Skip to main content

CERPEN DHUHA : LEESA PART 2

Teks : Dhuha Rashidi

Aku menekup muka. Memicit kepala. Sejadah yang terbentang dari tadi ku tenung tenggelam dalam lamunan.

Kalau lah ibu budak ini menyumpah anak kandungnya sendiri, apa nasib kehidupannya kelak. Hati aku berbisik. Kasihan yang teramat aku pada Leesa. Tidak sangka pula, dengan status sependek itu 'mempunyai' kesan sejarah hitam yang panjang pada kehidupan insan lain.

" Leesa masih berhubung dengan mak," soal aku menyambung conversation.

" sudah tiada, dah lebih 3 tahun saya tak berjumpa dia. Dulu pernah, sewaktu saya ada nombor telefon mak, tapi yang saya dapat hanya cacian, makian, penghinaan mak kepada saya, saya tidak sanggup kak, sampaikan saya report pada polis yang emak saya ini selalu menganggu dan mengugut saya, lepas pada itu mak tidak ganggu hidup saya lagi " jelas Leesa sebenar perkara.

Allahu. Begitu besar ujian Tuhan buat keluarga Leesa. Sudahlah tidak merasa berayah. Ibunya pula memperlakukannya begitu. Mujurlah ada atuk nenek menumpang kasih sayang. Ikhlas menghargai kehadiran Leesa dalam hidup mereka. Mana perginya rasa kasih suci seorang ibu ?

Aku bertanya Leesa lagi, " Leesa ingat di mana kali terakhir jumpa emak,".

" Seingat saya masa hari raya. Waktu itu di rumah atuk. Emak datang. Jujur saya ada rasa bahagia sangat walaupun dalam hati masih geram, tapi dalam masa sama juga, saya ego," jelas Leesa lagi. Hati menjadi sakit kerana ibunya mengeluarkan kata kata kesat dan hina tidak kira di dalam telefon atau berjumpa.

.
--
--
" Pergi salam mak," kata atuk Leesa. Tapi hati Leesa berat. Ego. Dendam.

" Buat apa salam, bukan mak kalau macam tu,orang berhati jahat macam ni tak guna berbaik," jawab Leesa dihadapan atuk dan nenek. Muka nenek sayu.

" Tolonglah salam mak demi nenek," kata nenek Leesa merayu rayu. Leesa tarik nafas. Demi nenek yang dikasihi, Leesa pulaukan ego membiarkan hati yang tidak rela menghadap ibu kandungnya. Dia bangun pergi keruang tamu dengan rasa malas. Tidak ikhlas.

" mak " Leesa menghulurkan tangan. Inilah tangan yang Leesa teringin mahu cium sebenarnya. Inilah tubuh yang Leesa teringin mahu peluk mesra. Ibu menghulurkan tanpa menoleh muka sekalipun. Ibu diam. Leesa hampa. Benci benar ibu pada Leesa.

Atuk menarik nafas lega. Sekurangnya Leesa sudah buat atuk tersenyum.
--
--
.

" Lepas tu, saya balik rumah saya sendiri, pergi kerja. Petang tu saya call rumah atuk, saya kata nak tidur rumah atuk, tiba tiba atuk beritahu, mak mahu duit dari saya, saya jawab , okey , nanti saya datang,"

" Mungkin Allah nak buka mata hati saya kak, pagi itu saya turun ke dapur, saya tengok ada ayam masak kari, nenek beritahu mak yang masak," Leesa meneruskan luahannya pada aku. Aku membaca setiap butir ayat. Cuba memahami isi hati Leesa.

" Dalam seumur hidup saya, inilah pertama kali saya dapat rasa air tangan mak saya sendiri kak, Ya Allah, ini kah rasanya air tangan ibu ku, inikah rasanya air tangan ibu ku, sedapnya kak, baru itu yang pertama saya rasa air tangan emak,"

Aku menangis. Ya Allah, lembutkan hati Leesa. Lembutkan hati ibunya. Benarlah status di facebook yang ku tulis.

'Mana ada anak yang tak sayang mak ayah dia. Sebab fitrah kita adalah berkasih sayang. Dah tu kenapa ada anak yang memberontak? Mana ada mak ayah yang tak sayang anak dia. Sebab fitrah kita adalah berkasih sayang. Cuma... tanyalah hati, apakah benar kita memberi? Fikirkan'

Aku menyapu muka. Allahuakbar.

#HatiLeesaSudahLembut #HatiIbuLeesaBagaimana #Seterusnya

Baca Part 1 disini

Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…