Skip to main content

JADI KULI ATAU KERJA SENDIRI ?

Teks : Dhuha Rashidi


Semalam , dalam kekalutan beberapa perkara mustahak, saya mencuri masa membalas mesej mesej yang dihantar oleh sahabat. Bertanya khabar dan bertukar sedikit idea.

" Saya dah tak kerja dengan orang,"katanya.
" Saya suka bekerja sendiri, kerja dengan orang ini leceh,kita kena ikut cakap orang,"tambahnya lagi.

Saya diam. Tidak pula saya balas.

Tapi dalam fikiran saya, saya mempunyai pendapat yang berbeza. Memang kita rasa sukar untuk mengikut kata dan arahan pihak atasan lebih lagi jika perkara yang disuruh itu bertentangan dengan pendapat kita.

Tetapi, bekerja dengan orang adalah satu pengalaman untuk mematangkan pemikiran kita dalam dunia pekerjaan.

Saya pernah bekerja untuk orang lain dan walaupun sekarang saya sudah dapat bekerja sendiri tapi saya masih bekerja untuk orang lain. Kita dan manusia lainnya tidak dapat terpisah. Dalam kehidupan kita sentiasa perlu berhubung dengan orang lain.

Bekerja dengan orang lain dalam maksud lainnya berkuli bukan sebagai satu hinaan. Cuba kita anggap sahaja, ini semua adalah satu pelajaran buat kita. 

Jangan pula kita beralasan, kita tidak suka mencari kerja kerana kita tidak suka bekerja dengan orang. Kita mahu kerja sendiri. Ini pendapat saya sesuatu cara fikir yang salah. Banyak kebaikan kita bekerja dengan orang. 

Dapat pengalaman. Tahu ragam dan watak manusia. Belajar bekerja dalam pasukan. Pengalaman menyelesaikan masalah dalam pasukan dan secara sendiri amat berbeza. Inilah cabaran yang saya kira menyeronokkan.

Satu perkara yang perlu kita ingat, walaupun kita telah berhenti kerja dan memulakan pernigaan sendiri, kita tetap perlu berhubung dengan manusia lain. Kita bakal ada pekerja yang akan bekerja dengan kita. 

Hehehe.
Nak lari mana?





Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …