KELAS KHAT DI MTVAB PUCHONG

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Semalam saya baru selesai kelas khat untuk pelajar MTVAB yang terletaknya di Puchong.
.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam itu diisi sepenuhnya dengan aktiviti yang berkualiti. Sudah semestinya saya tidak mahu masa terbazir dengan bermenung menung sahaja. 
.

Malam itu, group telah dipecahkan seperti biasa. Group penulisan khat, group zukhruf dan group kraf D.I.Y .
.

Jenis khat yang mereka pelajari kali ini adalah Seni Khat Riq'ah. Pelajar pelajar diberi tugasan berpandukan nota yang diberikan. Khat Riq'ah ini walaupun nampak mudah namun tetap memerlukan kesungguhan untuk membentuknya. 
.

Tengok lah ini, group khat berlatih membentuk huruf huruf bersambung.



Ini pula group Zukhruf. Karya yang mereka hasilkan bulan lalu masih belum dapat siap sepenuhnya. Mereka perlu bekerja lebih gigih bagi memastikan karya sulung ini siap dengan baik.




Group kraf pula terdiri daripada pelajar rendah yang berusia 9 hingga 12 tahun. Mereka diajar untuk membuat bookmark hasil tangan sendiri.




Inilah hasil kelas minggu ini.  Impian saya dapat melihat MTVAB dapat menghasilkan pelajar penghafaz Al Quran dan berkemahiran. 

Dhuha.
Teacher Khat 


Comments

Popular Posts