SIAPA BERUSAHA DIA DAPAT

Teks : Dhuha Rashidi

Bukan mudah untuk kita konsisten melakukan perkara sama setiap hari. Tidak semua orang diberi ketabahan dan begitu sabar melakukan rutin yang sama setiap hari.

Begitulah dalam perniagaan.

Mengapa ada kegagalan dalam perniagaan? Sebab mungkin pemilik niaga itu tidak mampu melakukan rutin yang sama setiap hari.

Katakanlah kita mahu buka kedai. Kita bayangkan niaga itu mudah. Sedangkan pernigaan tentu sekali ada pasang surutnya. Kita pun membuka sebuah kedai. Malangnya, tidak semua orang akan datang singgah membeli di kedai kita itu.

Mungkin keadaan ini boleh membuatkan kita rasa letih dan penat. Sedangkan, rutin harian iaitu membuka kedai,perlu dilakukan setiap hari. Ia perlukan konsistensi dan penuh sabar.

Jika kita tidak mampu lakukan perkara yang sama setiap hari, jalan kejayaan mungkin menjadi samar.

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Perlukan usaha yang gigih. Disebalik kecekalan hati yang jitu.

Comments

Popular Posts