Skip to main content

CERPEN DHUHA : LEESA PART 5

Teks : Dhuha Rashidi

Atuk Hamid adalah insan yang mengambil tanggungjawab membesarkan Leesa.
Sebak di dada atuk mahu membuka bicara tatkala Leesa tidak henti henti meminta jawapan siapakah dia budak yang banyak menyusahkan orang lain.

Selagi tidak terkeluar dari mulut atuk Hamid, selagi itu otaknya tidak pernah diam berfikir. Kata atuk, ibu Leesa adalah anak yang paling atuk sayang. Tetapi, bila dimanja dipuji melebihi, ibunya lupa diri. Sehingga kata atuk pun tidak mahu dituruti.

“ Mak kamu jual kamu pada satu orang ni, Roslan namanya,” beritahu atuk terpaksa jujur. Lagi bertambah rasa benci Leesa pada ibu. Airmata Leesa sudah tidak tahu berapa banyak telah mengalir.

“ Sehinggalah atuk cari dan berjumpa Roslan, atuk minta keluarga ini pulangkan kamu pada atuk, mujur atas sebab keadaan kamu, atuk beri sebab, dapat berunding, atuk dapat bawa kamu balik,” suara atuk Hamid begitu berhati hati.

" waktu itu umur kamu belum setahun, lepas dapat duit, mak kamu melarikan diri entah kemana, dengar dengar cerita, mak kamu sudah kahwin lain pula," Leesa tunduk termenung. Mata yang bergenang air disapu cepat cepat.

Kata atuk Hamid, sudah banyak kali ibu Leesa mengecewakan perasaan atuk. Jarang balik ke kampung dan hanyut dengan dunianya. Amat jarang menjenguk atuk nenek yang sakit. Atuk Hamid memang tidak kaya. Dari hasil pertanian di kampung dia membesarkan Leesa sehingga dewasa.

Leesa tidak henti henti meluahkan segala yang terpendam dihati. Mungkin aku insan yang tidak ada kaitan apapun di takdirkan mendengar memori luka episod penuh dukanya.

Bagi aku pula, dapatlah aku fahamkan bahawa ibu Leesa bukan sahaja bermasalah pada anaknya sendiri malah atuk dan nenek turut terkena tempiasnya sama. Sudah seperti anak derhaka. Derhaka pula pada zuriatnya.

“ Kak, dah 3 tahun saya tidak berjumpa mak,” beritahu Leesa lagi.

“ Sekarang ada usaha meminta maaf pada mak awak,” soal aku.

“ Belum pernah, saya hanya mampu meminta maaf kepada Allah sahaja, saya masih belum kuat menghadap mak, dulu, puas saya memohon maaf, maki hamun yang terpacul dari mulutnya, saya serik kak, hidup saya menderita, saya takut apa yang emak hamburkan itu telah jadi satu doa kepada saya,” beritahu Leesa penuh keinsafan.

“ Jujurnya sekarang, saya rindu, hari hari saya doakan dia, sedekah AlFatihah pada dia, sebelum Allah jemput saya atau mak, saya harap sangat mak dapat jadikan saya betul- betul anaknya.

"Saya nak rasa pelukannya, nak rasa ciuman dari seorang mak," sungguh itulah luahan yang paling ikhlas aku rasakan. Allah masih sayang dia. Maha Tinggi Allah dengan kasih sayangNya.

“ itulah yang patut awak buat,” kataku tanda setuju.

“ Walau seburuk mana pun mak kita , dia tetap mak kita, walau sekeji mana pun mak kita , dia tetap mak kita. Kenyataan ini mungkin berat untuk diterima,".

"Seolah sebagai anak, kita rasa mahu saja menghukum ibu kita yang kejam dan keji, sedangkan kita lupaaaa.. Allah tetapkan sesuatu dalam hidup untuk kita jalani nya kerana Nya,” sambungku lagi.

Tidak lama selepas itu Leesa bertanya, “ jika seorang emak cakap anaknya keji, tak berguna, sial, sumpah kita macam macam, boleh jadi kenyataan tak,” aku diam. Yang boleh aku katakan setiap kata kata ibu itu adalah satu doa. Leesa menangis.

