Skip to main content

BENGKEL SENI KHAT ANJURAN PNM PERPUSTAKAAN DESA KUALA KANGSAR BERSAMA D. R RESOURCES

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Inilah bengkel pertama yang saya jalankan di Kuala Kangsar bagi tahun 2017.

Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar. Sambutan juga begitu luar biasa. Bukan mudah ya mahu mengumpul peserta hampir 30 orang di kawasan kampung.

Namun , inilah objektif kami untuk menanam rasa minat kanak kanak kepada seni khat warisan islam ini.

Bengkel ini mengajar peserta tentang perkara asas untuk menulis. Jenis khat yang dipilih ialah Khat Nasakh. Lagipun disekolah mereka, hanya ada 3 jenis khat sahaja yang dipelajari.

Saya hanya memberi fokus dalam satu jenis sahaja dulu.

Mempelajari seni khat ini bukan masa yang singkat. Ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadikan hasil tulisannya cantik dan kemas.

Ini lah dia sebahagian aktiviti kami minggu lalu.








Jika anda , sebuah organisasi atau syarikat yang ingin mengadakan bengkel khat , boleh hubungi saya di 0192095522

Kami juga bekerjasama dengan Kolej Komuniti Kuala Kangsar mengadakan kelas atau bengkel khat ini.

Setelah tamat kursus, anda akan menerima sijil pengiktirafan daripada Kolej Komuniti.

Dhuha Rashidi
PENULIS KHAT PERAK

Comments

  1. Meriah juga bengkel seni khat ni .. alhamdulillah ada anak-anak kecil yang nampakkan minat untuk belajar seni khat ni.

    Jika jalan betul, seni khat boleh memartabatkan bangsa dan agama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saya suka jika anda yang mengunjungi blog saya meninggalkan jejak disini. Segala perkongsian saya adalah pandangan peribadi sahaja.

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha RashidiTerima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini. Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.5. Latihan menulis mengikut cara yang s…