Skip to main content

Segmen Eja Jawi [ Kaf Atau Qof]

Teks:  Dhuha Rashidi

#EjaJawi Huruf Kaf Atau Qof?

Macamana nak eja perkataan yang hujungnya huruf K ? Ada yang kita lihat ejaan jawi itu berakhir dengan huruf Kaf 'ك ' dan ada juga berakhir dengan huruf Qof 'ق' .

Baik, perkara pertama yang perlu kita lihat untuk kenal pasti samada nak Kafك ke Qofق ialah, tentukan dulu samada perkataan itu:

1. Kata jati melayu
2. Kata serapan Inggeris
3. Serapan asing.

Contoh perkataan yang kita ambil seperti:

A) kakak - kata jati melayu
B) klinik - serapan Inggeris

Cara seterusnya:
1. asingkan suku kata dulu. Contoh :

KA / KAK - 2 suku kata
KLI/ NIK - 2 suku kata

2. Labelkan " konsonan-vokal" pada huruf tersebut.

K - (konsonan)
A - ( vokal)
K - ( konsonan)
A - ( vokal)
K - ( konsonan)

K - ( konsonan)
L - (konsonan)
I - (vokal)
N - (konsonan)
I - (vokal)
K - ( konsonan)

*ini dinamakan kaedah tulis jawi. ( ini saya akan buat satu posting lain)

Bila sudah kenalpasti itu, kita lihat ini pula.

1. [Huruf K diawal suku kata]
Contoh seperti " Ka / kak" , " kli/nik" (KA & KLI)

Huruf K pada awal suku kata biasanya dieja dengan huruf Kaf. "Ka - كا " " kli - كلي "

Yang buat ramai terkeliru ialah huruf K pada akhir suku kata.

Contoh seperti " ka/kak" , " kli/nik" ( KAK & NIK)

------
Macamana nak tahu nak letak kaf ك atau qof ق?
------

Okey, ini jawapannya. Bagi perkataan jati melayu jika suku kata akhir adalah huruf K, maka K itu dieja dengan huruf Qaf .

Contoh : Kakak- كاكق

Tapi, jika suku kata akhir huruf K itu adalah kata serapan Inggeris, K itu dieja dengan huruf Kaf ك.

Contoh : klinik - كلينيك

Contoh ejaan jati melayu
1. Lagak - لاݢق
2. Rompak - رومڤق
3. Lapuk - لاڤوق
4. Pekak - ڤكق
5. Katak - كاتق

Contoh ejaan serapan Inggeris
1. Politik - ڤوليتيك
2. Akademik- اكاديميك
3. Matematik - ماتماتيك
___

Dapat ilmu baru tak ni?  Sila #Share atau #tag pada lebih ramai rakan agar sama -sama mendapat manfaat. Nanti banyak lagi yang saya akan share. In shaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

10 CADANGAN HADIAH PENGANTIN

Teks : Dhuha Rashidi

Ahhaaaa, dah pening ya nak beri apa pada pasangan pengantin. Dapat pula pasangan pengantin tu nanti sahabat baik kita, sepupu kita, adik beradik kita, orang yang kita hargai sangat. .
Kita nak beri mereka sesuatu yang istimewa. Tapi, kita sendiri pun buntu. .
Tidak mengapa. Saya tolong berikan idea. Mana tahu awak rasa berkenan salah satu kan?
IDEA HADIAH YANG RARE
1. SET PINGGAN MANGKUK.
Ini dirasakan ramai orang telah buat. Ia mudah dan murah. Senang nak bungkus kerana sudah berkotak. Boleh juga ditukar kepada set gelas dan sebagainya.
2. DAPUR GAS
Sebenarnya , untuk pasangan pengantin baru, keperluan gas adalah satu perkara yang mustahak. Untuk membeli gas baru memerlukan kos. Kita bokeh bantu pasangan baru nikah dengan hadiahkan mereka gas dan dapur.
3. BARANG ELEKTRIK
Ini juga hadiah yang sudah biasa di beri kepada pasabgan pengantin. Contoh barangan elektrik adalah seperti blander, iron, kettle , pembakar roti dan sebagainya yang berguna untuk keperluan hari…

HADIAH PENGANTIN BAWAH RM50

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Minggu ini saya ligat menyiapkan tempahan untuk hadiah hari perkahwinan bulan Mac ini.
.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Jadi padatlah jadual jemputan kenduri sepanjang minggu kan?
.

Saya berpeluang memeriahkan majlis perkahwinan dengan hadiah yang sangat mesra ekonomi ini. Hadiah perkahwinan bawah RM50.
.

Inilah contoh tulisan khat yang akan di framekan esok. Adik ni tempah saiz A4 dengan harga RM49 .

Unik kan?



TIPS AJAR ANAK JAWI

Teks:  Dhuha RashidiTerima kasih atas respon minat kalian berkaitan #tip ajar anak jawi.Demi melihat tulisan jawi terus hidup, ini adalah usaha kecil saya berkongsi secebis ilmu jawi yang tidak seberapa banyak ini. Mahir membaca dan menulis jawi ini eloknya dimulakan dari awal usia. Saya kongsikan sedikit tip asas bagaimana nak ajar anak pandai membaca dan menulis jawi.1. Sebelum anak pandai membaca mereka tentunya perlu mengenal beza huruf arab dan huruf jawi. Juga perlu diperkenalkan huruf jawi aturan za'aba. ( ini saya akan kongsikan pada posting lain)2. Memperkenalkan huruf-huruf gubalan Melayu. Kedudukan titik, bentuk huruf dan susunannya agar tidak tersalah.3. Memperkenalkan kelompok huruf jawi. Ada huruf bersambung dan tidak boleh disambungkan. Huruf berumah. Kedudukan titik huruf , tanda baca dan penomboran.4. memperkenalkan bunyi suku kata terbuka menggunakan carta suku kata jawi. Tentunya ini perlukan latihan yang kerap dan kreatif.5. Latihan menulis mengikut cara yang s…