Skip to main content

IDEA KREATIF HIASAN DINDING RUMAH

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Google / Dhuha Rashidi

Cak ! Terima kasih sudi klik di blog saya mencari idea nak hias dinding rumah bermotif islamik. Sebagai orang islam, tentu sekali yang menjadi keutamaan kita adalah kediaman yang indah berseri. 

Tidak mengapa. Teruskan membaca. Saya ada satu idea ni untuk anda. Sebelum tu jom tengok dulu gambar yang saya ambil dari google untuk rujukan kita.

Gambar Ihsan Google

Gambar Ihsan Google

Gambar Ihsan Google

Gambar Ihsan Google

Menarik kan ? Tapi, saya bukan nak tunjuk yang macam ni. Mungkin ada diantara kita yang memang bukan jenis kreatif, atau sukakan yang kreatif dan seni cuma TAK CUKUP MASA nak buat sendiri.


Ya, gambar diatas ni , adalah original painting hasil dari tangan saya sendiri. Biasanya saya buat atas permintaan pelanggan. Mengikut kesesuaian warna kediaman mereka. Atau saya sendiri memberi cadangan warna yang menarik. Ada juga karya yang saya telah hasilkan terdiam begitu lama sehingga sekarang masih belum ada pembeli nya.

Ni , kat bawah ni. Saya bukan tak sayang 'dia' . Cuma dia sahaja yang nak cari tuan baru. Hehehe.



Yang dibawah ini pula, adalah tempahan Family Tree. Sesuai sangat diletakkan hiasan dinding rumah yang kosong. Kalau kita buntu nak jadi kreatif macamana lagi, tempah saja Family Tree dengan corak dan bentuk yang berbagai.



Ini original painting tau . Ayat " Subhanallah Wabihamdih Subhanallah hil adzim "



Ini pula nama keluarga bentuk kapal . Satu nama RM10. Lebih dari 3 RM7

Yang berminat mahu menempah daripada saya boleh menghubungi saya di Facebook Dhuha Rashidi. Atau whatsapp saya di 0192095522





Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…