Skip to main content

BENGKEL KHAT SEKOLAH KAFA

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Pada minggu lepas, 7 April 2017 , saya telah mengadakan bengkel khat untuk pelajar sekolah kafa di SRAR AL AMAN ,TAMAN JASA KUALA KANGSAR. 

Bengkel itu berlangsung selama hampir 3 jam. Ia sememangnya satu pengalaman berharga bagi saya. Hasrat dihati mahu pusing satu Malaysia menyebarkan ilmu khat ini selama mana yang saya perolehi sewaktu belajar dahulu. 

Inilah bekalan yang mahu saya tinggalkan sebelum saya tiada nanti. 

Okey , nak tahu cerita ? Bengkel ini disertai oleh murid tahun 4 , 5 dan 6 . Memamg pelbagai ragam dan karenah yang kita jumpa bila berhadapan dengan budak-budak ini.

Ada yang bersungguh, ada juga yang langsung tak berminat dengan khat. Mereka diam tanpa buat apa2. Hahaha. Ya, kita tak boleh nak paksa orang minat apa yang kita suka. 

Walaupun tujuan asalnya mahu memupuk semangat cinta jawi dan seni islam, andai belum terbit suka kepada seni , mereka tiada rasa. Mungkin murid murid ini perlu dibentuk lebih lagi untuk menzahirkan rasa minat kepada seni jawi.

Apapun, majoritinya mereka sangat enjoy mencuba. Dengan menggunakan pensil khat mekanikal membuatkan hasil tulisan mereka tidak begitu tepat. Oh rupanya tidak praktikal juga pensil itu. 

Untuk bengkel di sekolah lain nanti, saya minta guru menyediakan pensil lebih besar dan selesa untuk murid. 

Hmm inilah dia gambar2 mereka . Best kan ?







Mahu mengadakan bengkel di sekolah anda ? Hubungi saya segera untuk booking tarikh.

Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan.  .
Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan.  .
Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat. .

Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini. .
Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang.  .
Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi. .
Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?
Untuk booking…