Skip to main content

CERPEN DHUHA : LEESA PART 3

Teks : Dhuha Rashidi

“ mak , nah, ambil ni, “ kata Leesa pada ibunya. Ibu menoleh.

“ apa nii, “ ibu Leesa buat buat tanya.

“ ambil lah, Leesa bagi untuk mak,” terus saja ibu nya mengambil duit yang berada pada tangan Leesa. Ucapan terima kasih kepada Leesa pun dirasakan tidak ikhlas benar dari hati. Ataukah sudah terbit rasa malu pada anaknya sendiri?

Kata Leesa pada aku, itulah kali terakhir dia berjumpa ibunya. Itupun mungkin kerana keterdesakan wang.

“ Masa mak ada beberapa hari dirumah atuk itu, saya buka rasa tak seronok, malah saya rasa bahagia sebenarnya, sebab saya dapat dekat dengan mak saya sendiri, orang lain hari hari  dapat sembang dengan mak, saya tak dapat, saya teringin kak, nak peluk mak, nak berborak dengan mak, tapi saya tak mampu buat,”.

Leesa ingat dengan pemberian wang itu boleh melembutkan hati ibunya dari hari kehari. Dapat menerima dia sebagai anak kandungnya.

Rupanya keadaan menjadi lebih tegang dan teruk. Ibu nya menuduh dia mengambil duit orang tanpa izin, mengambil hak orang lain. Terutama sekali atuk yang menjaga Leesa dari kecil. Ibunya membuat panggilan telefon.

“ jangan kau nak menyusahkan hidup orang keliling kau, baik pergi je rumah sakit jiwa, pergi mampus lagi senang, tiada guna kau hidup asyik menyusahkan hati bapak ku,” jerit ibu derhaka itu pada Leesa. Kali ini Leesa sudah geram. Leesa tidak peduli. Dia perlu ajar perempuan itu cukup cukup.

“ Woi manusia, kau ingat kau Allah ke nak cakap aku macam tu,” jerit Leesa sekuat hati.

“Kau cakap aku menyusahkan bapak kau? Susah susah atuk, nak juga bela aku ni yang kau laknat sangat, yang kau benci sangat, yang kau buang sangat !! Yang kau kata aku anak tak sepatutnya lahir dari perut kau ” Leesa sudah tidak keruan lagi. Ledakan meletus jua akhirnya setelah tersimpan lama. Airmata Leesa menitik laju.

“ Kau benci aku sebab kau keluarkan aku dari perut kau, maknanya kau yang berdosa, sebab itu kau cakap aku anak tak guna, kenapa simpan aku lama lama dalam perut kau kalau kau dah tahu kau akan benci aku, kalau aku menyusahkan bapak kau, hidup aku merana kau tahu” sepuasnya Leesa menghambur kata yang telah lama dipendam.
-

Bersungguh sungguh Leesa menceritakan padaku. Leesa buntu. Bertahun tahun tidak temui jalan penyelesaian. Secepatnya dia mahu mendapatkan jawapan, apa yang perlu dilakukan.

“ Saya masih ingat kak, setiap kata kata saya pada mak,”.

“Dulu pernah mak beritahu atuk yang dia sakit teruk, saya kata, pergi mampuslah, tak guna juga hidup kalau suka menghina orang, saya tak tahan kak, kenapa saya dapat emak yang sebegini ”

“Sebab itulah , saya sudah tak dapat nak tahan, akhirnya saya membuat report polis,” Leesa menjelaskannya dengan panjang lebar lagi.

Aku semakin faham situasi yang dihadapi oleh Leesa. Ya Rahman.

“ Dia benci awak, kerana dia masih bencikan dirinya” itu yang dapat aku simpulkan ringkasnya.

“ Kak, saya cuma nak mak saya kembali kepada Allah,”

“ Kadang, dalam diri kita ini egonya melebihi iman dan keyakinan,” kata aku.

“ Pernah cuba usaha berbaik,” aku tanya lagi.

“Pernah kak, pernah, saya cakap minta maaf jika saya berbuat salah pada mak, jika saya kasari dan calarkan hati mak, tapi. . . mak tak pernah beri jawapan. Tak pernah pun. Buat apa lagi kak saya minta maaf, kalau maki hamun yang saya dapat,” sambung Leesa.

Aku tahu , dalam hati seorang anak ini tetap mengharapkan ada sinar baru untuk dia dan ibunya. Bukan dia tidak usaha untuk perbaiki hubungan dan dapatkan penjelasan, namun segalanya adalah kehampaan baginya.

“ Bila mak terlampau teruk begitu, perlu ke saya minta maaf lagi,” berkali kali Leesa menyoal.

“ Perlu ! Selagi ibu dan bapa kita itu tidak mengajak kepada jalan kemungkaran, tetapi  Islam sendiri melarang ibu bapa melaknat anak, dan sebagai anak selagi ibubapa tidak menyuruh kita berbuat perkara keji, kita perlu memaafkan mereka dan berdoa semoga Allah ampunkan dosa dosa mereka”

“ Ini ibu derhaka ,” kata aku .

" derhaka kepada anak," tanya Leesa kembali. Bagi aku, inilah yang perlu semua ibubapa tahu.

“ kak , tak pernah dengarkan kisah mak kandung buat macamni pada anak sendiri,” Leesa bertanya lagi dan lagi.

" Pernah. Akak akan cerita,"

#ApaLeesaPerluBuat #HasratLeesa

Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …