Skip to main content

KISAH IRFAN

Teks : Dhuha Rashidi

" cikgu Dhuha, cikgu Dhuha, tengok ni Ifan buat lukisan ," berlari lari si anak kecil itu menyendeng rapat.

" cantik Ifan lukis, ini mesti mama kan," tanya aku kepada anak murid di sebuah tadika satu ketika dulu.

" ya, mama Ifan," jawab Irfan spontan.

" mana papa nya," gatal pula aku bertanya apa sebab dalam diari lukisan Irfan tidak ada gambar papa.

" tak mahu lukis papa, papa jahat," kata Irfan mencebik bibir. Apalah yang jahatnya papa dari pandangan Irfan. Gatal lagi aku mahu tahu.

Aku pun bertanya lagi , " kenapa tak mahu lukis papa,"

" Sebab papa lari. Papa tak sayang Ifan," nada Irfan tinggi. Lirik matanya umpama membenih rasa benci.

Cikgu 'nakal' ini kadangkala mengorek rahsia, menyoal lebih, " Papa kan sayang mama Ifan,"

" tak !! Papa tak suka mama. Papa tampar muka mama. Papa tendang pintu sampai pecah," jawab Irfan bersungguh sungguh.

Budak kecil seusia lima walau kecil tak berakal di rasakan, apa saja yang diterima sepanjang hidup, yang di dengar, di lihat, mereka boleh ingat.

Andai terakam memori sehingga tuanya, tentu sekali meninggalkan parut berbekas. Peritnya lama. Andai katalah, dia tidak di ajar memberi maaf dan memaafkan? Andai katalah dia tidak dipupuk rasa redho dengan ujian?

Dan, andai katalah dia hanya mengikut acuan yang sama berketurunan untuk generasinya? Macam itukah yang kita mahu tinggalkan pada mereka?

Bila difikir, patutlah Irfan suka menangis. Suka minta perhatian. Suka mengadu. Minta simpati guru. Guru yang tidak mengerti melabel Irfan mengada ada. Tidak usah dilayan budak seperti Irfan.

Patutlah Irfan wataknya aneh. Gemar curi perhatian sesiapa pun. Dia menjerit. Memanjat. Melompat. Terbalikkan meja. Memang pening mendidik Irfan. Sikit sikit Irfan terusik hati. Irfan merajuk.

Tapi, untunglah, siapa pujuk dia, tentu Irfan suka. Irfan kembali senyum. Irfan jadi sayang.

Aku minta Irfan duduk paling hadapan. Irfan yang sebelum itu malas jadi bersemangat bila mendapat layanan.

" Irfan suka cikgu Dhuha, cikgu baik," luah Irfan setiap kali aku masuk ke kelasnya.

Kadangkala, Irfan terpaksa juga terima lantangan suara cikgu  yang garang ini. Mana nak buat. Didik, ada lembut ada tegas. Lepas itu mesti Irfan merajuk. Irfan keluar kelas.

" Cuba Irfan bagitahu cikgu, Irfan tak suka apa," aku cuba pujuk setelah pujukan awal tidak berjaya.

" Cikgu marah Ifan," katanya dengan airmata bergenang menitik laju.

" mama pun tak sayang Ifan," luahnya lagi.

Dari riak wajahnya aku tahu Irfan kehilangan. Patutlah Irfan merajuk bila di tegur lantang. Dia hilang tempat untuk dia curahkan perasaan cinta. Bekas cinta Irfan di kotori sampai Irfan sudah tidak nampak kasih sayang buat dia.

Irfan tidak tahu bagaimana mahu berkongsi kasih sayang. Acuan Irfan pun sudah lintang pukang. Andai kan ada seikhlasnya kasihkan Irfan, cinta setulusnya pasti berbalas.

Namun senyum manis berlesung pipit itu menutup segala rasa kecil nya. Ketawa nakal Irfan itulah hiburan bahagia yang Irfan ada.

Tapi, siapa kah yang sedar kehadiran Irfan itu penyeri? Hati suci Irfan sebenarnya tidak menolak hakikat cinta pada papa. Cuma perbuatan papa mengasari dia dan mama , membuatkan benih benci itu bercambah sendiri. Itu yang bapanya pupuk.

Rasa aku, Irfan sekarang sudah berusia 15 tahun. Irfan sudah remaja. Semoga Allah rahmati hidup Irfan walau dimana kamu berada.

Sebenarnya Irfan lah yang paling aku ingat sehingga saat ini. Ada saja anak murid tadika lainnya aku ingati juga. Ada yang dapat ku jejak.

Biasanya mereka tidak ingat cikgu ini pernah berada disekolah mereka satu masa dulu. Melihat mereka membesar jadi manusia pun satu kesyukuran sebagai seorang guru.

Cuma. . .

Kisah Irfan kembali berlegar di ruang fikir ku. Kerana hari ini aku terlihat Irfan yang baru.

Irfan yang terpinggir. Irfan yang dibenci. Irfan yang menyusahkan. Bagi seorang bapa yang dasarnya menjunjung amanah kononnya.

Sedangkan Irfan sendiri tidak tahu mengapa Tuhan lahirkan Irfan kedunia. Salahkah Irfan dipilih Tuhan untuk berada didunia?

Mahu saja aku jadi cikgu Irfan ini, berbisik ke telinganya tentang hakikat hidup dunia fana. Mengenang Irfan aku tak keruan.

Barulah aku miliki jawapannya. Bahawa, anak yang lahir dicurah kasih sayang, tidak segan berkongsi kasih rindu pada yang melahirkan.

Bagaimana anak mahu nampak jalan kesyurga, jika ibubapa tidak tunjuki jalannya yang mana. Bagaimana anak mahu berbakti, jika ibubapa merungut amanah itu kerja sia sia.

Syurga itu tempat orang yang bersusah susah korban jiwa didunia pancaroba.

Irfan kuat! Irfan harus kuat !
Arghh.. ku seka airmata ini.

Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…