kita terpaku diam memuja kehebatan. 
.
Dari lahirnya kita boleh ditipu. Yang beri kita ketawa kita sangka itu lah bahagia. Yang hilangkan tangisan duka disangka penyelamat. Sehingga kita berasa selesa berada didunia.
.
Dunia ini dirasakan 'selamat sejahtera'. Ada duit itu penyelamat miskin. Ada kerja bergaji tetap itu selamat harta. Ada keluarga itu taman bersuka ria. Ada ramai rakan itu yang mengikut,  rasa jadi 'kepala'. Tiada yang ganggu, pelindung keselamatan siap ada. 
.
Dunia ini indah indah. Perjalanannya penuh hiasan. Berbunga bunga. Bila berjalan hanya mahu mengutip bunga yang segar, paling cantik, harum, kita tidak mampu terima kelayuan bunga itu nanti.
.
Keindahan itu tidak kekal kita tidak dapat mengetahui kerana kita hanya mahu yang terbaik dan tidak menyusahkan hidup kita. Bunga yang layu, kita tidak terima. Yang gugur tidak mahu kita kutip. 
.
Kitalah yang tidak pandai menjalani hidup andai pilihan kita hanya yang cantik cantik. Sedangkan dunia ini memerlukan kita menghayati setiap apa yang Allah telah tetapkan buat kita. Bukan kita yang pandai pandai memilih. Saya hanya mahu begitu, tidak mahu jadi begini.
.
Kadangkala itu buat kita sombong angkuh. Kita rasa kita mampu dapat semua hiasan hiasan yang indah tanpa melalui kesulitan keburukan untuk dibuat pengajaran. Sedangkan disebalik liku liku hidup terkandung jawapan demi jawapan buat bekalan selepas tamat musafir dunia.Menuju tapak yang sebenarnya.
.
Disana nanti.

No comments:

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.