Thursday, 9 February 2017

CERITA ANAK : HAFALAN HADITH MENJENTIK EMOSI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Lama tak dengar #NourStory ?
Lama aku tak tulis pasal dia.
.
Budak tu tak sihat sangat. Batuk. Selsema. Muntah. Semalam tak pergi sekolah. Harini, dia rasa okey. Boleh ke sekolah. Samalah dengan Elham. Banyak ragam. 


.
Biasalah. Lepastu pulak dah namanya budak budak. Jeles pulak tu sesama deme. Sorang cakap nak peluk mak, sorang pun mula lah lari dulu. Berebut rebut. Dah rebut sorang yang terlambat kena tolak. "Ini mak kakak!!"

Adik tengok kakak macam tu, apalagi, di tepisnya tangan kakak tak bagi peluk mak. Mau aku tak rimas. Haha. 

" Awak berdua ni kenapa? Pantang nampak mak, mula merengek. Berebut rebut " melenting kejap aku kan. Hahha .

Bila difikir balik, dah memang kita ni ibu dia, kat siapa lagi mereka nak tumpang kasih, yedak? Kita lah yang kena curahkan kasih sayang tu selagi nyawa masih ada. Hmm. 
.

Memang kadang hilang sabo dibuatnya dengan karenah anak anak ni kan? Tapi kita tak boleh melebih lebih sangat nak marah tu. Sebagai ibubapa kita juga kena tahu batas dan tahap mana perlu kita marah.
.

Kena kawal. Tahu. Sedar. Benda apa yang kita perlu tekankan pada dia bila dia buat salah. Dan setakat mana yang perlu kita tegaskan. Anak kecil ni jiwanya cepat terusik. Jangan bagi merajuk lama lama. Nanti mereka pendam. Mereka pendam jadi dendam.
.
Kita tak mahu bila mereka pandai menilai, mereka membuat kenyataan dan pandangan. Kita ibubapa gagal. Bukan kita idola mereka. Orang lain nanti yang mereka puja.
.
Masih kecil dekatkan sehabis dekat antara jiwa kita dan anak anak kita. Perhalusi lagi skill mengurus emosi keluarga. Kita ni banyak kekurangan. Tapi jangan jadikan itu satu kelemahan. In sha Allah Allah bantu.
.

Tadi sejuk hati aku . Tiba tiba Nour baca Hadith. " Al Jannatu tahtal aqdamil ummahati" 

Wah. Nour sudah betul ingat? Aku tanya " apa maksudnya kakak?"

" syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu" katanya.

Jadi, kita nak anak anggap kitalah syurga mereka. Kita pula berilah kehidupan penuh syurga buat mereka. Hmm. In sha allah. AMIIN

JOM TENGOK VIDEO KELAKAR SAYA MENGHIBURKAN HATI ANAK ANAK WAKTU MEREKA BOSAN. HAHA. KAT SINI 

No comments:

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.