KURSUS KHAT PELAJAR SEKOLAH

Teks : Dhuha Rashidi

Bismillah.
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan saya membangunkan semula isi blog ini, lebih ramai lagi menghubungi saya bertanyakan tentang kursus khat untuk pelajar sekolah. 
.

Saya terfikir, alangkah baiknya saya ini membuat road tour berkempen di sekolah sekolah terpilih berkaitan seni khat.
.

Sebenarnya ramai saja yang mahu mempelajari seni khat tetapi mereka mungkin tidak tahu untuk menghubungi sesiapa.
.

Saya amat berbesar hati sekiranya, ada pihak sekolah, jabatan berkaitan yang berminat untuk menganjurkan kursus seni khat di tempat tempat mereka. Hubungi saya di whatsapp atau facebook untuk dapatkan maklumat lanjut.
.

Minat saya lebih kepada suka menyampaikan ilmu seni ini melalui kursus seni khat kepada generasi muda.

Terima kasih

Comments

Popular Posts