TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha Rashidi

Terima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.

Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini.

Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.

1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)

2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.

3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.

4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.

5. Latihan menulis mengikut cara yang sebenar. Mungkin selama ini kita hanya menulis ikut suka atau terikut cara lama. Untuk anak yang baru berlatih mengenal, galakkan mereka menulis suku kata terbuka tadi.

In sha Allah. Segmen #EjaJawi akan saya kongsikan satu persatu.

Dhuha.
Bukan ustazah jqaf atau kafa.
Penulis Khat Pencinta Warisan Sendiri
itulah Jim Alif Wau Ya.

Comments

Popular Posts