Skip to main content

HADIAH PERKAHWINAN YANG UNIK

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Mencari hadiah perkahwinan nak diberi pada sahabat kita yang bakal melangsungkan pernikahannya tak lama lagi ?

Kita fikir , taknaklah bagi benda yang biasa orang lain bagi kan. Teringin nak beri kawan kita sebuah hadiah yang unik dan mampu buat dia gembira bersama pasangannya.

Saya ada beberapa pilihan cadangan.

1. Lukisan Kanvas Original Painting 

Macam yang awak lihat di gambar bawah ni. Ini adalah sebuah lukisan kanvas original painting yang saya buat untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Lukisan ini ditempah oleh seorang klien saya.

Kata beliau, mahu berikan satu hadiah perkahwinan yang unik untuk sahabat baiknya.



Eh, sudah pasti sahabat baiknya menghargai pemberian yang istimewa ini. Sebuah karya yang berbentuk kasih sayang dalam bentuk love dan diletakkan nama pasangan serta ucapan doa. Boleh dijadikan kenangan perkahwinan dalam masa sama kita mendoakan kebaikan pasangan selamanya.



Berapa bajet lukisan lukisan original painting ni? Ini yang perlu anda tahu. Setiap tempahan bermula daripada RM100 hinggalah RM250 untuk hadiah perkahwinan lukisan original painting ini. Bergantung pada saiz dan tulisan. Saya beritahu siap siap, saiznya amat terhad. Paling kecil saiz A3 paling besar saiz 2X3 sf.



2. Khat Printed

Ini satu karya yang menggabungkan tulisan tangan dan komputer. Harganya Bermula RM70 - RM150. Istimewa nya background ada banyak pilihan.



3. Couple Name A3


Ini ditulis atas kertas . Dalam saiz A3. Tempahan boleh memilih samada mahu tulisan sahaja atau terus frame. Tulisan sahaja berharga RM59 dan saiz A4 hanya RM49 sahaja. Caj frame mengikut harga se kaki.

4. Bantal Hiasan Khat Kufi

Ahhaaa.. satu lagi . boleh hadiahkan bantal hiasan yang dihiasi nama pasangan diletakkan diatas katil sebagai hiasan seri. Sebiji bantal bersaiz 40x40 cm. Sebiji bantal berharga RM50. Untuk couple berharga RM85 sahaja. Hm. menarik kan?






Inilah 4 idea dan cadangan yang boleh anda dapatkan untuk dihadiahkan sempena perkahwinan rakan atau sahabat baik anda. Bukan sahaja boleh dijadikan sebagai hadiah perkahwinan yang unik, malah boleh dibuat sebagai idea hadiah hari guru, hadiah perpisahan, hadiah anniversary, hadiah konvokesyen dan sebagainya.

Untuk menempah, boleh hubungi saya di 0192095522. 

Dhuha Rashidi

Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha RashidiTerima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini. Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.5. Latihan menulis mengikut cara yang s…