Tuesday, 14 February 2017

Program Kemasyarakatan Kampung

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hari ini Selasa 14 Februari , walaupun masih ada demam, saya turut serta dalam program masyarakat kampung membersihkan kawasan masjid lama di Kampung Kota Lama Kiri.
.

Sudah lama saya tidak merasai suasana yang begitu harmoni seperti ini. Ma sha Allah. Kesepakatan masyarakat kampung betul betul harmoni dan bekerjasama.
.

Program ini mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Jabatan Bomba , Jabatan Kerjaraya, Wakil PLKN Kem terdekat, mendapat liputan Sinar Harian serta masyarakat kampung.
.

Ikutkan demam saya masih belum okey, tapi saya ditugaskan menangkap gambar suasana untuk dimasukkan ke dalam album program.
.

Antara ptogramnya membersihkan kawasan kubur, kawasan dalam dan luar masjid, memotong pokok dan sebagainya.
.

In sha Allah , masjid ini bakal dijadikan Maahad Tahfiz Vokasional Yang pertama di Kuala Kangsar.

Jom tengoklah gambar saya.






No comments:

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.