Skip to main content

PERNAH DENGAR KERTAS DAUN NANAS ?

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Pada 4 Mac tempohari, saya berkesempatan singgah sekejap ke Festival Hari Kraf Kebangsaan di Kraftangan Malaysia Jalan Conlay Kuala Lumpur. Tidak berhajat asalnya kesitu, sekadar mencari ilham baru menyaksikan ratusan karya dan produk kraftangan dari seluruh Malaysia.

Ahh, tapi itu bukan yang saya mahu ceritakan. Ada satu perkara best yang saya temui di hari kraf tersebut. Jalan punya jalan, saya ternampak seorang rakan khattat iaitu Ustaz Abd Wahab sedang berborak dengan pemilik booth. Pada mulanya saya hanya mahu menegur Ustaz Wahab sahaja. Tetapi, bila mendekati booth wanita ini, saya lihat terdapat beberapa karya yang dihasilkan begitu cantik.

gambar milik : nature renescent

Bila ditanyakan, siapakah diantara penulis khat tersebut. Diberitahu seorang penulis terkenal di Johor iaitu Rahman Sahlan . Boleh cuba klik link ke Facebook beliau. Saya akhirnya terpaku dengan satu tali terikat diatas meja. 


Inilah benang yang dihasilkan dari daun nanas. Terus saya teringat kembali memori belas tahun lalu. Sewaktu kecil arwah nenek ada menceritakan tentang penghasilan benang menggunakan daun nanas. Selepas nenek bercerita, tidak berapa lama selepas itu, saya pandai pandai pula mencari daun nanas hijau dan meraut untuk diambil seratnya. Bila teringat memang kelakar pula rasanya.

Hari ini saya telah terjumpa produk berasaskan daun nanas ini. Apa pula kaitannya dengan seni khat?

Menurut wanita yang menjaga booth tersebut, iaitu Asna Nabihah Aziz pemilik kepada Nature Renascent mengatakan, banyak produk yang dapat dihasilkan daripada daun nanas. Antaranya kertas daun nanas. Saya amat tertarik dengan kertas ini setelah saya melihat tulisan khat yang ditulis diatas kertas daun nanas itu tadi.


Yang lagi membuatkan saya teruja ialah jika kertas ini basah, boleh di iron seperti biasa dan jika untuk menulis diatasnya dakwat tidak akan kembang. Ehem, saya masih belum mencuba sebarang kalimah diatas kertas daun nanas ini. Proses menghasilkannya boleh dikatakan sama seperti recycle paper.

Selain boleh dijadikan kertas menulis karya seni khat, kertas ini juga boleh digunakan sebagai bahan membuat fridge magnet, bookmark, keychain dan aneka boxes. Kalau anda berminat untuk mendapatkan kertas daun nanas ini boleh hubungi Cik Asna di 60177020846.

Sedikit mengenai Nature Renascent (N.R)

Bermula dari tahun 2009 menghasilkan serat dari daun nanas. Fokus N.R selain daripada kertas daun nanas termasuklah serat daun nanas, kain tenun serat nenas, daun daripada buluh, serat pisang, kotak dan beg daripada serat pisang.

Antara kelebihan serat daun nanas ia boleh dijadikan tenunan yang cantik, kain ela speciality, kainnya lebih sejuk. Kata Cik Asna lagi kain daripada serat daun nanas ini lagi dibasuh menjadi semakin lembut dan berkilat. Tidak mudah mengecut. 

Menarik kan ?

Jika anda ingin mendapatkan tulisan khat kertas daun nanas boleh hubungi saya di 019-2095522

Dhuha Rashidi
Penulis Khat Wanita



Comments

  1. wah ada lagi macam ni ya. terbaik

    ReplyDelete
  2. itulahh. ingat dah pupus. sangat menarik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…