PERSEDIAAN BENGKEL KHAT SEKOLAH KUALA KANGSAR

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sekarang , jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Awal-awal lagi saya sudah terpacak di kedai fotostat untuk bahan bengkel khat petang nanti. 

.
Petang nanti saya akan mengadakan bengkel khat di sebuah sekolah agama di Kuala Kangsar. 
.

Sama seperti bengkel sebelum ini, rata rata guru meminta agar murid dapat fokus satu jenis khat sahaja dulu. Oleh kerana kekurangan bahan bantu mengajar dan kurang pendedahan pada kesenian islam ini, mereka amat memerlukan tunjuk ajar yang betul. 
.
Antara latihan khat Nasakh

Tentunya saya berasa amat bertuah kerana dapat menyampaikan ilmu sedikit yang saya ada untuk menfaat bersama. 
.

InshaAllah, selagi bernafas, mahu saja saya terus menyebarkan ilmu ini sehingga ada pelapis baru dari generasi ke generasi. 

Hadza min fadhli Rabbi. 

Comments

Popular Posts