Skip to main content

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat.
.

Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu.
.

Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?

IDEA HADIAH YANG RARE

1. SET PINGGAN MANGKUK.

Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.

2. DAPUR GAS

Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.

3. BARANG ELEKTRIK

Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan harian. Dulu, ada orang hadiahkan kami set sudip senduk . Sehingga sekarang saya menggunakannya.

4. JAM DINDING

Ah, idea ini juga menarik. Jam dinding juga satu keperluan di rumah. Kami dulu mendapat hadiah jam dinding lebih dari 1. Satu diletakkan di ruang tamu. Satu diletakkan di bilik. Satu lagi di kawasan dapur atau lain lain. Masih elok sehingga sekarang.

5. SET CADAR

Idea ini sangat bagus dan ada manfaatnya. Pasangan pengantin mesti menghargai pemberian ini . Boleh lah sang isteri menghiasi bilik dengan cantik menarik bertukar tukar warna cadar. Hehe.

6. SET TUPPERWARE 

Kalau sudah berkahwin, Tupperware memang satu keperluan juga. Mudah untuk membungkus makanan. Menyimpan makanan. Menyimpan didalam peti sejuk.

7. RAK BUKU

Rak buku juga boleh berfungsi sebagai tempat letak barangan lain jika kreatif. Cuma ia membantu untuk melihat kawasan rumah lebih kemas setempat. Tidaklah barang barang kecil berada merata rata. Serbaguna rak buku ni.

8. TELEKUNG/ KAIN PELIKAT

Wah, siapa tak suka bila dapat telekung dan kain pelikat. Ini adalah simbol keharmonian rumahtangga. Menandakan pasangan berkahwin perlu sentiasa mengharap dan berdoa kepada Allah dalam melayari rumahtangga. Boleh sangat berikan hadiah ini. 

9 .SET LANGSIR

Ini kita perlu tengok juga keadaan rumahnya bagaimana. Atau kita boleh belikan set langsir u.tuk bilik sahaja. Atau untuk rumah yang ada sliding door sahaja. Ikut pada kesesuaian. Eh, apapun langsir ini memang satu benda yang penting juga tau. 

10. LUKISAN KHAT

Taraaaaa, kalau rasa tak berapa berminat nak bagi semua benda diatas, nak hiburkan hati rakan atau pasangan pengantin ni, kita boleh lah beri sesuatu yang lebih buat mereka tersenyum.

1.Frame Love Nama Pasangan Pengantin untuk hiasan di dinding atau bilik.

2. Lukisan Kaligrafi ayat ayat suci.

3. Doa doa bahagia rumah tangga dan zuriat soleh.

4. Ucapan tahniah perkahwinan.

Sebagai menghiasi kediaman pengantin baru. 



Bermula dari harga RM50 sehingga RM250 untuk hadiah pasangan pengantin. Tentu sekali mereka rasa seronok. 


Comments

Popular posts from this blog

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha RashidiTerima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini. Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.5. Latihan menulis mengikut cara yang s…