Skip to main content

LATIHAN MENULIS SEBELUM TERBIT BUKU

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Selamat Pagi untuk awak yang baca ini diwaktu pagi.
Selamat Tengahari untuk awak yang baca waktu panas.
Selamat Petang buat awak yang baca waktu petang.
Selamat Malam buat awak yang baca waktu malam.



Saya Dhuha Rashidi. Kalau di Facebook orang panggil saya Kak Cik. Kalau kat rumah pun orang panggil Kak Cik. Anak saudara panggil Wan Cik. Sikit lagi sahaja nak jadi Pah Cik. Ahhaaa. Kelihatan seperti kedut di muka ku menggaris hari kehari.

Baik. Saya bukan nak cerita pasal kedut di wajah. Bukan bidang saya tu. Haha. Cuci muka pun hentam saja dengan produk apapun. Saya nak cerita pasal penulisan.

Saya lihat trend sekarang ini ramai yang mahu terbit buku sendiri. Terbit buku dan jual sendiri. Saya nak mengaku semula di sini ya, bahawasanya saya ni bukanlah seorang yang mengikut trend semasa sangat. Bila orang buat ini, saya nak, orang buat tu saya nak. Tidaklah begitu. 

Hasrat saya nak menerbitkan buku ni kan memang sudah lama. Seingat saya sejak umur saya 18 tahun. Waktu itu saya gemar membaca novel. Ah, bukan novel cinta! Saya gemar berlama-lama di kedai buku. Nampak saja kedai buku pasti saya singgah. Wajib. 

Tapi, hasrat nak ada buku ni saya pendam dan simpan. Nak sangat ada cepat. Tapi, perjalanan kehidupan saya berliku liku. Takdir yang saya perlu terima tidak seperti orang lain. Pastinya, ujian setiap hamba Nya itu berbeza beza. Tahun 2016 saya terdetik kembali dihati. adakah ini masanya untuk aku terbit buku aku sendiri?

Saya follow penulis itu ini. Saya kaji, baca, telaah,ikuti kursus. Macam macam. Saya fikir nak keluarkan buku itu semestinya kos. Jadi, sebelum dapat menerbitkan sebuah buku milik sendiri ini kan, saya belajar menulis di FB. Hehehe. Ya, saya berlatih menulis di FB.

Eh, macam ini tau ceritanya. Sebelum ini, saya bukanlah seorang pemberani nak tulis pendapat saya atau buah fikiran saya di media sosial. Nak publish ke friend pun menggigil apalagi nak post to public? Type padam lah jawabnya kan. 

2016 adalah tahun saya melakukan perubahan. Bangkit dari kegagalan dan kesilapan lalu. Saya sertai satu group support dan berani menulis. Cuba. Cuba dan cuba akhirnya sampailah saya pernah menang contest menulis dalam FB. Dari penghargaan itu saya fikir, rupanya saya benar benar ada bakat. Hahaha. Baru itulah nak percaya diri kan. Sebelum ini mengapa tidak dicungkil awal? 

Betullah orang kata, nak jadi penulis yang baik, kena banyak berlatih. Asah kemahiran menulis sampai temui diri kita dalam penulisan kita itu.

Jadi , kalau awak berminat nak terbit buku sendiri satu hari nanti. Apakata baca cadangan saya ni.

1. Berlatih dulu di Facebook. Apa topik yang awak nak bawakan dalam facebook. Yang awak suka tulis. Bergantunglah pada minat awak. Macam saya, saya tulis pakai hentam je. Hahaha. Ikut sedap saya lah kan. ada orang tulis tentang parenting , tentang kewangan, tentang motivasi, tentang kesihatan dan sebagainya. Asalkan penulisan kita itu yang bawa manfaat pada orang lain tau. Ingat ni.

2. Menulis di blog. Cara tulis di blog dan Facebook saya fikir ada beza sedikit. Penggunaan ayat dan susun atur itu ada beza sedikit. Bagi sayalah. Ada yang tak kisah . Kalau saya saya suka santai dan sempoi di Facebook. Di blog saya lebih suka menyusun ayat dengan teratur. 

3. Berlatih buat cerita cerita pengajaran menggunakan pelbagai jenis sentuhan emosi. Emosi manusia ada berapa? Ada yang sedih, marah, terkilan, tersentuh, dihargai, tercabar, tertangis, ketawa,lucu dan macam-macam. Cubalah buat tulisan yang boleh buat orang sedih, boleh buat orang ketawa, boleh buat orang tersentuh, boleh buat orang rasa satu motivasi dan sebagainya.

4. Dapatkan kritikan daripada sahabat geng penulis. Atau dapatkan pandangan dari rakan yang membaca cerita kita itu. Cara ini boleh kita tahu tahap peningkatan hasil penulisan kita. 

5. Lama lama berlatih, kita akan jumpa satu genre yang sesuai dengan diri kita. Kita dah aim satu topik yang kita akan bukukan. Teruskan membuat kajian dan mendapatkan fakta. Dengan cara apa? Membaca, mengkaji, bertanya. 

Saya doakan anda dapat terbitkan buku sendiri suatu hari nanti. Doakan saya juga ya. Sebab saya pun nak terbitkan buku juga ni. In sha Allah. Kita lakukan sama sama. 



Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…