SAMBUNG KERJA MURAL

Teks:  Dhuha Rashidi
Foto:  Dhuha Rashidi

Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat Tuhan diberikan pinjam pada kita. Saat ini masih boleh bernafas. Sempurna. Jika terkurang satu kita rasa kehilangan.

Disebabkan itu kita perlu bersyukur. Usah kita merungut apa yang belum ada. Kerana yang kita telah ada belum tentu kita benar benar hargainya.

Hari ini cadangnya saya mahu sambung semula mural khat di sekolah agama yang terletaknya di kampung saya.

Seminggu tinggal kerana demam dan sakit sakit lain.

Hari ni, saya nak sambung pada bahagian atas. Tulisan Asmaul Husna terpilih.

Semoga segalanya dipermudahkan. Amiin.

Comments

Popular Posts