Ada saja kisah lain yang aku nampak dengan matakepala ku sendiri. Seorang ibu yang mencemuh perilaku anaknya dari usia muda hingga dewasa, kehidupan si anak menjadi tunggang langgang.

Allah turunkan seribu kesusahan melanda hidup anak nya. Rezekinya tidak pernah memiliki pintu. Bayangkanlah pintu rezeki bagaikan ditutup, apakan pula mencari lorongnya.

Betapa kata kata ibu Tuhan angkat makbul tercampak ke setiap langkah kehidupan. Usah di tanya mana rezeki ku, jika belum kau lihat apa kata ibumu.

“ Dulu , saya jahil, persoalkan kerja Tuhan, saya marah Allah kak, saya marah sangat, Ya Allah, mengapa engkau beri emak sejahat ini untuk aku, mengapa Tuhan, saya terlalu kecewa dengan hidup saya," Leesa akui.

“ Leesa, sebagai manusia yang diuji hebat, kadang kita tersungkur dilembah ketidakpercaya. Bebanan dahsyat menghilangkan kewarasan akal sehingga berani pula salahkan Tuhan,"

" Allah uji awak, sebab Allah nak jadikan awak hamba yang istimewa, disisinya, sangka baiklah dengan Allah,” aku cuba memujuk hati Leesa.

“ Ya kak, Allah Maha Kuat, Maha Hebat, Maha Kuasa menentukan segalanya. Saya yang jahil menyalahkan Allah atas kekejaman yang diterima,”

“ Masih sempat lagi,” jawab ku ringkas.

“Kak, saya masih sayangkan mak , apa yang perlu saya buat,” sungguh itulah kenyataan ikhlas aku rasakan.

Bisik hatiku. Allah. Dalam tafakur itu aku berdoa, agar Allah jadikan hati aku ini hati yang peduli. Hati yang mahu mengambil iktibar dari kisah yang hitam. Lorongkan cahaya agar terang. Aku berdoa agar Allah ampunkan dosa ku, Ampunkan dosa anak dan ibu ini.

“ Kita ini, bila terasa dianiaya, salah orang kita nampak, salah sendiri kita tak mahu sedar,”.

“ Sebenarnya dalam kita harungi kehidupan ini, dalam perjalanan kita ini, tinggalkan ‘kotak sedia’ dalam hati. Kotak yang penuh dengan keyakinan kepada Allah, kotak yang bersandarkan segalanya kepada Allah, kotak yang bercahaya, kotak hidayah Tuhan buat kita, ini pengabdian seorang hamba,” Leesa membenarkan saja kata kataku. Hakikatnya yang ku khabarkan sehelai kulit buku.

Apa yang ku pesan itu juga sebenarnya ingatan buat diriku. Bagi aku , banyak sekali yang telah Allah ajarkan dalam kisah Leesa untuk mendidik hati ini sang hamba Dia yang penuh dosa.

Leesa tinggalkan aku dengan sebuah doa dan harapan. Bagi aku semua itu melegakan hati. Hanya doa dapat ku kirimkan. Kata Leesa, biarpun ibu masih belum mampu menerima nya dengan redho hati. Biarlah dia melangkah ubah. Mahu fokus dengan hidup baru dan perniagaannya.

Selepas beberapa bulan aku menanyakan khabar.

“ Leesa baik saja kak, Alhamdulillah, ini masa Leesa nak kejar impian,”

“ ohh, ya, apa impian Leesa,” tanya aku.

“ eh, akak sudi nak tahu,” tanyanya malu malu.

“ Ini dia, hasrat Leesa, berjaya dalam perniagaan butik, lebih penting, saya dapat jaga solat di awal waktu, Solat sunat dan solat taubat itu wajib untuk saya, saya nak bawa atuk lebih belajar tentang Islam, dapat bawa atuk pergi umrah sebelum nyawa ini diambil Allah, saya pastikan emak dapat memaafkan saya satu hari nanti, mampu menerima saya seadanya dan menyayangi atuk,”

“Saya dalam perjalanan hijrah kak, doakan saya”

“Allahuakbar. Alhamdulillah,”

Inilah sebuah kisah yang mendekatkan aku dengan kalimah 'La ilaha ilallah Muhammad Rasulullah' . Beberapa kali ku tanya Leesa. Apa khabar, apa khabar.

Tiada lain. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …