Skip to main content

CERPEN DHUHA : LEESA PART 4

Teks : Dhuha Rashidi

Aku cuba memberitahu kepada Leesa bahawa sebenarnya dia tidak keseorangan. Ada benda yang mahu aku sampaikan. Dalam kita menekankan soal anak soleh berbuat baik kepada ibu bapa, ada satu bab yang perlu disedari, ibu bapa juga perlu menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada anak-anak.

“ Setiap anak itu amanah,” aku jelaskan kepada Leesa.

“ Ada saja kisah mak atau ayah kandung yang buat anak mereka seperti sampah, padahal mereka yang melahirkan anak itu sendiri,” sambung aku lagi.

“ Apa masalahnya ya kak orang yang macam ini,” tanya Leesa mahu tahu lebih banyak. Dengan setitik ilmu pinjaman Allah , aku cuba berkongsi sesuatu. Mengharapkan keadaan boleh diperbaiki.

“ Yang sebenarnya mereka sebegini kata kasarnya seperti bencikan Tuhan. Ya lah, membenci takdir yang telah terjadi dalam hidupnya bermakna hatinya tidak redho. Tidak redho bermakna apa,”.

“Tentulah tidak menerima segala qadha’ dan qadar Allah,”Leesa mengerti dengan penjelasan itu.

Aku sambung, “ Kemana pergi pun, jiwa yang rosak sebegini tidak akan tenang, selagi tidak menimbulkan kesedaran dan bertaubat. Tidak kiralah siapapun, kita atau dia,” Wanita muda itu mulai lega. Selang beberapa minit Leesa menghantar satu gambar.

“ cantik tak mak saya,” tanya dia. Aku mengakuinya. Dengar cerita ibunya kini hidup mewah dengan suami baru yang kaya berharta. Leesa nampak limpahan keseronokan ibunya itu di laman sosial. Hebat melancong disana sini. Hebat dengan barangan mahal. Usah cemburu kataku.

“ Kemewahan bukan pengukur kebahagiaan hidup. Ada orang yang tak perlu kaya harta, tapi kita lihat hidupnya selesa, aman sentosa, disenangi ramai,”.

“ Yang kita perlukan adalah kaya jiwa. Ini paling mustahak sebelum kita mahu memiliki kekayaan harta di dunia, jika tidak dapat pun tidak mengapa, asalkan kita didik jiwa kita biar kaya dengan kebaikan, apa guna kalau hidup dilimpahi wang, tapi hati suka rendahkan kemampuan orang lain, apa guna kemewahan melancong sana sini, tapi hati sukar maafkan orang lain, tak bersyukur dengan nikmat,” terang aku panjang lebar.

Aku tambahi lagi, “ Apa yang kita ada ni, kalau Allah nak ambil balik Dia ambil, sekelip mata Allah nak tarik, Allah akan tarik tanpa kita dapat hidu sedikit pun,”. Hati Leesa masih belum reda. Bagi aku, seolah pada sekeping hati itu mahu menebus segala dosa kekasaran yang telah dilakukan pada ibunya.

Leesa ingat lagi sewaktu umurnya 17 tahun. Di rumah atuk waktu itu dipenuhi saudara mara pakcik makcik dan ibunya. Sebaik saja kakinya melangkah ke pintu masuk, ibunya tiba tiba saja berbuat pasal.

--

“ masuk rumah ni tak reti –reti nak salam orang, main terjah saja,” kata ibu yang pantang nampak saja mukanya pasti ada saja jalan pergaduhan. Leesa sabar. Kata Leesa, mengapa pula hanya dia yang perlu dihina, dicaci, dituduh anak derhaka sedangkan ibunya sendiri gagal memberikan kasih sayang padanya. Untuk apa Leesa menagih harap lagi.

Ibu Leesa tidak berhenti memburukkannya di hadapan saudara mara. “ Apa ? Aku dengar ada orang cakap cakap, boleh ulang tak,” Soal Leesa setelah membungkam rasa sakit di hati.

Wanita yang sepatutnya dia hormati mengulang kata, “ sudahlah tidak tahu adab, tak tahu malu, dasar anak keturunan babi, sial, bukan anak aku,”. Saat ini, anak perempuan itu benar benar marah.

Leesa membaling remote televisyen yang dicapai kearah ibunya. Habis berkecai remote tv. Semua tetamu pakcik dan makcik terkejut. Bagaikan dirasuk, Leesa berlari kearah ibunya.

Pangg ! Satu tamparan dendam singgah ke pipi. Airmata Leesa tumpah lagi.

“ Kalau kau tak suka aku, jangan datang sini ! Kalau kau rasa kau baik, kau pergi ke tempat kau, tak payah balik kalau disini semuanya jahat yang kau nampak !” mahu saja tangan Leesa menampar muka ibunya kali kedua. Mujur ada Pakcik Man menahan tangannya.

“ Sudah ! Cukup ! Jangan tambahkan lagi,” jerit Pakcik Man. Bapa saudara Leesa. Ibunya mengalirkan airmata. Tidak disangka anak itu sanggup bertindak seperti itu.

“ Aku tak puas hati, aku belum habis. Aku nak cakap pada kau perempuan tak guna,” kelihatan Leesa seperti dirasuk. Dia tidak peduli apa yang ada dikelilingnya. Herdikan wanita 40an itu bagaikan panahan petir. Ada yang terkedu tak kurang juga yang meminta agar Leesa menghentikannya.

Hati Leesa tidak kuat. Lemah tidak berdaya.

“ Kalau aku bukan anak kau Salmah Hamid, tolong, jangan hina aku, jangan hina aku, sebab aku bukan anak kau, aku bukan siapa siapa bagi kau, tolonglah. Tolong pergi cari orang lain kalau nak bergaduh. Bukan aku,tolonglah,” Leesa melutut dihadapan ibunya. Menyembah kaki ibunya disaksikan tetamu. Langsung hilang tenaga, Leesa di pimpin pakcik saudaranya.

Hari itu juga, ibu Leesa keluar menggalas beg menumpang tidur di rumah makcik yang berdekatan.

Aku menanyakan satu soalan, " Baik, maafkan akak, Leesa pernah tanya atuk Hamid, mengapa mak awak tidak boleh terima awak sebagai anaknya,"

'Leesa is typing' . . .
#SiapaLeesaSebenarnya Part 1,2,3 ada pada posting yang sebelum.

Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…