Skip to main content

MENULIS CERITA MALAM JUMAAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hari ini Khamis. Seperti biasa, setiap Khamis malam, saya sajikan kepada friend dan follower saya di Facebook tentang #CeritaMalamJumaat. 

Bagaimana tercetusnya cerita malam jumaat ini?

Asalnya, saya hanya ingin menulis sesuatu di facebook sebagai perkongsian dan pengalaman saya menghadapi perkara perkara misteri selama ini. Tidak pernah menjadikan penulisan seram sebagai ikutan seperti di luar sana, saya hanya mahu melatih skill penulisan semata mata.

Tidak disangka, ada yang gemar membaca kisah malam Jumaat yang saya hidangkan setiap Khamis itu. Permulaan cerita ini bermula dengan kisah seram. Banyak perkara seram yang di alami sejak dari kecil. Membuatkan saya tergerak hati untuk berkongsi. Bukan dengan satu tujuan yang lemah, hasrat saya untuk menyampaikan sesuatu melalui sebuah tulisan. 

Ada yang kurang percaya alam ghaib itu benar benar ada. Ada juga yang tidak mempersetujui mengatakan cerita hantu itu adalah karut marut. Hantu itu sebenarnya adalah dari syaitan. Ada beberapa sebab saya menulis tentang ini. Terciptanya hashtag ini apabila ada seorang rakan Facebook mempromosikan hasil tulisan mingguan saya itu. 

Cuma, setelah saya berfikir, untuk apa saya hanya bercerita jika sebuah tulisan itu tidak mengandungi manfaat yang boleh menambahkan pengetahuan seseorang yang membaca? Niat saya mahu sebarkan kebaikan dan pengetahuan dalam setiap tulisan walaupun cuma hati terusik dengan satu perkataan sahaja. 

Kalau nak tahu cerita malam jumaat saya, boleh follow saya di FB. Adakalanya seram. Adakalanya berkisarkan kisah kisah mistik dan misteri yang berlaku sepanjang hidup saya. 

Saya akan terus berusaha memperbaiki cara penyampaian secara berterusan.
Terima kasih kerana sudi follow saya di sini atau di facebook.

Dhuha Rashidi
Insan penuh misteri


Comments

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.

Popular posts from this blog

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…