Skip to main content

DARI HATI SEORANG WANITA

Selamat Hari Wanita Sedunia.

.

Bukan senang nak jaga perasaan wanita. Itu lah yang boleh dikatakan. Ini bukan cerita menang. Bukan juga cerita menentang. Tidak pula cerita menyanjung. Ada satu kisah ini menceritakan tentang anak lelaki yang menderita kesusahan hidup berbelas tahun hanya kerana perasaan ibu yang diabaikan.

Anak ini sudah hilang cara untuk menambah rezeki. Sudah buntu akal memikirkan mengapa hidupnya tidak cemerlang sedangkan orang lain telah lama capai kegemilangan hidup. Hidup anak lelaki ini suram. Selepas diadukan kepada seorang ustaz, lelaki ini bertemu ibunya.

" mak, saya ada buat salah dengan mak lagi kah, apakah betul mak maafkan saya," tanya anak lelaki.

" Tidak ada. Mak sudah maaf. Benda lepas tak payahlah dikenang,"jawab si emak. Lelaki ini masih tidak puas hati.


" Mak , tolonglah beritahu saya jika saya ada buat salah pada emak, beritahu saya, apa kesalahan saya itu, apa yang tertahan di hati emak" desak anak lelaki ini. Sudah tidak sanggup lagi menahan penderitaan. Akhirnya, ibu ini mengaku kisah belasan tahun yang lalu.

" mak terasa dengan kamu hanya sebab kamu mengata emak tidak usah sibuk dengan hidup kamu kerana kamu sudah besar, sampai sekarang masih berbekas dihati mak," kata emak lelaki itu sejujurnya. Barulah anak ini tahu, hanya disebabkan perkara itu sahaja membuatkan ibunya menanggung derita terlalu lama. Lebih parah, boleh membuatkan hidup si anak juga menderita.

Ada satu kisah lainnya, sang ibu berkecil hati melihat kemesraan antara anak lelakinya bersama isteri. Di hati ibu ini mula mempersoal dan membuat perbandingan sehingga berlaku perbalahan. Mengapa tidak aku yang dilayan begitu baik?

Nampak kecil nampak remeh. Tetapi, kesannya berpanjangan. Walaupun mulut emak berkata 'maaf' hati emak masih tidak redho. Walaupun emak berkata tidak mengapa hati emak masih terluka.

Juga berapa ramai wanita diluar sana menyimpan rasa semata mata tidak mahu nanti jadi pergaduhan yang lebih besar. Lelaki cakap ikut sedap hati, wanita simpan. Lelaki melebihkan poket sendiri wanita simpan, lelaki abaikan tanggungjawab wanita diamkan.

Bukan ini yang kita mahukan. Sama sekali tidak kita inginkan perkara begini terjadi. Namun, berapa ramai sang lelaki sedar, ada perasaan perasaan yang perlu mereka jaga dengan sebaiknya dan perasaan pertama yang perlu anak lelaki jaga adalah ibunya. Sungguhpun begitu pelihara juga perasaan isteri yang sudi menerima keaiban yang ada.

Hati wanita memang mudah terguris. Tidak dengan suami, terhiris dengan perbuatan anak anak. Berat tugasnya menjadi lelaki. Beratnya sampaikan seorang lelaki memicit kepala hanya fikir bagaimana mahu urus perasaan perasaan yang perlu dijaga. Sudahlah begitu, fikirkan pula tanggungjawabnya dalam keluarga. Kerana itu, jiwa lelaki perlu ada kekuatan. Memohon kuat dari Yang Maha Qawwi. Isikan Ilmu , iman dan takwa.

Cuba kita renungkan susunan kata ini.
"Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok?
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa"


Hidup kita perlu ada pertimbangan baik dan buruk. Baik dari lelaki atau dari wanita.

Sebagai wanita, kita perlu berlatih untuk mengawal rasa dengan lebih baik. Belajar meluahkan dengan lebih jelas dan dapat difahami. Andai tidak memiliki lelaki yang sudi mendidik, didiklah hati mengenal Allah, tingkatkan takwa kuatkan benteng hati.

Wanita yang hebat, bukan dari wanita yang terasa pandai segalanya. Tetapi, setinggi mana kebergantungan hati kepada Ilahi.

Kehidupan bagaikan putaran roda. Cuma dilakonkan oleh insan yang berbeza. Satu masa lalu kita si anak kepada seorang lelaki. Saat ini kita isteri kepada seorang lelaki, satu masa ini kitalah ibu kepada seorang anak lelaki.

Satu masa lalu engkaulah si anak lelaki kepada seorang wanita. Kini, tetap juga engkau lah si anak kepada wanita itu, engkau jugalah sang suami kepada wanita, engkau jugalah si ayah kepada anak anak perempuanmu.

Tidak memandang putaran hidup orang. Putaran hidup kita pun berbagai bagai.

Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…