Skip to main content

SUSAH MAAFKAN ORANG BERMAKNA HATI KITA BERMASALAH

Teks : Dhuha Rashidi


Perkara yang paling susah ramai orang mahu buat ialah meminta maaf dan memaafkan. Manusia ini , bila rasa tertindas dan di tindas mudah sahaja melenting menyalahkan insan lain tanpa sempat memberi ruang pada hati untuk koreksi diri.

Realitinya begitulah kita kan ?

Katakanlah, satu hari rakan kita sendiri tidak sengaja menghilangkan barang penting yang paling kita mahukan. Pendrive pengisi segala dokumen. Tambah pula ia berkaitan projek yang bakal menentukan prestasi dan keputusan kecemerlangan pelajaran kita. Rakan kita ini bukan sengaja biarkan hilang, cumanya terlepas pandang mungkin tercicir dimana-mana sewaktu masih berada ditangannya.

Sudah tentu kita naik angin tanpa dapat memberi peluang pada diri kita sendiri untuk berdamai hati dengan sendiri. Ah, rakan kita itu pun kita mahu sahaja terus memarahi, apalagi mahu peduli jiwa sendiri.

Ini silapnya. 

Sepatutnya kita harus diam sejenak. Tuhan minta pergi dahulu merujuki Dia dalam apajua masalah yang menimpa. Tuhan akan beri penyelesaiannya. Bukan pendrive akan berada di hadapan mata dengan tiba tiba. Tidak. Tapi Tuhan janji , berikan kita sikap dan cara fikir yang lebih rasional. Lebih tenang. Apabila tenang, kita melangkah berkata kata dengan lebih berhati-hati agar tiada permusuhan yang berlaku.

Semestinya jiwa yang redho jiwa yang mudah memaafkan dan memohon maaf.

Nampak ini jawapannya  bukan ? Mahu buat semua langkah itu, tidak boleh silap dari langkah pertama lagi tatkala mendapat khabaran 'barang hilang' tadi.

Cara kita fikir menyelesaikan masalah pasti meninggalkan dua kesan. Kesan yang baik atau kesan bertambah buruk. Kita sendiri tidak mahu masalah menjadi bertambah besar bukan ? Cuma , akal kita sendiri tidak sedar apa yang harus kita lakukan untuk meringankan bebanan itu. Selepas masalah menjadi lebih rumit, pergaduhan, bermasam muka, berbalas caci, kita pula sibuk melambangkan ego diri bahawa 'aku benar' dan 'aku tidak suka masalah yang panjang'

Silapnya, cara kita bertindak .

Hati yang tidak diizinkan Tuhan menyinari terang, jiwanya berkeladak dan terus berkeladak. Egonya memuncak. Semua diri sendiri saja betul. Orang lain yang terlibat semua salah. Bukan salah aku! 

Sedangkan Tuhan berikan kita ujian adalah untuk memperbetulkan kita yang sememangnya telah banyak dosa ini. Mana mungkin kita tidak ada silapnya walaupun hanya pada diri sendiri? Entah benar, kesilapan dengan diri sendiri lebih besar berbanding kesilapan pada orang lain. Maka sebab itu, jiwatidak tenang. Jiwa bermasalah.

Bila jiwa bermasalah memang hati menjadi keras. Keras bercakap. Keras bertindak. Keras suara. 
' Aku tidak akan maafkan silap dia sampai mati' . Wah ! Apakah kita jamin , Tuhan maafkan segala dosa dan salah silap kita sebelum kita mati kembali kepada Dia? Apakah kita yakin? 

Kita semua ini hanya hamba. Keegoan umpama api dari syaitan. Dinyalakan lebih besar dan besar. Makin besar dan bertambah besar. Andai tidak dipadam dengan jirusan iman. Jiwa kita rosak. Tuhan juga tidak mahu pandang hati rosak melainkan dengan HidayahNya terdetik mahu kembali pada Allah.

Mengapa susah benar kita maafkan orang ? Jawab kita, kerana kesalahannya itu perkara yang sulit untuk diberi ampunan. Juga, kesalahannya itu, suatu yang tidak boleh dihadam akal. Kerana kesalahannya itu memang patut dihukum setimpal.

Ada kesalahan yang memang patut benar diberi hukuman. Pasti. Sumbat penjara, disebat, di pulau. Tetapi usah ditutup pintu kemaafan kerana kita semua adalah manusia biasa. Sedangkan Allah Maha Pengampun , Siapa kita mahu melebihi Dia ?


Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SEWA MESIN CUCI CAR SEAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi




Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewa mesin cuci karpet boleh menghubungi kami di 019-399 6060 Encik Ikhwan. .
Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan. Hanya RM110 sehari (tidak termasuk caj pengangkutan), anda sudah jimat wang. Bukan sahaja mencuci karpet sekaligus boleh mencuci car seat, sofa atau tilam. Mesin yang kami gunakan adalah dari jenama KARCHER yang berkualiti untuk cucian berat.  .
Macamana nak sewa ?
Mudah saja. Hubungi nombor tertera (Encik Ikhwan) untuk berbincang tentang tarikh dan hari sewaan, caj penghantaran , lokasi dan cara penggunaan. Team kami akan menghantar ke lokasi yang anda berikan mengikut perjanjian.  .
Sewaan mesin cuci ini adalah selama 24 jam. Dalam tempoh itu, anda bole mencuci seberapa mampu anda samada car seat, karpet , sofa atau tilam. Banyak testimoni kami antaranya ibu pejabat polis , sekolah sekolah rendah dan menengah , juga individu yang berminat mencuci sendiri. .
Kenapa cuci sen…

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.

Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 

Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 

Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertar…

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …