BENGKEL SENI KHAT KUALA KANGSAR

Teks : Dhuha Rashidi

Kebiasaannya hari Sabtu malam adalah hari kelas khat di Mtvab Puchong. Minggu ini kelas dibatalkan oleh kerana mereka mengikuti program sekolah. Maka, tiadalah saya pergi ke Klang. Eh, skemanya ayat.

Siang tadi telah berlangsungnya Bengkel Khat kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia - Perpustakaan Desa Kg. Kota Lama Kanan Kuala Kangsar. Alhamdulillah. Berjalan lancar.

Macam- macam ragam peserta bengkel nak menghabiskan dari jam 9.30 pagi sehingga 12 tengahari. Masa buat latihan asas menulis khat tu, boleh bertahan lagi. Semua happy. Bila masuk pada huruf tunggal dan bersambung, muka dah mula berkerut. Stress. Haha.

" saya punya tulisan tak cantik pun," kata salah seorang peserta. Bagi saya , " memang takkan dapat cantik hari ini, redho sajalah, anggap saja hari ini adalah pengenalan kepada teknik asas dan keserasian tangan,".

Sebab itu pada penerangan awal saya memberi tafsiran mudah pada peserta ini, apa itu seni khat. Jawapan mudah faham ialah sebuah tulisan arab atau jawi yang ditulis cantik-cantik.

Ditanya lagi, bagaimana mahu cantik? Adalah dengan belajar dan berlatih. Maka, belajar seni khat memang perlukan kesabaran. Pengalaman saya sendiri memang ada banyak cabaran sepanjang mendalami seni ini.

Bila di hitung rupanya sudah 22 tahun saya mengenali seni khat ini. Tentunya menjadi mahir bukan masa yang singkat. Belum tentu juga, saya menjadi pakar disaat tahun ke 23, kerana ilmu ini sangat luas. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Sehingga kini saya masih berguru dengan yang lebih hebat.

Dhuha Rashidi
#TeacherKhat
#ArtisKaligrafi

Comments

Popular Posts